Ceramah

Ahad, 4 Mac 2012

Aurora


Assalamualaikum

.
.
.
.
.
.

Di sebuah rumah banglo, kelihatan seorang pemuda sedang menutup pintu pagar rumah.

Kemudian, kelihatan seorang wanita tua sedang menyapu halaman rumah. Sesekali mukanya menoleh ke luar rumah, memerhati pemandangan taman itu.

Pemuda itu, setelah menutup pagar, kembali duduk di kerusi yang telah disediakan di halaman rumah.

Dia memerhati wanita tua itu menyapu rumah. Setiap gerak-geri wanita itu diamati dalam-dalam oleh pemuda itu. Wanita itu sangat istimewa dalam hidupnya, tetapi entah, dia tidak tahu menzahirkan perasaan itu kepada wanita itu.

Kemudian, pemuda itu bersuara
"Opah, nanti puasa opah duduk mana?"

Wanita tua itu, sambil mengesat dahinya, melihat kepada pemuda itu.
"Mana2 pun boleh. Siapa nak jaga opah, kat situ la opah duduk. Opah ni dah tua pun, siapala mau jaga opah ni."

Pemuda itu terdiam. Kata-kata yang penuh maksud tersirat. Benar, dia juga sibuk, saudaranya yang lain juga sibuk. Hampir boleh dikatakan semuanya terlalu sibuk mengejar dunia, hingga lupa kepada yang lebih utama.

Namun, jauh dalam lubuk hatinya, dia mahu sangat wanita itu tinggal bersama dengannya hingga ajal memisahkan mereka.

Pemuda itu memejamkan mata. Dengan suara tersekat-sekat, seolah berbisik, dia berkata kepada wanita tua itu;
"Opah. Aman sangat sayangkan opah."

Kemudian, tak tertahan lagi, pemuda itu merasakan ada cecair hangat mengalir ke pipinya. Tanpa semena-mena itu juga, wanita itu menjawab;
"La. Dari dulu opah tau kamu sayangkan opah. Opah dah tido pun skang."

Pemuda itu mahu melihat wanita itu
Pemuda itu ingin memeluk wanita itu
Pemuda itu cuba membuka mata

Namun wanita itu sudah tiada
Kini di depannya hanya terdampar sebuah laptop Acer 5510 dengan segelas cawan di sisi katil

"Sepatah ayat yang memberi semangat ketika kita jatuh lebih bermakna dari senaskah buku yang memberi pujian setelah kita berjaya."

Manusia yang pergi, takkan kembali
Umur yang bertambah, takkan berkurang
Semua yang berlaku, takkan patah balik
Baik atau buruk, semuanya jadi sejarah

Tapi dah namanya manusia, suka melalaikan diri
Adakah mahu tunggu azab Allah, baru nak sedar diri?

Tapi malangnya, masih ada yang lupa Tuhan walaupun sudah kena azab
Namun syukur, seorang sahabat berstatus Kristian kini sudah berstatus Islam

Rasa puas dengan seorang insan itu
Walaupun dalam keramaian manusia terdapat melayu Islam yang taknak ingat Tuhan

Alhamdulillah, segala puji bagi Maha Pemurah
Al-Fatihah, hamba lemah pohon buat Maha Penyayang

Turn to Allah, before we return to Allah


Wassalam

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..