Assalamualaikum
Alhamdulillah..
Masih hidup di bumi Tuhan ni
Percuma je kita duduk dan hidup melata di bumi ni
Tak perlu bayar sewa kalau nak tidur kat padang rumput
Tak perlu kena cukai kalau nak sedut udara
Begitulah tanda betapa Allah itu Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Ya Rabbi..
Takde sapa boleh lawan kekayaan Allah
Tapi masih ramai gak yang rasa dia sudah pegang dunia ni bila banyak harta
Malah ada yang sanggup putus saudara hanya pasal nak rebut harta
Sedih...
Perasaan normal buat manusia yang sememangnya lemah
Dan baru2 ni, banyak pula orang sedih
Adik saya sedih kerana Arsenal tewas walaupun sudah leading 3-0 lawan Milan, tak mampu ulangi kejayaan seperti Deportivo La Coruna di Riazor pada tahun 2004
Kawan2 saya pula ada yang sedih kerana keputusan exam amat menjatuhkan, ada juga kecewa kerana dapat jemputan kahwin dari kawan2, sedangkan dia pula masih solo
Sedih tu satu perasaan
Semua manusia ada perasaan, termasuklah makhluk lain
Walaupun saya antara spesis manusia yang tak pandai bicara tentang perasaan
Tapi saya juga ada perasaan, macam manusia lain
Tapi entri kali ni bukan nak cerita perasaan cintan-cintun yang menjadi propaganda movie masakini
Atau perasaan takut yang menjadi santapan kotak tv dengan pelbagai adegan seram dan seksi
Tapi lebih kepada bola
"I know I can't be your best friend, or your loyal guardian, or someone that you should be trusted, or a nice guy that will always hold on your side. But in any case you need protection, do tell me. I'll do as best as I could, and yet, I'll be away after that. Because I am expendable."
-Yuri Mansiv, ex-Spetsnaz, 1977
Baru2 ni saya layan movi 'Real Madrid The Movie'
Cerita tak bes mana, tapi bila tengok semangat penyokong dan orang main bola
Saya teringat macam mana saya jatuh cinta dengan bola satu ketika dulu
Pelan2 otak ni bukak balik laci yang memuatkan dokumen2 yang berumur hampir 15 tahun
Kalau tak silap, saya mula serius main bola masa darjah 4
Pasal kebetulan waktu tu sekolah lelaki
Jadi bila tunggu bas, kami ramai2 akan main bola tepi longkang dengan tin kosong
Kadang2 batu pun jadi bola
Sejak tu juga, saya mula berjinak2 main bola di kawasan rumah
Pada awal main, ada dalam 3 orang sahaja
Saya, kawan rapat saya, dengan adik dia yang darjah 1
Perlahan-lahan, geng tu bertambah hampir 10 orang
Saya tak ingat macam mana, tapi kebanyakannya adalah kawan sekolah dan juga member yang satu kelas mengaji yang sama, dan tinggal berhampiran rumah kami
Tapi, akibat terlalu kerap main bola, mungkin juga terlalu ramai pemain
Kami disuruh main di padang kerana pintu pagar rumah sudah longgar dan hampir patah dek menjadi mangsa sebagai pintu gol
Dan sejak itu la kami semua makin aktif di padang
Makin ramai pemain terlibat, dekat 20 orang
Memandangkan saiz tubuh saya yang kecil dan lari laju, maka saya lebih suka menjadi wing
Tapi kadangkala saya juga menjadi striker kalau takde striker yang tahu skor gol
Dan biasanya saya terpaksa bermain wing kiri, sedangkan saya bukan seorang yang kidal
Dan sehingga ke hari ini juga, bila main futsal, saya bermain di bahagian kiri jika tiada yang kidal
Kesan dari itu, sehingga kini juga kaki kiri saya lagi kuat rembat dari kaki kanan
Hingga kawan2 sendiri ingat saya ni kidal, sedangkan dominan kaki saya adalah kanan
Walaupun kami hanya main macam ayam ketika tu, tapi time tu semua tetap ada peraturan
Maka kewajipan rutin saya adalah mengangkat sepakan sudut dan juga tendangan percuma
Kadang2 ada yang bergaduh, kadang2 ada yang menangis
Yang lagi nakal, ada panjat tiang gol, atau main becak hujan, simbah kawan yang 'dribble' bola
Ada juga yang menjaringkan gol dengan tangan, yang akhirnya menimbulkan pergaduhan kecil
Saya pula, lebih fokus dengan main bola
Tak tahu kenapa
Walaupun banyak tempat saya dah pergi, hidup ala nomad
Banyak negeri saya pernah hidup, banyak manusia saya dah jumpa
Tapi saya tetap bersama bola, walaupun saya sendiri tak pernah wakil mana2 sekolah atau kolej
Kerana dari situ saya dapat banyak menda
Dan hingga hari ini juga, saya sendiri tak tahu kenapa saya suka main bola
Macam dalam movie tu, narrator itu sendiri tak dapat jelaskan secara spesifik apa itu Real Madrid
Apa yang pasukan itu ada hinggakan ramai orang suka dengan pasukan tu
Malah ada yang sanggup berjalan 2 hari untuk menonton perlawanan di TV, kemudian pulang ke kampung menceritakan kepada orang kampung
Ada yang suka kerana ramai pemain bintang
Ada juga kerana ada pemain kacak, macam Beckham
Ada juga kerana sejarahnya yang hebat, macam Alfredo Di Stefano dan Puskas
Ada juga kerana mereka duduk di Madrid
Ada juga kerana warna pasukan tu putih, mudah dikenali
Dan lain2
Tapi mudahnya, ianya dari perasaan
Lain orang, lain alasan
Orang yang dah lama kenal bola
Orang yang dah lama main bola
Dia akan faham
Berbeza dengan orang yang sekadar melayan bola di TV
Atau orang yang hanya sekadar mengkritik pemain dengan pelbagai teori
Ianya tak sama, perasaan itu jauh berbeza
Begitu jua cinta, bak kata Oki di forum haritu
"Tidak semestinya insan berilmu itu mempunyai hikmah, tetapi orang berhikmah sudah tentu dia seorang yang berilmu."
Apa saya nak kongsi kat sini bukan pasal bola sahaja
Tapi nak jelaskan apa tu perasaan
Tak kisahla rasa sedih ke, marah ke, amuk ke, raban ke
Cuma dari bola itu, saya belajar banyak perkara pasal perasaan
Dari situ juga saya kenal perangai varieti manusia
Yang tamak, yang nakal, yang jujur, yang skema, yang gila glemer, dan lain2
Dari situ gak, saya kenal mana sahabat, saya kenal mana kawan mana lawan
Dari situ saya dapat memahami manusia2 yang saya kenal
Dari situ juga saya rapat dan bergaul dengan manusia di sekeliling saya
Dari situ juga saya dapat mendekati budak2 usrah saya
Dari situ, banyak mende saya belajar
Hanya dari sebiji bola, menyatukan ramai insan
Sama-sama berkongsi seronok bila menang
Sama-sama berkongsi sedih bila tewas
Sama-sama berkongsi ceria bila dapat ole teman
Sama-sama berkongsi pedih bila bola masuk parit
Sama-sama berkongsi takut bila kantoi dengan cikgu
Sama-sama berkongsi nakal bila ada anak tok imam melintas
Dan sebab main bola juga, saya jadi lagi rajin solat Maghrib
Kerana ustaz saya akan melintas padang untuk pergi ke masjid
Dan biasanya dia akan tersenyum kepada kami dengan penuh seribu makna
Ustaz yang sangat sporting, tapi dia meninggal masa saya habis form 2 kalau tak silap
Dan sekarang, adik saya pula menjejak hidup saya
Walaupun saya sudah agak veteran, sudah tak extreme macam dulu
Tapi dia selalu lepaskan perasaan dia kat saya, tambah2 bila dia skor dalam match
Kerana dia tahu saya faham apa dia rasa, walaupun saya diam seribu bahasa
Bezanya dia lagi hebat dari saya, dia wakil sekolah, wakil kampung, posisi striker
Saya pula, tak pernah wakil mana-mana, hanya main suka2, tapi posisi lebih kepada midfield
Hinggakan kadangkala saya rasa bangga dengan dia tanpa sebab
Tak sia-sia saya paksa dia teman main bola petang2 sejak kecik, walaupun kadang2 dia taknak hingga menangis
Saya tak membebel panjang kalau takda makna untuk entri ni
Tapi itulah perasaan saya, walaupun rasanya tak ramai dapat faham
Hanya dari satu bola, dapat bagi infiniti perasaan
Bola itu memberi kita common sense, supaya kita sedar siapa kita, mana asal-usul kita
Bola itu juga menyatukan kita semua, kita semua satu geng tak kira status dan darjat
Bola itu juga menunjukkan kepada kita alam kehidupan yang penuh cabaran dan konflik
Bola itu berjaya memberi satu kehidupan yang penuh memori dan kenangan manis
Tapi sekarang, saya pun dah tua
Entah mana sudah kawan2 lama saya
Afiq, Aizat, Farid, Rohul, Arif, Rashid, Muiz, Syahir, Uwais, Zaki, Mustakim, Nije, Yusry, Rasman dan lain2
Merata-rata sudah tercampak semuanya
Saya pun tak tahu nak cari mana, nak bermula dari siapa
Pasal semuanya berbeza tempat, dari Johor hingga ke Terengganu, Kelantan, Sabah, malah di UK dan Russia pun ada
Cuma harapan saya untuk mereka
Bila dah ada anak-bini
Bila dah ada kerjaya ganas-ganas
Bila dah ada status hebat-hebat
Jangan kita lupa bola yang satu itu
Bola yang mengajar kita erti persahabatan
Persahabatan yang tiada unsur retorik
Satu ketika dulu...
Wassalam


Tiada ulasan:
Catat Ulasan