Assalamualaikum
Hurm... Dah lama tak update CV.. Dah lama juga tak usha sijil2 lama
Bila belek balik sijil2 lama, bila bukak balik album yang dah berhabuk tu
Saya terkedu bila tengok sijil paling baru pun bertulis 2008
Bermakna, sedar tak sedar hampir 4 tahun saya 'sesat'
Bukan sesat jalan, tapi panjang ceritanya
Empat tahun berlalu macam kismis
Begitu sahaja masa berlalu
"Learn how to swim, even you dont have a pool."
Saya teringat kata2 kawan haritu mengenai jangan mengeluh
Walaupun mungkin betul teguran itu, atau dia salahfaham semata
Kerana saya ada penyakit asma yang kadang2 susah bernafas
Yang akhirnya kelihatan macam mengeluh
Tapi, dari situ saya sedar banyak mende
Paling utama, "Get prepared, keep move on"
Bersedia untuk apa2 sahaja kemungkinan
Terus bergerak walau apa juga berlaku
Walaupun kita tiada kolam, tapi belajar juga berenang
Kerana mana tahu satu hari kampung kita banjir, dan hanya kita sahaja boleh berenang
Tika itu, tanggungjawab kita semakin berat
Kerana hanya kita sahaja harapan orang kampung
Tak payah mengeluh lelama
Tak payah puk-pak sana-sini
Kerana urusan kita tetap kena jalan
Tapi kena ingat Allah tetap awasi semuanya
"Ilmu itu cahaya."
Teori ni rasanya ramai tahu
Kerana ada sahaja ayat ni merata-rata
Paling tidak ada dalam buku teks darjah 4
Tapi kecewanya, tak ramai mahu
Saya tak berani nak marah orang yang kurang ilmu
Saya juga tak mampu kritik orang tinggi ilmu
Kerana saya takda ilmu banyak mana
Cuma baru2 ni saya tersentuh dengan perkara2 khilaf
Sejak akhir2 ni, banyak konflik antara ustaz2
Walaupun dulu2 pun selalu berlaku
Tapi memandangkan sejak akhir2 ni kawan saya rajin tanya banyak soalan pasal mende2 ni
Maka, saya pun terdetik gak hati nak kongsi sikit
Buat yang masih amatur, mesti akan penin-lalat
Ustaz ni kata A, ustaz ni kata B
Ustaz ni kata A salah, ustaz ni kata A betul
Ustaz ni kata A tu ahli Syurga, tapi ustaz ni kata A tu ahli Neraka
Jadi buat orang yang masih belum ngaji banyak perkara
Lama2 jadi penin, konfius, tak tahu nak ikut ustaz mana
Banyak ustaz, masing2 nak tegakkan Islam
Tapi ada beberapa perkara berbeza dalam satu matlamat
Kita petik sikit kata seseorang dulu2, yang bukan bergelar ulamak ataupun ustaz
"Belajar untuk teruskan hidup, untuk tolong orang. Jangan belajar untuk tipu orang."
Nak mudah belajar, pastikan kita ambil banyak sumber
Jangan sekadar cilok satu sumber, kemudian terus percaya 100%
Pastikan juga sumber tu dari orang yang ahlinya, yang sudah faqih pasal bidang tu
Bukan orang yang baru dua hari mengaji, tapi sudah pandai berhujah
Harus ingat juga pesan baginda s.a.w. pasal akhir zaman nanti
Akan muncul golongan agama yang betul2 menyelamatkan umat Islam
Dan ada juga golongan agama yang ilmunya menambah porak-peranda umat Islam
Jadi, pilihlah yang terbaik
"Tanggungjawab anak lelaki akan bertambah hingga dia mati."
Malam ni, sijil2 lama tu menyingkap kisah lama
Waktu2 saya jadi pengarah, AJK, ketua, kuli, tukang masak, drebar etc
Kisah2 lama yang manis dan pahit
Dan kata2 seorang cewek 3 bulan lepas buat saya lagi tersentak
"Ha. Lari lagi la tu. Senang2 je main lari dari tanggungjawab."
Ayat dia lebih kurang macam tu, tapi mungkin maksud berbeza
Cuma apa yang saya faham, ada benarnya dia berkata begitu
Saya sedih bila teringatkan kata2 cewek tu
Bukan sedih kena marah cewek cun, tapi sedih kerana saya tak mampu untuk jaga semua tu
Sedih kerana banyak dosa menanggung diri
Tapi lagi sedih dan risau kerana banyak amanah berat menanti
Orang takkan faham apa yang kita kena
Walaupun orang lain pernah rasa ujian yang sama macam kita
Kerana berkata itu lebih mudah dari melaksana
Tetapi kita kena yakin, Allah itu Maha Melihat lagi Maha Teliti atas setiap urusan
Kun..Fayakun..
Saya cuba cek balik diri sekarang, bandingkan dengan yang dulu
Banyak perubahan selama empat tahun ni
Yang positifnya, syukur kerana Allah beri peluang untuk saya berubah
Yang negatifnya, saya bimbang andai itu kelak memusnahkan diri saya dan orang2 lain
Namun ada beberapa elemen penting yang hampir hilang
Dan hingga kini saya masih bertarung untuk 'recover' elemen2 itu
Mujurlah sijil2 lama itu memberi suntikan baru
Moga sijil2 itu beri asbab baru untuk saya membaiki negatif yang bertambah saban hari
Lama saya 'bercuti', ramai yang mencari
Insyaallah akan kembali, dengan lebih berseni
Dan kembali itu bukan sekadar mengharapkan pujian dan sijil manusia
Tapi lebih mengharap redha dan CV Ilahi
Pesan last,
If you cant teach someone, then guide him/herIf you still cant, just enough if you keep motivates him/herIf you still cant, means you are no humanBecause no human can live without motivationBe a human, there got responsibility.
*p/s : ni ayat sendiri, so maaf BI hancur.
Moral pantun kat atas tu
Jadilah manusia yang bermanusia
Iaitu yang manfaatkan orang lain
Bukan jahanamkan orang lain
Kalau taktau nak buat apa, tak reti nak cakap apa, ilmu belum penuh di dada
Cukuplah kita bagi motivasi kat dia untuk terus hidup, seperti mana kita teruskan hidup
Bukan kita pulak yang jahanamkan moral dia untuk teruskan hidup
Tapi biasanya tak ramai suka amalkan yang pertama, kerana ramai kita lebih suka jatuhkan sesama sendiri
Apapun gud luck menempuh hidup..
Entri lepas ni saya akan cerita sikit kisah teladan
Itu pun kalau belum masuk kubur
Sebenarnya nak update dalam entri ni, tapi malas bagi entri panjang2 sangat
Kalo rajin online, insyaallah saya post cerita tu
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."
Amin..
Wassalam




Tiada ulasan:
Catat Ulasan