Ceramah

Sabtu, 18 Februari 2012

Keep Survive.. Stay Alive


Assalamualaikum

Sejak akhir2 ni, banyak match bola yang buat saya sakit hati
Bermula dengan kekalahan besar arsenal pada pasukan AC Milan
Kemudian kalah dengan sunderland dalam FA Cup
Dan kini real madrid pula seri dengan pasukan russia, Kiev

Kadang2 rasa mahu sahaja SMS pemain2 yang buat perangai ketika perlawanan
Pemain2 yang mungkin contribute besar kepada pasukan, yang mampu bagi +ve atau -ve
Contohnya macam RVP yang shoot ikut suka, atau ramsey yang suka bolot sorang
Atau callejon yang tak reti passing, atau beberapa pemain yang asyik nak tunjuk skill sendiri

Memang betul bola tu bulat, semua pasukan ada hak nak jaringkan gol atau tidak
Tapi kalau pemain yang menyerang skor gol sendiri, sedangkan pertahanan entah di mana
Dan lagi 9 saat sebelum wisel penamat tiup, boleh lepaskan gol penyamaan
Tak rasa pelik ke, kat mana pertahanan ketika diserang, dan setakat mana tahap ketahanan apabila diserang, hanya 9 saat?

Tambah2 kalau match tu punya banyak peluang boleh gol
Tapi kebanyakan pemain agak pentingkan diri, hanya nak menunjuk hebat hingga lupa misi sebenar

Well... kita tunggu 2nd leg
Adakah performance both team akan better?

"Life is soccer-game. Choose best position u fit with, then strive for it."

Cakap pasal bola, semua tu sebenarnya berkait dengan hidup kita

Saya bukan penyokong bola tegar yang hanya emosi bila pasukan pilihan tewas
Tapi saya lebih suka lihat kepada masalah yang jadi punca tewas
Dan dari situ, saya boleh aplikasikan dalam hidup seharian
Tambah2 lagi dalam aspek kerja dan hal2 lain

Dari aspek pertahanan yang melibatkan penjaga gol, pertahanan dan pemain tengah
Hinggalah kepada serangan, yang melibatkan pemain tengah dan penyerang
Semuanya berkait rapat dengan hidup kita, sama ada taktikal, teknikal atau mental
Paling penting, macam mana kita memanfaatkan diri kita dalam memaksimumkan kemenangan pasukan, bukan hanya populariti diri

Baru2 ni juga, adik paksa saya tengok cerita rambo 4 dengan dia
Dan ada satu kata2 dari adik yang buat saya ada idea

Waktu scene akhir, di mana semua hero mainkan peranan
Yang akhirnya dapat tewaskan askar burma

Kat situ, adik kata
"Kan senang nak menang, bila semua buat kerja."

Pada awal cerita, semua askar rasa tak lojik bertarung dengan 100 askar, malah mungkin lebih
Hampir semuanya mahu patah balik, retreat dari perang, kerana mereka yakin takkan menang
Hinggalah rambo sendiri memaksa ketua pasukan untuk teruskan misi
Kemudian baru semua teruskan misi menyelamatkan sukarelawan yang kena tangkap

Waktu tu, masing2 tak gunakan kekuatan sendiri
Masing2 tak tahu kekuatan member perang dia

Tapi bila scene akhir, bila keadaan terdesak untuk perang
Akhirnya semua take action, masing2 main peranan

Yang sniper bekap member dari jauh, bukan dia lepak baca gosip hiburan sahaja
Yang guna mesin-gan, tembak ja mana yang patut, bukan hanya sibuk borak pasal perempuan
Yang ada bom, bekap member tengah reload, bukan dia pula paling laju makan untuk kenyangkan perut
Yang ada pisau, tikam mana2 musuh yang dekat, bukan dia yang paling laju tikam member dari belakang

Dan lain2

Secara mudahnya, bila masing2 main peranan
Bila masing2 keluarkan potensi diri yang berbeza
Bila masing2 sudah gunakan kekuatan sebenar dalam diri masing2
Insyaallah menang juga kalau Allah izinkan

Dan begitulah juga adat bekerja
Sama ada kerja jemaah atau kerja bergaji atau kerja sukarelawan

Kita kena tahu, kekuatan manusia berbeza, kemampuan kita juga tak sama
Kelemahan kita juga tak sama, kekurangan kita juga ada batasnya
Tapi patutnya perbezaan itulah yang boleh dimanfaatkan bersama
Kerana itulah penting konsep saling melengkapi

Kenapa kita kurang manfaatkan potensi diri kita untuk buat baik?
Dan kenapa tak ramai kita yang bersatu dalam memanfaatkan kekuatan yang ada?
Dan kenapa kita kurang meningkatkan potensi orang lain dan memanfaatkannya untuk kebaikan?

Tepuk dada tanya iman
Hanya kita yang tahu kenapa

"Perempuan tertipu dengan menayangkan kecantikannya di facebook untuk pujian ramai. Lelaki pula tertipu dengan menonjolkan kejayaannya di facebook untuk dikagumi ramai." -Zaharudin.net

Ikhlas ni macam ikan pari
Susah nak dapat, tapi bila dapat tu, syok gila
Ni ada sikit kongsi tanda2 orang ikhlas
Sebagai medium untuk cek diri masing2, bukan jadi hujah untuk hukum keikhlasan orang lain

1 Keikhlasan hadir bila kita takut akan populariti

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika kamu mampu untuk tidak dikenal oleh orang lain, maka laksanakanlah. Kamu tidak rugi sekiranya kamu tidak terkenal. Kamu juga tidak rugi sekiranya kamu tidak disanjung orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika kamu menjadi orang yang tercela di mata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah.”

Meski demikian, jangan pula kita mengasingkan diri dari khalayak ramai (uzlah). Itu adalah peringatan agar dalam mengarungi kehidupan kita tidak terjebak pada jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia. Apalagi, para nabi dan orang-orang saleh adalah orang-orang yang popular. Apa yang dilarang adalah mengejar nama untuk popular.


2 Ikhlas ada saat kita mengakui bahwa kita ada banyak kekurangan

Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Dia berasa belum cukup segala kebaikan yang dia buat selama dia hidup. Kerana itu dia tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, dia bimbang andai setiap amalan itu tidak diterima Allah.


3 Keikhlasan hadir ketika kita lebih cenderung menyembunyikan amal kebajikan

Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain. Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang tertutup tanah tapi menghidupi keseluruhan pohon.


4 Ikhlas ada saat kita tiada masalah ditempatkan sebagai pemimpin atau pengikut

Rasulullah saw. pernah bersabda :
“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya.”

Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin Walid saat Khalifah Umar bin Khaththab memberhentikannya dari jabatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Sebab, ia berjuang bukan untuk Umar, bukan pula untuk komandan barunya Abu Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat ridha Allah swt.


5 Keikhlasan ada ketika kita utamakan ridha Allah daripada ridha manusia

Kebanyakan manusia hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Bila orang itu menuntun pada keridhaan Allah, maka kita sangat beruntung. Tapi kebiasaannya jika seseorang itu berkuasa, dia cenderung menggunakan kekuasaannya untuk memaksa kita bermaksiat kepada Allah swt. Di sinilah keikhlasan kita diuji.

Memilih keridhaan Allah swt. atau keridhaan manusia.


6 Ikhlas ada saat kita cinta dan marah kerana Allah

Saat menyatakan cinta dan benci, memberi atau menolak, ridha dan marah kepada seseorang atau sesuatu, perlulah dipertimbangkan adakah kerana kecintaan kita kepada Allah dan keinginan membela agamaNya, atau hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.


7 Keikhlasan hadir saat kita sabar terhadap panjangnya jalan

Keikhlasan kita akan diuji oleh waktu. Sepanjang hidup kita adalah ujian. Ketegaran kita untuk menegakkan kalimatNya di muka bumi meski tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesulitan sudah di depan mata, amat sangat menguji diri.

Hanya orang-orang yang mengharap keridhaan Allah yang bisa tegar menempuh jalan panjang itu. Seperti Nabi Nuh a.s. yang giat tanpa lelah selama 950 tahun berdakwah. Seperti Umar bin Khattab yang berkata, “Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!”


8 Ikhlas ada saat kita merasa gembira jika kawan kita memiliki kelebihan

Yang paling sulit adalah menerima orang lain memiliki kelebihan yang tidak kita miliki. Apalagi orang itu lebih bawah dari kita.

Hasad.

Itulah sifat yang menutup keikhlasan hadir di relung hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mampu memberi kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan yang memadai untuk mengambil bahagian dari tanggungjawab yang dipikulnya. Tanpa beban ia mempersilakan orang yang lebih baik dari dirinya untuk tampil menggantikan dirinya.

Tak ada rasa iri. Tak ada rasa dendam. Jika seorang leader, orang seperti ini tidak segan-segan membagi tugas kepada siapapun yang dianggap punya kemampuan.

Rujukan di sini (link), saya edit2 sikit bagi sedap
Ni sumber lain, yang ada kaitan gak - link

Moralnya...
Allah kasih kita bukan pasal kita pandai cakap
Atau pandai karang panjang2 macam ulamak

Tapi sejauh mana kita ikhlas dalam buat baik?

"To live, use our knowledge. To survive, use our heart."

Untuk hidup, kita boleh guna segala sijil dan pengalaman kita ada
Tak kisahla nak menipu orang ke, nak khianat member ke, nak bunuh orang ke
Asalkan kita gunakan ilmu dan pengalaman yang kita ada
Kerana itu syarat untuk meneruskan hidup di dunia

Tapi, kalau nak survive, kita kena guna hati (heart = jantung, hati = liver)
Pasal kita ni ada agama, kita ada juga hidup lepas mati
Berbeza dengan orang bukan Islam yang ada yang tak percaya alam lepas mati
Maka, kita kena guna hati agar kita selamat hidup lepas mati

Ada satu riwayat, seorang ahli ibadah ni beramal dekat 80 tahun
Kemudian dia mati, Allah masukkan dia dalam Syurga
Kemudian dia kata, adakah dia masuk Syurga kerana amal dia?
Bila macam tu, Allah masukkan dia dalam neraka

Kerana kalau dikira hanya amal dia sahaja, sebiji mata dia pun sudah cukup untuk cover semua
Maka, kerana itu Allah masuk dia dalam Neraka
Bila sedar semua tu, maka ahli ibadah tu sedar bahawa rahmat Allah ni tak dapat kira
Kemudian, ahli ibadah itu masuk dalam Syurga balik setelah dia akui rahmat Allah yang infiniti itu

Betapa luasnya rahmat Allah, takde siapa tahu
Kita masuk Syurga pun kerana rahmat Allah
Kalau hanya kerana amal kita sahaja dapat masuk Syurga, sebiji mata pun dah dapat cover semua amal kita
Dan kerana tu la kita kena selalu hati2 supaya tak lari dari garisan yang dah tetap

Kita manusia, normal la kita buat silap
Yang tak normalnya, bila buat silap tu tak reti sedar diri
Malah lagi ajaib, ada yang siap bangga lagi dengan maksiat dia buat

Kadang2, bila tengok budak2 kecil
Atau gadis2 yang masih comel
Saya terfikir 10 tahun akan datang
Adakah mereka ni masih macam ni?

Adakah budak2 kecil ni masih naif macam ni, masih boleh dibentuk dan dididik?
Adakah gadis2 comel ni masih comel macam sekarang, masih sudi menjaga maruah dan jatidiri?

Atau?

Kerana bila kita besar, banyak manusia kita akan jumpa
Dan kepelbagaian manusia itu akan menguji iman kita
Sama ada nak kejar redha Allah atau maksiat depan mata
Sama ada nak turut sedap dunia atau nampak azab neraka

Di sini la akan menguji sejauh mana kita ikhlas dalam meneruskan hidup
Sejauh mana kita tetap pertahankan tanggungjawab yang kita pegang
Sejauh mana kita amanah dalam setiap kefungsian hidup
Sejauh mana kita ikhlas dalam berjuang dan berdakwah

Setiap tekanan itu adakalanya menyebabkan kita jatuh
Hinggakan ada yang kecundang, namun ada yang bangkit
Itu semua rezeki masing2, dan saya sendiri pun tak pasti sejauh mana saya boleh terus bertahan
Cuma harapnya kita semua masing2 terus positif hingga akhir hayat, kerana itu yang terbaik

Saya bimbang dengan yang masih mengejar populariti, yang masih terlena dengan mimpi
Saya gusar dengan yang masih belum betul2 memahami kepentingan sebuah tanggungjawab diri
Saya takut dengan yang masih tak mengerti alam luar yang penuh pemain warna-warni
Saya kasihan dengan kenaifan budak2 kecil yang mungkin akan tertipu dengan bangsat duniawi

Alam retorik tidak sama dengan alam praktik
Alam realiti tidak sama dengan alam teori

Kerana itu kita jangan terus mengaku hebat sebelum kita tahu pengakhiran kita macam mana
Jangan terus lupa diri sebelum kita pasti lesen kita nanti syurga atau neraka

Apa yang pasti, sentiasa kejar buat pahala
Jangan putus asa dalam mengejar pandangan Allah
Kerana pandangan Allah itu adalah yang hakiki
Insyaallah dalam banyak2 kita buat tu, ada juga yang akan menjadi sumber untuk dapat rahmat Allah

Kita tak tahu adakah kita akan terus hidup esok hari
Kerana setiap manusia akan berubah dengan takdir

"Responsibility is like helmet. We will never want it, but we need it."


Moral entri kali ni - keikhlasan dalam tanggungjawab

Belajar dari penguin jantan
Macam mana dia jaga anak2 dia
Dia tak lari biar anak2 dia kebuluran, walaupun sejuk gaban
Takda sapa kisah dia buat keje ke tak, mat saleh ja kisah duk sibuk kaji penguin tu

Belajar dari gecko (akan sentuh next entri insyaallah)
Macam mana kekuatan kaki dia digunakan untuk sainstis buat gam (link)
Kalau dulu kita kenal super-gam gajah, sekarang ada ultra-gam cicak
Dia tak kacau orang, duduk hutan bising2, tapi Allah juga bagi ilham kat sainstis untuk kaji penemuan baru dari cicak besar ni, untuk manfaat semua umat manusia

Muhasabah diri kita sama2.. Repair mana yang da lari tune sebelum ni

Kurang2kan la layan cerita jiwang, atau post mende pasal kawin, banyakkan kongsi cerita2 fakta
Kurangkan hasil cerita hantu, banyakkan hasil cerita ilmiah
Jauh sangat beza mentaliti kita ni dengan mat2 saleh luar sana
Macam mana nak menangkan Islam kalau masih ramai mentaliti terkurung macam ni?

Entah2 apa kita buat selama ni, sehelai bulu roma pun dah cukup nak cover semua amal

Sedih... lemahnya kita.. fakir..

Untuk penutup, since ramai sangat tanya soalan bawah ni

[1] Apa maksud QZ [][][] yang dulu tu?
[2] Dan apa maksud Vita Meglio?
[3] Kenapa tak aktif facebook dah?
[4] Kenapa tak guna nama sendiri? Takde jatidiri ke?
[5] Kenapa header blog buruk?

Sini jawapannya

[1] QZ [][][] tu juga adalah nama saya, tapi lebih tersirat
[2] Vita Meglio juga sama, tapi dalam bahasa Itali
[3] Bukan tak aktif, tapi saya tak mampu nak layan penceroboh2 yang tak dikenali, maka saya beralih kat blog sahaja
[4] Berbalik kepada atas, kedua nama tu adalah nama saya yang lebih mendalam, menjelaskan siapa saya, misi saya. Kalau combine dengan nama saya, itulah diri saya, peribadi saya
[5] Header tu cantik pada keadaan tertentu, buruk pada keadaan tertentu. Dalam proses buat header lagi neutral dan simpel

Jadi, terjawab tak?

Tiba2 teringat dia.. insan yang sudah kembali mengadap Ilahi..

"Ya Allah, pelihara dirinya sepertimana Engkau pelihara insan-insan yang Engkau kasihi."

Amin...

It's a long road... And it's hard as hell
Tell me what do you do... To survive...

Wassalam

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..