Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”[Al-Falaq]
Assalamualaikum
你好
Alhamdulillah
Muncul kekuatan baru untuk menulis
Walaupun tak tahu nak sentuh isu apa
Kerana terlalu banyak perkara berlaku selama 2-3 bulan ni
Kerana itu juga blog ini telah bertukar wajah
Dan insyaallah lepas ni akan lebih simple
Kerana skill menulis saya perlahan-lahan menghilang
Lepas ni juga takda masa nak design entri cantik2
Dah tak skema macam sekarang
Pasal saya akan tulis macam sardin
Apapun, selamat membaca
======
] The Test [
======
Cerita ini berlaku di sekitar bandar pinggir laut Firenze
Kira-kira 20 tahun lepas, di pasar malam "Austhes Mesa"
20 kilometer dari Valdarno, kelihatan ramai orang berpusu-pusu mencari barang
Dan seorang lelaki, Danielle, turut tidak melepaskan peluang untuk terlibat
"Cd...cd...Murah punya cd. Cd game ada, cd cerita ada, cd drama ada."
Teriak Danielle
"Cd drama hindustan ada? Cerita kabhi kushi kabhi gham."
Tiba2 kedengaran suara seorang gadis bertanya kepada Danielle
"Wow. Maaf kak. Cerita itu tiada lagi. Cerita itu keluar tahun 1990-an. Memandangkan plot masa drama ni kira2 tahun 1980-an, jadi belum ada orang buat filem tu."
Sambil sengih2 malu, Danielle bersemangat menjelaskan sebab kepada gadis itu
Agak kecewa, gadis itu membelek2 cd lain yang menjadi kegemarannya
"Pilih kak. Cd game pun ada. Ini game virtual cops, bes oo kalau mau hilang stress. Tembak2 orang jahat."
"Maaf. Saya tak layan game. Hurm. Cd ni berapa euro?"
"Oh. Itu 5 euro je kak. Ambil la 3 cd, kak. Kalau akak beli 3, kami bagi harga 12 euro je kak."
Sambil membelek2 cd yang lain. Lelaki itu berpaling pula ke pelanggan yang lain. Sibuknya mengalahkan Bill Gates yang melayan kerenah pelanggan tentang masalah OS
Wanita itu pula, Stella, pekerja bar di Tuscany, tidak kurang sibuknya seperti lelaki itu. Beza mereka berdua hanyalah profesion. Setelah puas memilih, Stella nekad dengan 3 cd erat di pegangannya
"Okey. Saya ambil 3 cd ini la. Ada 'subtitle' ke cerita ni?"
"Oh. Jangan risau kak. Kami semua cerita ini sudah bikin ada subtitle punya. Ada 3 bahasa akak boleh pilih. Bahasa itali, inggeris, dan telegu."
"Okey. Kalau takde subtitle, awas kau!"
"Wow. Jangan gitu kak. Seram saya."
"Nah duitnya."
"Syukran kak."
"Living is like fishing, you need to be patient to get the biggest catch and sometimes you got trash."
Sambil menyimpan cd ke dalam beg kecilnya, Stella berjalan menuju ke gerai lain. Tiba2...
"Stella !!"
Stella menoleh ke belakang. Kelihatan seorang wanita 30-an berpakaian forman warna biru berdiri tegak di hadapannya.
"Where have u been, my dear?"
Wanita itu menegur Stella
"Mary?"
Stella inginkan kepastian
"Of course I am. Oh my God. Almost 5 years, but u haven't change at all."
Wanita itu semakin ramah
"Aik. Baru duduk Minnesota 3 tahun dah lupa bahasa Itali ke?"
Stella cuba mengolok
"Haha. Saja bagi gempak sikit pun salah ke?"
Mary cuba meredakan keadaan
"Kamu memang. Tapi apsal tetibe kamu pergi sini? Bukan kampung kamu kat Pisa ke?"
"Memangla. Saja datang sini, boring pula asyik balik Pisa je. Sekali-sekala mau juga jalan2 tempat lain kan."
"Jadi. Saya dengar kamu mau kawin taun depan. Habis kecoh di facebook. Betul ke?"
"Aish. Ke situ pula. Kita tukar topik boleh?"
"Sometimes our differences can bring us together."
Sedang asyik mereka berborak, tetiba suara lelaki memanggil dari belakang
"Xiaojie...xiaojie.."
Mary menoleh
"Apsal dengan laki tu? Bukan dia yang jual cd tadi tu ke.."
Mendengar percakapan Mary, Stella pun lantas menoleh ke belakang
"Xiaojie...fuh fuh...penat."
Lelaki itu berdiri tepat di hadapan Stella, sambil melepaskan penat
"Apsal kamu ni? Kena sampuk ke?"
Mary cuba marah lelaki itu
"Ini...ini..."
Lelaki itu menghulurkan sesuatu kepada Stella
"Penat saya.. Cari xiaojie.. Xiaojie... jalan... laju.. sangat.."
Lelaki itu bersuara tersekat2, akibat kekurangan oksigen dek proses anaerobik yang baru dilakukannya tadi
"3 euro. Jadi kenapa dengan wang ini?"
Mary semakin marah dengan lelaki itu. Stella pula, tidak berkata apa, mengambil duit yang dihulurkan lelaki itu
"Kenapa kamu ambil duit itu? Kamu kenal ke lelaki tu?"
Mary cuba membela Stella
"Kamu kena tahu Stella. Lelaki sekarang ni, pantang ada wanita cantik je, ada je cara dia nak mengorat."
Mary semakin ligat bersuara
"Kita ni kan wanita educated, takkan la taste kamu kat lelaki macam ni? I know u, Stella."
Belumpun sempat Stella mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah hilang dalam keramaian manusia. Dia hanya datang menghulurkan wang kepada Stella, dan kemudian kembali menyambung tugas di gerai
"Kita ni wanita, Stella. Kena jaga standard kita. Silap pilih bahaya nanti. Seriusly, saya rasa geli bila tengok lelaki tu tadi. Cara dia pandang kamu pun, macam gila seks."
Mary semakin ligat berhujah
"Takpelah dia gila seks pun. Sekurang-kurangnya dia jujur, walaupun bagi kita 3 euro tu tak besar mana nilainya, tapi dia pulangkan juga."
Tiba2 Stella bersuara.
"Mari kita beli air tebu di sana."
Stella mengajak Mary yang masih kaget dengan kata2 Stella sebentar tadi
*nota : Semua dialog di atas adalah dalam bahasa Itali
=======
] The Globe [
=======
"Every leader is a boss. But every boss is not the leader."
Kita semua adalah ketua
Kita semua mungkin juga adalah pemimpin
Kita semua adalah wakil bagi bumi ni
Kerana hanya di bumi sahaja ada manusia
Kita semua juga ada peranan untuk agama
Kerana kita semua adalah wakil untuk agama kita
Dan kerana itu kita semua adalah ketua
Tapi, dalam banyak2 ketua
Tak semua jadi pemimpin sebenar
Kerana ada sahaja ketua yang memimpin orang lain ke arah salah
Kat sini saya bagi sikit perbezaan pemimpin dan ketua (copy paste ja)
1- The boss drives people; the leader coaches them.
2- The boss depends upon authority; the leader on good will.
3- The boss inspires fear; the leader inspires enthusiasm.
4- The boss says ‘I’; the leader says ‘we.’
5- The boss says ‘Get here on time’; the leader gets there ahead of time.
6- The boss fixes the blame for the breakdown; the leader fixes the breakdown.
7- The boss knows how it is done; the leader shows how.
8- The boss makes work a drudgery; the leader makes work a game.
9- The boss says ‘Go’; the leader says ‘Let’s go.’”
10- The boss justifies or lays blame - the leader takes responsibility.
*sumber : http://kawasakiofstatesville.com/leadership/989-the-difference-between-boss-and-leader.html
Jadi, kita ni jenis ketua, atau pemimpin yang betul2 memimpin ke jalan yang betul?
"Jika kamu mencari keredhaan semua manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu itu."
Alam Allah ini luas
Kalau nak tahu luasnya macam mana, cukuplah kita ambil seketul garam
Kemudian kita bubuh kat satu padang bola
Kalau tak dapat bayangkan, ambil pula seketul bakteria
Kemudian letak bakteria tu dalam rumah kita
Kalau tak dapat bayangkan lagi, ambil sahaja virus
Kemudian letak di dalam bilik kita
Dengan menganggap bahawa virus dan bakteria itu tidak bahaya
Kalau tak dapat bayangkan lagi
Mungkin anda perlu main game Freecell di windows dengan lebih kerap
Agar imaginasi 3-D anda lebih peka dan meningkat
"What counts cannot be counted. Do good things and good things will happen."
Alam Allah ni bukan sekadar Bumi
Tapi termasuk juga bulan, matahari, planet2 lain yang jadi jiran bumi
Alam Allah ni juga bukan sekadar apa yang ada kat sekitar bumi
Yang dikatakan mat saleh, kononnya kita ni dalam galaksi bimasakti
Tapi ada banyak lagi galaksi kat luar sana
Ada galaksi andromeda, ada galaksi entah apa2
Dan setiap galaksi tu pun ada juga planet2 macam kat kawasan bumi ni
Secara mudahnya, bumi ni adalah rumah kita
Planet2 lain adalah jiran kita
Bulan adalah pakgad rumah kita
Matahari pulak adalah ketua kampung kita
Dan galaksi kita tu adalah kampung kita
Tapi bila keluar galaksi, ada bersepah lagi galaksi lain
Ada lagi kampung2 lain, yang kita pun tak pernah pergi
Takda siapa tahu ada apa kat luar sana
Tak siapa tahu apa motif Allah jadikan planet2 lain kat luar sana
Sampaikan satu ketika, mat saleh yang pening-lalat mula keluarkan teori alien, teori spontan, teori monyet dan macam2
Hanya untuk menafikan kewujudan Allah Maha Besar lagi Maha Genius
Kerana mereka tidak dapat terima kenyataan bahawa mereka sebenarnya jauh terpesong hingga menjadi bodoh
"Friendship - pure, unselfish, nurtures, strengthens, widens, lengthens."
Kalau nak kira nikmat Allah ni, jauh sangat luas tak terbayang kepala otak kita ni
Kalau tak, masakan Allah tetap bagi nikmat kepada manusia yang derhaka kepada Allah
Kerana dunia ni takda apa2 pandangan bagi Allah, maka Allah tidak kisah mahu bagi sama siapa
Tapi kita ja ramai berkira nak buat pahala untuk diri kita
Baru sentuh bumi saja, kita dapat tengok macam mana fungsi gunung-gunung, lautan, langit dan flora fauna lain
Kalau takda semua ni, konfem kita mati katak
Tiada beza macam kita hidup di planet lain
"Lagi besar kekuatan kita, maka lagi berat tanggungjawab kita."
Saya tak pandai sangat ulas pasal agama dan sains ni, cuma dari buku yang saya baca baru2 ni
Adalah sentuh sikit pasal beberapa ayat dalam surah Luqman
Antaranya ayat 10-19
Betapa Allah sayangkan manusia pemaaf
Bukan sekadar slogan 'minta maaf'
Tapi tiada rasa dendam
Tiada niat ingin mengkhianat
Betapa Allah kasihkan manusia yang sabar
Tetap tenang walaupun ditimpa musibah
Tetap gembira walaupun diredah kesulitan
Tetap rilek tatkala badai keperitan menimpa
Betapa Allah cintakan manusia yang berjuang di jalannya dengan teguh
Tidak sengaja menimbulkan permusuhan, tetapi demi kebenaran yang sebenar
Bukan kebenaran ikutan dan palsu semata-mata
Tidak lari walaupun hanya tinggal seorang di medan juang
Dan betapa Allah menggalakkan kita semua untuk bersyukur selalu
Kerana kita lahir sebagai Islam
Kerana kita hidup di bumi Allah
Kerana kita jadi manusia yang sempurna serba-serbi sama ada saintifik atau logistik
"Seorang hamba tidak akan selamat selagi mana hati dan lidahnya tidak sejahtera."
Ayat itu juga banyak larangan sesama manusia
Betapa Allah bencikan manusia yang khianat
Yang zalim sesama saudara dan diri sendiri
Yang tidak berlaku adil dengan amanah
Yang tidak tahu bersyukur nikmat Allah
Betapa Allah melaknat manusia yang syirik
Yang tidak mahu menyembah Allah
Yang masih ragu dengan kebesaran Allah
Yang masih was-was dengan kekuatan dan kebijaksanaan Allah
Betapa Allah memandang hina manusia yang tidak memanfaatkan lidah
Mereka yang menggunakan lidah hanya untuk menyakiti manusia
Mereka yang hanya berkata tapi tidak beramal
Mereka yang mempermainkan hukum Allah
Betapa Allah meluat dengan mereka yang takabbur
Berjalan di bumi Allah dengan rasa ingin disanjungi
Memandang hina manusia lain seolah-olah hanya diri yang mulia
Tidak menghormati manusia lain hingga membinasakan diri sendiri
"Sebelum kita nak cinta kepada ciptaanNya, cinta dulu kepada penciptaNya dengan sepenuh hati."
Moral dari semua ini
Sedarlah kita ni lemah
Kita ni nak urus komputer pun perlu belajar banyak perkara
Sedangkan Allah takda masalah urus bumi ni bagus2
Hinggakan planet2 lain di luar sana
Kita ni baru tahu 1 ilmu sudah mahu menunjuk hebat
Sudah merasa diri hebat orang lain semua jahil
Sedangkan ilmu Allah masih banyak kita tak tahu
Boleh ke kita tahu berapa butir pasir di tapak kasut kita?
Maka..
Tak perlu kita jatuhkan orang lain hanya untuk menunjukkan kita hebat. Tak perlu kita melemahkan orang lain hanya untuk menjadi kuat. Kita semua sama hebat, kita semua sama kuat. Tapi ingat Allah itu Maha Hebat, Allah juga Maha Kuat.
Kita semua sama kuat, sama hebat, sama lemah, sama hampeh
======
] The Fate [
======
"Lelaki akan makin serius apabila bercinta, lelaki juga akan makin matang apabila kecewa. Lelaki akan makin hebat apabila sabar mehnah duniawi, lelaki juga akan makin maco apabila redha ketentuan Ilahi."
Makhluk hidup semua akan berubah satu hari
Termasuklah cicak yang bertelur di pintu rumah, atau lipas yang alami eksdisis, atau ular yang bersalin kulit, atau paramesium yang buat belahan dedua, atau rhinovirus yang melepak di sel ginjal kita
Secara mudahnya, makhluk hidup tetap akan berubah walaupun ada yang taknak
Memandangkan manusia pun termasuk dalam golongan makhluk hidup
Maka, manusia pun akan berubah setiap masa
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap tahun
Ada yang berubah dari segi biologi, sama ada makin tua atau makin gagah
Ada yang berubah dari segi mental, sama ada makin matang atau makin lancang
Ada yang berubah dari segi metafizik, sama ada makin sabar atau makin kurang ajar
Ada yang berubah dari segi sosial, sama ada makin cantik atau makin kacak
Ada yang berubah dari segi hati, sama ada makin sayang atau makin benci
Ada yang berubah dari segi rohani, sama ada makin alim atau makin jadi palim
Apa yang penting, kita semua berubah
Sama ada buruk atau baik, itu semua urusan Allah kita tak dapat jamin 100%
Cuma harapnya, kita sama2 berdoa agar kita semua berubah makin baik
Supaya detik2 akhir hidup kita nanti tak menyusahkan diri dan orang lain
"Wahai sahabat, sabarlah dalam bersabar. Sabar itu ada batasnya hanya sebagai alasan. Jika benarlah ia ada batasnya, maka ia lebih layak buat Pencipta berbanding kita sebgai hamba-Nya. Namun sebaliknya, Dialah inspirasi agar kita sabar untuk terus bersabar."
Macam mana agaknya rasa bila kita tahu dateline umur kita dah dekat?
Macam mana agaknya rasa bila kita tahu bila2 masa je kita boleh mati?
Macam mana agaknya rasa bila kita dengar doktor kata penyakit kita dah tak boleh rawat?
Macam mana agaknya rasa bila orang2 yang kita sayang dulu tinggalkan kita ketika kita sakit tenat?
Walaupun kita semua masih muda
Kita masih sihat, gagah perkasa
Tapi kita tetap akan lalui detik ini
Kerana kita juga manusia
Tidak akan terlepas dari fitrah alam yang luas ini
Persoalannya, mampukah kita menerima takdir seadanya ketika itu?
Takdir untuk mengadap Ilahi?
Takdir untuk pergi selamanya?
Takdir untuk meninggalkan insan2 lain?
"Janganlah menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang."
Tahun 2011 baru berlalu
Tahun 2012 baru datang
Tahun lepas jadi kenangan
Tahun ini jadi ajaran
Tahun lepas jadi sejarah
Tahun ini kita pandu-arah
Tahun lepas jadi panduan
Tahun ini kuatkan pendirian
Jika tahun lepas kita manusia paling malang
Pastikan tahun ini kita manusia paling cemerlang
Jika tahun lepas kita manusia paling celaka
Pastikan tahun ini kita manusia paling bahagia
Jika tahun lepas kita manusia paling jahil
Pastikan tahun ini kita manusia paling tartil
Jika tahun lepas kita manusia paling suka khianat orang
Pastikan tahun ini kita manusia paling baik sama semua orang
Jika tahun lepas kita manusia paling blablabla
Pastikan tahun ini kita manusia paling rajin buat pahala
"Kadangkala Allah ambil orang yang kita sayang itu pergi selamanya sebelum kita dapat bersedia, supaya kita tahu hargai mereka yang masih hidup."
Malam entri ini ditulis, sinaran bulan penuh memberi banyak inspirasi
Ketika ini juga, saya teringatkan seseorang
Seorang wanita yang istimewa dalam hidup saya
Walaupun saya sendiri belum rasa bagaimana rasa hadapi mati
Tapi tahun ni, saya dapat tengok sendiri ada insan yang menghadapi detik seperti ini
Saya tak mampu zahirkan kesedihan
Bimbang itu akan menjatuhkan semangat dia untuk terus hidup
Walaupun dia sendiri tidak mengerti apa yang berlaku
Tapi saya yakin, satu hari nanti dia juga akan turut faham fitrah manusia
Dulu2..
Saya akan telefon dia apabila saya tengah sedih
Saya juga akan usik dia apabila saya tengah tensen
Saya juga akan kacau2 dia apabila saya sedang sakit
Dia tak marah, pasal dia tahu saya duduk jauh
Banyak masalah saya mahu kongsi
Banyak perkara saya tengah tensen
Setiap kali sebelum putuskan talian
Dia sempat pesan,
"Jangan tinggal solat. Doa banyak2 kat Tuhan moga mudah semua urusan. Sujud tu bagi lama."
Dia juga sempat pesan,
"Cepat2 kamu habiskan ngaji. Lepas ni boleh jaga mak abah, opah atuk ni."
Walaupun dia tak pandai baca al-quran, dia tetap rajin pesan pasal agama
Walaupun dia tak belajar tinggi mana, tak pernah masuk ipta, tak pernah tahu apa2 pasal biotek, dia tetap bagi semangat untuk terus belajar
Walaupun dia tak pernah tahu membaca, tapi dia tetap bagi duit untuk beli buku
"Melepaskan insan yang kita sayang itu pergi dengan rela hati, tidak sama pedihnya apabila dipaksa untuk bertemu insan yang paling dibenci."
Kali terakhir bertemu dengannya
Setelah hampir 2 tahun tak bersua
Dia sudah tidak mampu bertutur dengan biasa, kerana sinaps di otaknya semakin rapuh berhubung
Dia juga sudah tidak mampu mengecam hero yang selalu mengusik dia, kerana banyak memori di talamusnya sudah berkurang
Dia sudah tidak mampu memegang cawan dengan betul, kerana otot lengannya sudah semakin lemah
Dia juga sudah tidak mampu menelan walaupun seulas buah limau, kerana sarafnya sudah semakin kurang efisien memberi arahan 'telan'
Dia sudah tidak seperti dulu
Seperti raya 2 tahun lepas
Kerana dia juga manusia biasa
Terlalu pantas sel-sel neuron itu degenerasi setelah hampir 80 tahun bertugas
Terlalu cepat otot jantungnya ingin berehat setelah hampir satu abad bekerja
Namun perjumpaan singkat itu memberi seribu makna
"Strength without determination means nothing, and determination without strength is equally useless."
Tahun ini
Pertama kali saya memeluk wanita tua itu
Pertama kali saya melihat dia sangat lemah tidak seperti dulu
Dan pertama kali juga kalenjar mata ini mengeluarkan sejenis enzim ketika berpisah dengannya
Tanggal 25 Januari 2012
Genap seminggu saya mencecah umur 25 tahun (kalendar masihi)
Dia dah tiada
Dia dah kembali kepada Pencipta
Menanti perhitungan seterusnya
Saya pula, sekadar melihat dari jauh
"Learn from the birds. It wont teach you to fly, but you can dream sky high.Take lesson from the bees, You'll be acknowledged from the sweetness of the honey."
Masih terngiang2 suara dia dari dapur memanggil makan sarapan
Masih teringat2 ketawa dia tatkala saya mengusik semasa telefon
Masih terdengar2 nasihat berguna darinya setiap kali bertemu dengan dia
Masih terbayang2 wajah tenang dia walaupun dilanda seribu masalah
Lepas ni saya sudah tak merasa masakan sup ayam dia
Lepas ni saya sudah tak dengar lagi segala nasihat dan teguran dari dia
Lepas ni saya sudah tak dapat dengar ketawa dan marah dia apabila diusik
Saya juga tak tahu mahu usik siapa bila saya tensen
Tapi insyaallah, saya akan cuba jadi manusia macam dia mahu
Kerana dia...
Bukan sekadar wanita tua yang digelar opah...
Tetapi heroin yang banyak mengajar saya erti kehidupan
Yang telah banyak mencorakkan hidup saya...
Al-Fatihah buat Rabiah Dahman (xxxx - 25 Januari 2012, 12.30 tengah hari)
Moga bertemu dengannya satu hari di Syurga...
Saya akan tetap merindui dirinya...
Wassalam
:: Published completely on 31st January at 3:54 am ::
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."[Al-Asr]








Tiada ulasan:
Catat Ulasan