Ceramah

Rabu, 1 Februari 2012

Pressure

Assalamualaikum

Ok....ni 1st entri yang sudah tak skema..

Malam ni saya mahu sentuh pasal tensen
Tensen dalam mat saleh adalah tension
Dalam BM adalah stress
Dalam urdu entah..

Adakalanya manusia bila tensen, dia mula bicara bukan2
Malahan memaki-hamun di merata, seperti facebook
Ada juga buat mende pelik2, seperti memanjat tiang elektrik ataupun mengacau perempuan
Pasal lupa nak kembali pada tuhan

Saya pula, bila tensen lebih suka diam
Atau jalan sorang2 ambil angin & idea
Atau main game sorang2
Ataupun kacau orang2 rapat
Atau update blog dalam penulisan yang agak mendalam
Kerana agama sendiri suruh kita jaga lidah dan bicara

"...lunakkanlah suaramu." [Luqman : 19]

Dan menjaga solat, kerana ianya adalah teras kepada kesabaran saat ditimpa ujian..

"...dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu." [Luqman : 17]

Secara mudahnya, tensen ni ada banyak punca
Paling tidak, kajian mat saleh mendakwa bahawa otak yang bahagia itu adalah otak yang fokus

Bermakna, ramai orang tensen adalah kerana tak fokus
Otak dia fikir banyak mende, banyak perkara dia kena setelkan dalam satu masa
Hinggakan sesuatu itu di luar kekuatan dia
Maka, di situlah tensen akan muncul

Jadi, antara cara nak kurangkan (atau hilangkan) tensen ni adalah FOKUS
Ketepikan urusan2 ribena
Persetankan perkara2 yang tiada kaitan dengan misi kita
Tutup dulu buku2 yang tiada kene-mengena dengan misi kita, seperti buku 555 (buku hutang)

Dalam ertikata lainnya, jadi selfish
Tak perlu sampai kita jadi self-centered punya orang
Tapi, setelkan dulu hidup kita (walaupun secara retoriknya urusan hidup kita memang takkan habis)
Cuma secara mudahnya, utamakan dulu diri kita, biarlah masalah orang lain tu jadi masalah kelapan

Sejak beberapa tragedi yang berlaku, saya sedar banyak mende
Dulu2 saya selalu tensen pasal asyik fikir orang lain, fikir banyak perkara
Hinggakan tak tahu nak mula mana satu
Akhirnya saya tensen sorang2, sedangkan masih ramai manusia sempat hidup enjoy 24 jam

Mungkin salah kita, atau salah jiran, atau salah lipas
Tapi berbaloikah sekadar menyalahkan itu ini?
Kerana everything happen must be a reason
Apapun, semuanya dah berlaku

Apa yang penting apa tindakan kita lepas ni
Kerana Dia yang tentukan sama ada kita hidup bahagia atau celaka
Dan bukan kerja kita hanya perlu pasrah begitu sahaja
Kita kena juga usaha, keep move-on

Malam ni mula tanggungjawab lagi besar
Cukuplah dekat seminggu sedih kerana kehilangan insan tersayang
Dia sudah tiada, tapi hidup perlu terus
Since malam ni bermula kembali segala stress
Maka saya update di blog je, pasal dah tak boleh telefon dia untuk usik2

Dalam 4-5 hari ni saya akan menghilang
Cuba fokus habiskan tesis ni, untuk correction dan submit hard cover minggu depan
Kemudian akan sambung tugas dalam bidang penulisan 'tak formal'
Mengkaji banyak persoalan, mencari banyak perkara

Kemudian, sesi perpisahan dengan Sabah, buat selamanya (hopefully tak)
Dan akan meneruskan misi2 yang dah dekat 3 tahun tertunggak

Jadi, moral cerita entri kali ni adalah FOKUS
FOKUS, FOKUS, dan FOKUS
Kemudian baru KERJA dan cuba agar ianya BERTERUSAN

Kalau tak fokus, takda guna kita penat kerja
Kerana lama2 nanti kita juga akan nazak

Begitulah cara nak survive dalam hidup sekarang
Penuh dengan masyarakat yang pelik2

Yang baiknya, tersangat baik hinggakan 10 sen pun mahu pulangkan
Yang jahatnya, lagi hebat dari geng zionis hingga zalim pada orang yang dah memang lemah

Apapun, biarlah kita di pertengahan
Kerana itu tuntutan agama
Bak ayat dalam surah Luqman

"Dan sederhanakanlah langkahmu." [Luqman : 19]

Bah...mau fokus

Wassalam

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..