Assalamualaikum
Di sebuah kampung, ada dua anak-beranak
Diorang bawak kuda pergi pasar
Mula2, diorang tunggang kuda tu berdua
Sampai di pertengahan jalan
Ada sorang petani sound
"Gila kejam mamat dua ni. Sanggup diorang dera kuda tu dengan tunggang berdua."
Kemudian, si bapak bagi anak dia je naik kuda
Lagi 100 meter nak masuk pasar
Ada orang tua sound
"Apa punya anak. Sanggup dia biar bapak dia jalan kaki, dia lepak atas kuda."
Kemudian, ayah dia naik kuda tu
Anak dia pula tarik kuda tu
Ketika tiba di pasar, ada gadis muda lagi comel sound
"Apa punya bapak. Dahla tua kerepot, kejam lagi. Patutnya dia bagi anak dia naik kuda tu."
Kemudian, mereka berdua tidak tunggang kuda tu
Kuda itu ditarik sepanjang mereka berada di pasar
Habis sahaja mereka keluar pasar, ada sorang cendekiawan pula sound
"Saya tak pernah tengok manusia sebodoh anda. Kuda tu untuk ditunggang, bukan untuk ditarik semata-mata."
Akhir sekali, ayah dan anak itu saling berpandangan..
"Fulfill human desires is like filling gas through an exhaust tyre."
*sori BI hancur
Sebenarnya cerita ni ramai yang tahu, atau pernah dengar
Cuma saya edit sikit jalan cerita dia, pasal saya lupa buku tu letak mana
Jadi saya tak dapat copy-paste bulat2 dari buku tu
Apa yang penting, mesejnya dapat faham
Mende ni berlaku hari2 dalam hidup kita
Dilema apabila berurusan dengan pelbagai rentak manusia
Dan kerana itu peribahasa atas tu sangat sesuai dengan cerita tu
Translate mudahnya camni lebih kurang
"Memenuhi tuntutan manusia ibarat pam angin kat tayar yang dah botak."
Kenapa tayar botak? Kenapa bukan tayar pancit?
Kerana angin tu akan masuk seketika, kita boleh guna motor itu dalam beberapa jam
Namun tak sampai sehari, tayar itu akan pancit balik, dan kita kembali menukar tiub
Akhirnya kita akan membazir duit menukar tiub
Sedangkan punca utamanya adalah tayar yang dah botak
Berbeza dengan tayar pancit yang kita sudah tahu sejurus selepas pam
Namun solusi tayar botak ni adakalanya menipu mereka yang masih amatur dalam pengendalian mobil
Yang akhirnya mereka membuang masa dan duit dengan menukar tiub
Namun terlupa menukar tayar yang dah botak, kerana itu lebih utama dan kekal
Sama juga konsep nak puaskan manusia ni
Sampai satu ketika, kita akan rasa sudah puaskan hati semua insan yang kita kenal
Namun, tidak beberapa lama kemudian, akan ada sahaja masalah baru yang timbul tanpa disangka
Sedangkan niat kita bukan untuk bermusuh ataupun bersengketa, dan kita mahukan yang terbaik untuk semua pihak
Sedar tak sedar, kita telah membuang masa dengan berurusan hampir 100 orang
Hanya ingin pastikan kita berjaya puaskan hati semua manusia yang kita berurusan
Sedangkan kita terlupa, apakah tindakan itu dapat redha Allah?
Apakah niat kita tu betul2 kerana Allah, atau kerana lain lagi utama?
"Power needs knowledge. But knowledge doesnt need power."
Baru2 ni saya terusha facebook seorang pendakwah
Saya sebenarnya tak suka nak kritik pendakwah ni, pasal saya pun belum berdakwah
Lagipun mende ni dah selalu juga jadi, ramai juga orang macam ni
Mungkin entri kali ni Allah jentik hati saya nak tegur, walaupun saya pasti saya tak layak nak tegur
Pendakwah ni, dia share gambar dia di facebook, yang akhirnya ramai orang share
Saya tak berminat nak usha, kerana saya lebih suka usha gambar gadis comel
Tapi since ada kawan saya respon kat situ, kerana kata2 dia di gambar tu penuh makna
So saya usha la kejap gambar tu, apa la hangat sangat sampai ramai share gambar tu
Kemudian saya baca komen panjang2 di bawah
Saya baca komen dia sentuh pasal haters yang komen+mesej dia pelik2
Dia marah kenapa dia tayang muka dia, ada orang kata haram etc
Sedangkan dia jarang tayang muka, lagipun dia tak posing macam artis
First thing, dia ni lelaki, macam saya
Bezanya dia lagi kacak dari saya (based muka dia share)
Dan dia lagi arif dari saya pasal agama (based dengan apa yang dia share di fb)
Maka, saya respek dia untuk sudut tu (kacak+ilmu)
Cuma, saya tak faham, kenapa nak kecoh isu kecik tu?
Kalau kita tak kecoh, orang pun takkan tahu
Kalau orang tahu sekalipun, adakah sampai menggugat nyawa dan harta kita?
Kita kena tahu kawan, kita banyak lagi kerja dakwah yang kita belum setel
Dan berbalik kepada cerita kat intro atas tu
Cuba semak balik, apa motif kita berdakwah?
Sebenarnya, saya agak kecewa, terkilan pun ada
Kalau lambakan pendakwah facebookers atau bloggers atau vloggers etc
Kononnya berdakwah namun dalam masa yang sama masih amalkan kisah2 macam di atas
Kerana tiada guna kita ramai dalam berdakwah, tapi kualitinya ciput dan rabai
Malunya diri kita, kita ada masa bertelagah hal2 ribena
Sedangkan sedara kita kat Iraq tu entah apa cerita
Itu belum sentuh lagi negara2 lain
Tak rasa jebon ke diri kita?
Saya taknak hukum, cuma nak ingatkan bersama
Supaya pahala kita berganda, bukan sekadar sia-sia
"Responsibility is like chochettes. If we eat, it'll gone. If we use, it'll melt. If we keep, it'll juicy."
Hari last ni, saya borak dengan kawan
Dalam banyak2 bebel dia, saya tersentuh dengan satu ayat dia
"Aku serius nak jadi macam dulu. Bila jatuh ni, payah aku nak bangun. Bila ko balik nanti, tobat lagi payah."
*dialog bukan 100% tepat, tapi maksud lebih kurang sama
Saya tahu masalah dia, tapi saya tak tahu nak respon macam mana
Saya pernah alami dilema macam dia 2 tahun lepas
Bezanya situasi dia jauh berbeza dan lagi mencabar daripada saya
Namun walaupun sorang2 macam tu, dengan izin Allah saya berjaya bangun macam mana diri saya sekarang
Saya boleh sahaja kata ayat retorik macam cerita ringkas di atas
"Kita takkan dapat puaskan semua manusia. Tapi pastikan dapat redha Allah."
Cuma saya bimbang andainya dia salah faham
Nanti dia nampak agama ni macam mudah sangat
Hinggakan mahu buat maksiat sekalipun tidak mengapa
Asalkan dapat redha Allah
Akhirnya saya kata ringkas
"Kita takkan dapat cerita semua yang berlaku pada orang lain. Orang takkan faham apa yang berlaku walaupun ada yang tumpang kesian. Tapi pastinya Allah tahu apa yang kita alami."
*dialog bukan 100% tepat, tapi maksud lebih kurang sama
Kemudian, dia cakap
"Aku ni bukan dapat tahan sabar. Kalau kejap boleh la. Tapi kalo berulang macam ni, mahu givap je kadang2."
*dialog bukan 100% tepat, tapi maksud lebih kurang sama
Kemudian saya respon
"Allah sedang uji kita jadi sabar. Mungkin dengan mende2 ni, kita dapat jadi macam dulu, macam yang ang nak tu. Saya pun tengah cari banyak mende yang saya hilang sejak jatuh lama tu."
*dialog bukan 100% tepat, tapi maksud lebih kurang sama
Lama dia diam
Saya tak pasti sama ada dia fokus memandu
Ataupun masih tahan sabar
Ataupun nak buat mende bukan2
Saya pun bukan manusia jenis reti bagi ayat
Kerana saya dari kecik tak reti cakap banyak
Walaupun kalau dalam penulisan agak menarik
Namun jujurnya, dalam realiti saya sorang yang mungkin gagal dalam bercakap
Kemudian, saya rekemen dia agar baca mathurat
Pasal time ok dulu2, saya rajin baca gak untuk kurang serabut
Walaupun first time dengar pasal mathurat, tapi dia macam berminat nak tahu lebih
Dan saya lega dengan respon positif dia
"Fishing jobs isnt like hunting girls. Once u get it, it doesnt always make u feel handsome."
Dekat 6 tahun (2006-2012), kira detailnya dalam 4 tahun 6 bulan saya kat sini
Kalau dulu perpisahan yang akan kembali, cuma tak tahu bila
Tapi kali ni, perpisahan yang rasanya takkan kembali, kerana saya takkan tahu bila
Saya rasa sedih nak berangkat, tapi dah 3 tahun berulang, semuanya hampir basi
Cuma selama berada di sini
Malam terakhir ni banyak mende lama teringat balik
Saya dapat kejayaan paling gemilang di sini
Saya juga dapat kegagalan paling besar di sini
Saya dapat penghargaan paling hebat di sini
Saya juga dapat aib paling dahsyat di sini
Saya dapat rakan2 paling setia di sini
Saya juga dapat musuh2 paling khianat di sini
Saya dapat kenal gadis2 paling comel di sini
Saya juga dapat kenal gadis2 paling jebon di sini
Saya dapat pengalaman2 paling manis di sini
Saya juga dapat derita2 paling pahit di sini
Kawan2 hensem, guru2 kacak, gadis2 comel
Sandakan yang ironik, Tawau yang berseri, Kudat yang berseni, Labuan yang menari etc
Saya takkan lupa
Program last di tawau (Raya korban anjuran PAS Tawau). Teka mana saya?
Maaf kerana saya memang tak pandai meluahkan rasa sedih
Cuma, terima kasih buat sabah dan sabahan
U've mean a lot for me through this half decades
This memories, will always be yours
AK 6025... Here we go
Wassalam




Tiada ulasan:
Catat Ulasan