Ceramah

Rabu, 30 November 2011

Give Me-di-car

*Sebagai mukaddimah, entri blog adalah hakcipta sendiri, tiada tapisan tiada retorik. Harap tiada pengkomen2 pelik dari planet Jargus. Jadilah pembaca matang, bukan sekadar pengkomen lantang. Jadilah hamba Allah yang professional, bukan hanya emosional. Jazakallah. Peace. :)

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


Hampir 3 bulan saya tak update blog
Cerita Sudin pun sudah dekat 6 bulan tergantung

Dan saya pasti ramai tertanya2 ke mana saya menghilang
Dan ada yang berdebar menanti sambungan cerita Sudin dan Ramli

Bertambah pula facebook pun dah lama sepi
Menyebabkan ada yang fikir saya sudah mati
Ada juga sangka saya merajuk membawa diri
Lagi mengarut ada ingat sibuk dengan anak-bini

Sebenarnya selama menghilang ni, saya bizi mencari diri saya yang dulu
Merata tempat sudah saya cari, banyak cara sudah saya cuba
Tapi sampai entri blog ini di'publish', saya masih belum jumpa 100% diri saya yang dulu
Tapi syukur, sejak holiday selama 2 minggu hari tu
Banyak juga perkara saya jumpa sejak saya terjatuh

Mula2 sekali, saya minta maaf kerana salah 'setting' hari jadi saya di facebook
Menyebabkan ramai manusia wish harijadi saya tanggal 18 November
Namun Alhamdulillah ada juga yang perasan itu jauh terpesong dari realiti
Saya pula lebih gemar ambil pendekatan tunggu, diam, dan lihat

Perkara kedua, saya minta maaf juga pasal cerita Sudin tak dapat sambung juga untuk entri ini
Tapi insyaallah akan diusahakan sambungan cerita itu awal bulan hadapan
Itupun kalau saya sudah tak bizi gaban
Untuk mencuri masa menaip saban malam memerah otak mencari idea

Seperti tika ini..


Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari


========
] Peugeot 2.5 [
========
"If you a big fish in a little pond, doesn't mean you've won, along may come bigger one."

Ramai manusia menggunakan kereta

Hampir 80% manusia di negara ni, gunakan kereta sebagai salah satu pengangkutan ke mana sahaja
Daripada 80% itu pula, 50% daripada mereka menggunakan kereta sebagai salah satu sumber ikatan kekeluargaan, membawa keluarga bersama tika waktu cuti sekolah

Namun kadangkala, daripada 80% itu juga, 40% dari mereka ada yang menggunakan kereta sebagai salah satu medium mengorat atau simbolik kepada status masing2, sama ada kaya, miskin, hebat, atau rabat

Kalau sentuh luar negara pula, lagi jauh kita mau cerita pasal sana tu lagi banyak jenis kereta yang kita boleh pilih.
"2 perkara kecil yang memberi kesan besar kepada setiap individu - hati dan lidah"

Kenapa entri pertama saya sentuh pasal kereta?

Kerana dari kereta sahaja, banyak cerita di sebalik tabir
Semasa membeli kereta, ada yang membayar cash ataupun secara ansuran

Ketika menggunakan kereta, ada yang sudah pandai serba-serbi, dia tahu banyak perkara tentang kereta itu, dari sudut maintenance kereta hinggalah kepada selok-belok saiz tayar, dia memang sudah arif

Namun, dalam masa yang sama, ada juga pengguna yang sekadar jadikan kereta itu sebagai hiasan di rumah, tidak tahu apa2, hinggakan ketika mahu mengisi minyak kereta itu pun dia tidak pasti sama ada mahu isi diesel ataupun Ron-94

"Key to loyalty - trust"

Pada zaman dahulu, di bandar Osaka, ada 2 sahabat Nepal sedang bersiar-siar di jalanan mencari sosej. Kejadian ini berlaku sekitar awal tahun 1980-an, di mana akta terhadap ikan pari masih belum dikeluarkan oleh WHO.

"I turn the music up,
I Got my records on
I shut the world outside until the lights come on


Maybe the streets alight,

Maybe the trees are gone

I feel my heart start beating to my favorite song"

[*Coldplay : Every teardrop is a waterfall]


Ahmed : Bro, aku mau tanya sikit la. Ada konfius ni

Zahid :
Amende?


Ahmed :
Gini. Kejap (sambil menutupkan radio)


Zahid :
Ha? Apasal ko tutup radio?


Ahmed :
Aku rasa lagu ni tak elok la. Lirik dia macam tak bagus je


Zahid :
Pulak dah. Ok apa ko mau tanya?


Ahmed :
Gini. Aku ada kenal sorang cewek ni. Masih stadi, kat New Zealand. Kalo bagi ko, boleh ke aku lebih serius dalam hubungan ni? Maksud aku, macam berkapel la...


Zahid :
Ko rasa?


Ahmed :
Dari apa yang aku baca, macam haram. Tapi kalo setakat biasa2 je, takkan haram juga kot? Setakat berkawan? Aku syok sama dia ma..


Zahid :
Itu dari ko ja. Syok ni ada banyak jenis. Ada yang serius, ada yang main2, ada yang sekadar kawan, ada yang sekadar puaskan nafsu, dan bla bla bla.


Ahmed :
Entahla. Aku konfius nak buat apa ni.


Zahid :
Kalo ko serius mau jadikan dia bini, better ko jumpa parent dia terus. Tapi, lebih baik tengok gak respon cewek tu macam mana, baru gentleman. Kalo ko setakat nak buat main2 atau puaskan nafsu tu ja, kena ready la dengan risiko nanti. Kalo setakat nak berkawan, tetap ada risiko jadi mende lain nanti


Ahmed :
Tapi, aku rasa boleh kot kawal. Kalo setakat berkapel biasa2 ni. Pasal aku tengok ada je yang kapel2 ni, takde pulak buat onar


Zahid :
Memang ada. Tapi... berapa ramai dalam seribu? Dalam seratus?

Ahmed : Kalo setakat berkawan?

Zahid :
Ko try la macam mana. Mamak, sosej ayam 2 ok !



"Kadangkala, tak perlu kita cerita semua perkara hanya untuk menunjuk kita serba tahu, kerana adakalanya dengan bercakap sikit itu lebih selamat lagi menyelamatkan"


* Beberapa minit kemudian

Ahmed : Bro. Aku tak boleh la stop fikir mende tu. Aku risau gila sama dia ni. Dia dahla sekarang belajar over-sea. Macam2 dugaan kat luar sana tu. Satgi jadi apa2 kat dia, kan aku gak nyesal nanti. Takkan nak tanya khabar pun salah? Sekadar borak2 ke?

Zahid :
Macam ni la. Aku pun bukan ulamak. Aku pun heran, apsal ko tanya aku mende2 ni?


Ahmed :
Pasal aku tengok ko steady je single-mingle. Kejap, ko pernah bercinta?


Zahid :
Hm... boleh tahan sosej mamak jepun ni ek....
(sambil menggigit sosej yang baru dibeli)

Ahmed : Kalo ko belum pernah bercinta, nak tau jugak macam mana ko boleh steady ni. Atau, kalo ko ada gak kawan pompuan, nak gak tau macam mana ko kawal diri dari terjebak dengan mende2 mengarut sekarang ni. Lagipun ko kan alim, selalu pegi masjid

Zahid :
Alim mende. Kalo setakat pegi masjid, perogol bersiri pun boleh pegi masjid. Kaki rasuah pun steady je jadi imam masjid. Kalo aku alim, aku takde main game lagha ni berjam2.


Ahmed :
Jadi, ko pernah la bercinta? Macam mana ko jaga dari mende2 pelik?


Zahid :
Aku ni bukan mat romeo, bro. Tapi kalo pasal petua tu... Hm...


Ahmed : Apsal? Berat ke nak story? Aik bila masa pulak ko reti feeling2 ni? Aku ingatkan ko takde perasaan sama pompuan

Zahid :
Aku pun manusia, bro. Sama spesis macam ko juga. Sama dilema macam ko juga. Tapi bezanya, aku ada jawapan untuk persoalan2 yang ko tanya tadi


Ahmed :
Jadi cerita la


Zahid :
Sebenarnya aku malas nak ungkit cerita lama. Tapi since ko da eager sangat nak tau. Mende ni berlaku 5 tahun lepas. Cerita ni dah lama, aku pun dah suam2 ingat-lupa


Ahmed
: Wow. Siapa cewek bertuah tu ya?


Zahid :
Tunggu aku habiskan dulu sosej ni. Sabar ye.
(sambil mencicah sosej ayam tadi dengan sos kicap)

"Jika Allah nak beri rasa kasih terhadap seseorang, kita akan tetap kasihkan dia walaupun sejuta manusia bencikan dia. Tapi jika Allah nak buang rasa kasih itu, kita akan tetap rasa benci walaupun satu dunia amat sayangkan dirinya.

Perasaan kasih itu datangnya dari Allah. Perasaan benci juga datangnya dari Allah. Terpulang kepada kita untuk menilai mana yang terbaik buat diri kita."


Zahid : Boleh tahan air milo ni ek. Rasa macam milo kat warung Hajjah Jasin tu je.

Ahmed : Makan tu makan gak, jangan lupa soalan aku tadi...

Zahid : Semangat gak ko nak tau ek.. Hm... Pasal tu... Adalah sorang ni, nama dia Fatin. Aku kenal dia ni masa sekolah lagi. Kiranya dia ni cewek masa sekolah lagi. Tapi sampai satu masa, kami bawa haluan masing2. Lama juga tak kontek. Aku tak ingat kenapa terputus punya lama tu


Ahmed :
Oh. Ni kita firstlove la ni kan?


Zahid :
Boleh la. Tapi bukan kapel mana pun. Sekadar kawan. Tapi sampai di kolej, kami terkontek semula. Aku bukan duk sibuk cari dia sangat, tapi kawan yang sibuk perkenalkan cewek tu. Rupa-rupanya Fatin. Itu la kerja Allah kita taktau. Punya lama terputus, tengok2 terjumpa pulak kat kolej.


Ahmed
: Wow. Jadi korang sambung balik la?


Zahid :
Tak. Bukan aku taknak, tapi since waktu tu aku dah berubah, dah mula dekat2 dengan masjid, so kalo boleh, biarlah Fatin tu nanti aku jadikan bini je.


Ahmed :
Boleh ke ko kawal?


Zahid :
Memang susah. Serius susah. Banyak kali juga Fatin paksa aku dating. Since aku anggap dia ni kawan2 je dulu, banyak kali juga aku pujuk dia, supaya positif yang aku taknak rosakkan dia waktu muda2 ni. Tapi penat gak nak pujuk2 ni. Asyik2 dia pikir aku ada cewek lain. Padahal aku serius sayangkan dia, tu aku taknak buat main2 sebelum ada ikatan sah. Bukan apa, aku pun ada adik pompuan gak, tu aku takut nak buat macam2 sama anak dara orang lain ni, takut adik pompuan aku pun kena macam tu. Aku nyaris2 nak bertumbuk sama sorang laki ni, hanya pasal dia main2kan adik aku


Ahmed :
Gila ganas gak ko ek. Nampak je macam ni. Kejap2, takkan tak pernah langsung dating? Dahla sama kolej, dah kenal2, takkan langsung tak cair? Peluang terbuka luas kot...


Zahid :
Aku manusia juga kan. Kadang2 ada juga terlintas di hati, apalah sangat dating sekali-sekala. Tapi itu kan keje Allah, bila dia ajak dating je, aku memang bizi ada hal lain. So kena gak kensel. Cuma dalam banyak2 cubaan tu, adalah sekali terdating, pasal aku kebetulan terserempak dia di pasar malam.


Ahmed : Wow. Apa juga korang buat time dating tu?

Zahid :
Takde apa2, takde candle-lite dinner, takde makan2, tak romantik mana, sekadar borak2 dalam 10 minit sambil minum air tebu 50 sen. Maklumlah firsttime dating secara official kan, masih malu2 kucing.

Ahmed : Aku dah agak, konfem dating tu paling bosan yang pernah aku jumpa. Haha

Zahid : Tapi kan, aku rasa tu last kepada semua drama ni. Pasal lepas dating first tu, aku sambung stadi over-sea. Dekat setaun lost-kontek dia balik, pasal both tukar nombor telefon. Nak harap kawan2 tolong carik dia, ko paham2 sendiri la, semua sibuk dengan hal masing2. Aku sebenarnya nak pinang dia waktu cuti summer. So time balik cuti summer tu aku pegi rumah dia


Ahmed :
Apa jadi?


Zahid :
Seminggu aku sampai malaysia tu, rupa-rupanya dia dah meninggal. Dapat ziarah kubur je. Fresh lagi tanah kubur dia


Ahmed :
Serius? Sebab?


Zahid :
Eksiden


Ahmed :
....
(Terdiam, sambil minum kopi)

"‎Tears are prayers too. They travel to God when we can't speak."


Zahid : Sebenarnya, hid, aku tak sedih dia meninggal. Ajal maut kan keje Allah, buat apa juga aku nak sedih melampau. Yang buat aku terkilan, sejak kami terpisah 2nd time tu, macam2 cerita lain berlaku rupanya

Ahmed :
Maksud ko?


Zahid :
Lepas dia kecewa aku menghilang, dia terus jadi liar. Mungkin selama dia kenal aku, dia kawal banyak mende kot. Mungkin pasal dia serius sayangkan aku, tu dia sanggup jadi baik demi aku. Sejak aku menghilang tu, dia mungkin fikir aku ni main2kan dia je. So, untuk lepaskan geram, dia banyak kali gak kapel sama macam2 lelaki. Dan paling last, dia kapel dengan mat rempit, jadi kat situ dia eksiden. Eksiden tu tak teruk mana, tapi dah ajal kan, nak wat camne.


Ahmed :
Jap2. Ko pasti ke dia betul2 sayangkan ko? Entah2 dia memang jenis liar, saja je memang mainkan ko. Pompuan skang ni, macam2 jenis ada bro


Zahid :
Memula memang aku rasa macam tu gak. Tapi bila kawan dia 'serang' aku haritu, aku tau la realiti sebenarnya yang berlaku selama ni. Sejak dia kenal aku la, baru dia berubah banyak mende. Kawan dia tu marah gila kat aku, pasal kawan dia fikir aku sengaja sakitkan hati arwah Fatin. Since diorang dua ni memang member kamceng, banyak gak rahsia yang arwah Fatin tu story sama kawan dia tu. Ada yang dia gitau aku, ada yang dia taknak gitau


Ahmed :
Ooo gitu


Zahid :
Dan sampai hari ni, aku tak henti2 salahkan diri sendiri dengan kejadian tu. Aku rasa bersalah pasal tak gitau dia banyak mende. Aku rasa bersalah pasal tak dapat jaga dia elok2. Kalau aku cuba gak berkawan sama dia, jaga dia elok2, rasanya pengakhiran hidup dia takde la sampai macam tu


Ahmed :
Tapi semua tu kan takdir. Everthing happen must be a reason kan? Macam ko gitau selalu sebelum ni, kita tak boleh lawan takdir, walaupun kita dah tadbir elok2


Zahid : Aku tau. Tapi still ada rasa macam tu. Tambah2 pulak, saat-saat akhir tu gak Allah ambil dia. Dahla waktu aku sampai Malaysia tu, baru je 4 hari dia meninggal. Tu pasal setiap kali aku tengok kereta warna biru, aku teringatkan arwah cewek tu. Dan masa tu gak, aku rasa bersalah dengan dia, dengan diri sendiri, dengan parent dia etc

Ahmed :
Tak elok ko pertikaikan takdir, bro.


Zahid :
Itulah. Manusia boleh berubah dengan takdir. Tapi..


Ahmed :
Keje Tuhan, kita taktau. Mamak, tambah sosej lagi 2 ok..


Mamak :
Worait !!
(sayup2 dari jauh)

"Kadangkala Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, supaya kita tahu menghargai orang yang sebenar di kemudian hari."


Ahmed : Tapi kejap, aku nak tanya. Sori banyak pulak soalan aku. Tadi ko ada mention pasal kereta biru. Kenapa kereta biru?

Zahid :
Takpa, aku ok je. Kereta biru... Hurm... Pasal... dia selalu 'paksa' aku dating dengan kereta biru tu. Since dia ni anak orang kaya gak, tu kira hadiah besday dari ayah dia. Dia nak sangat tengok aku drive kereta dia tu. Tapi sampai ajal dia gak, aku tak pernah dating dia dengan kereta biru tu.


Ahmed :
Ooo gitu.. Sedih gak cerita ko ek. Aku ingat cerita aku ni je sedih. Jadi, sebab tu la ko steady je single-mingle sampai skang ni?


Zahid :
Bukan gak. Pasal takde pompuan nak sama aku. Haha


Ahmed : Cis. Orang hensem, berharta, bohong la takde cewek nak

Zahid :
Serius takde. Ko ingat cewek2 skang pandang ke lelaki macam aku ni? Dahla tak reti mengayat. Kadang2 tu laki tak hensem pun, ayat je cantik, sepuluh cewek cun cair habis sama dia.


Ahmed :
Betul gak


Zahid :
Ko kena tau, Hid. Zaman skang ni, kalo lelaki hensem jenis setia, memang dia setia habis, mungkin sampai mati dia sanggup tunggu. Tapi, kalo jenis buaya darat, memang buaya habis lak, sampaikan bini orang pun dia berani sapu. Berbeza dengan pompuan, kalo dia cantik dan setia macam manapun, percayalah satu hari dia tetap lari juga. Pasal kumbang di luar sana pun masih bersepah lagi, yang takkan putus asa cuba merampas hati cewek cun ni. Nak salahkan pompuan pun tak boleh gak, pasal dah fitrah diorang ni kurang akal, lemah dayatahan dan lain2. Kalau spesis yang cantik, lagi bahaya pasal konfem la lagi banyak kumbang hitam akan cuba rampas, dengan pelbagai gaya, pelbagai taktik, dan tak mustahil satu hari nanti akan sangkut gak, kalau kita tak reti jaga elok2.


Ahmed :
Okey2. Aku puji sikit je. Ko toksah perasan hensem lebih2 lak. Jadi, apa solusi masalah aku tadi?


Zahid :
Jadi, berbalik kepada persoalan ko tadi, kalo ko rasa ko boleh kawal semua tu, ko rasa ko sudah ready untuk handle risiko menanti, buat je mana ko rasa bagus untuk diri ko


Ahmed :
Maksudnya?


Zahid :
Kalo nak berkapel, teruskan. Kalo nak berkawan, teruskan. Kalo nak main2, sekadar puaskan nafsu pun, teruskan


Ahmed :
Aku tak paham


Zahid :
Ko pernah tengok nyamuk? Dari sekor nyamuk je, satu dunia terancam. Tengok je penyakit utama dunia satu ketika dulu - JE dan malaria - hanya dari nyamuk. Hemothep pun mati hanya kerana nyamuk. Dulu2 entah siapa, mati hanya kena azab oleh Allah melalui nyamuk gak. Tak perlu Allah hantar naga besar untuk ajar manusia yang derhaka. Cukuplah hanya dari nyamuk, makhluk kecil, yang tiada siapa kisah, tapi akhirnya mengancam dunia. So, ko kena ingat, kadang2 ada mende kecik yang berlaku dalam hidup kita tu mampu ubah hampir seluruh hidup kita.


Ahmed : Oooo... I got the point

Zahid :
Tapi ko kena ingat, setiap tindakan tu ada risikonya. Dan pastikan pengakhirannya nanti, ko takkan salahkan diri sendiri. Jangan jadi macam drama aku ni, sampai skang aku tak dapat berhenti salahkan diri sendiri. Walaupun ada orang kata, orang penakut je yang asyik salahkan orang lain. Tapi bagi aku, lebih baik kita 'sakit' kerana salahkan orang lain, daripada 'sakit' kerana salahkan diri sendiri


Ahmed :
Jadi aku rasa, aku ada jawapan untuk kes aku ni


Zahid :
Ok. Yang penting, pastikan ko tak menyesal kemudian hari. Good luck, bro


[Don't lose hope just because the hill, because there must be another mountain waiting - Keep climbing til the end.]


Moral :

[1] Kalau kita ada ilmu, kongsi2 la sama orang, bukan simpan untuk diri sendiri je

[2] Kalau kita ada duit, kongsi2 la juga sama kawan, bukan simpan untuk kenyang sendiri je

[3] Kalau kita masih belajar, pastikan kita fokus belajar, tak perlu sibuk berkapel, berdating, berblablabla. Paling penting, jangan sampai extend2 sampai perabis harta mak bapak

[4] Kalau kita sudah bekerja, pastikan kita kerja tu betul2 kerja, bukan makan gaji buta, atau hanya sejam kerja, 4 jam facebook atau gosip mengumpat

[5] Pastikan kawan2 anda boleh diharap, tambah2 kalau dia side-partner anda.

[6] Perlunya ilmu yang luas dan mendalam untuk menyelamatkan diri dan orang lain.

[7] Kalau kita tak tahu, mengaku tak tahu. Jangan menunjuk tahu, sedangkan kita tak tahu. Tapi jangan pula salahkan orang tak tahu, jika kita sendiri pun tak tahu. Dan usah pula rasa kita sudah pegang dunia jika kita tahu sesuatu perkara, sedangkan kita tak tahu bahawa masih banyak perkara yang kita belum tahu. (Paham kan?)

[8] Sebagai seorang ketua, dia perlu rilek dan arif banyak perkara, khususnya bidang yang dia ceburi. Seperti cerita ni, Zahid boleh juga dikatakan sebagai ketua, kerana dia menjadi rujukan Ahmed. Walaupun ada perkara yang dia tak tahu, tapi tak perlu gelabah hingga lari fokus

[9] Pastikan anda tahu berbahasa Jepun ketika berada di Jepun. Selain sebagai langkah keselamatan, anda juga turut mampu menguasai suasana dan disukai ramai. Begitu juga sebagai pendakwah, dia perlu tahu 'masuk line' sebelum dia melaksanakan agenda dakwah. Lagipun, senang sikit nak order sosej

[10] Jangan kerana tindakan kita yang remeh, mengakibatkan insan lain terkorban, khususnya budak2 kecil dan yang tersayang, yang kelak kita sendiri menyesal kemudian hari

[11] Amalkan berdoa dan basmalah sebelum lakukan sesuatu perkara

[12] Kita tak boleh lawan takdir Allah. Ajal jodoh kerja Allah. Dan jangan berani cuba pertikaikan takdir Allah. Bahaya ooo. Tapi kalau manusia bernama Takdir, mungkin kita boleh lawan selagi mana dia takde jutsu muay-thay.

[13] Manusia boleh berubah dengan takdir. Kalau kita bergantung dengan manusia, nescaya kita kecewa. Tapi kalau kita bergantung kepada Allah, nescaya kita takkan kecewa kerana hanya Allah yang menentukan takdir kita semua

[14] Kalau kita masih bujang (atau dah kawin), jangan sibuk kacau hak orang lain. Kalau kita sudah kahwin, jangan sibuk menggatal dengan orang lain. Pesan nabi, akhir zaman nanti akan ada kaum wanita yang sibuk dengan laki orang, kaum ibu yang sibuk dengan lelaki bujang, dan laki orang pulak sibuk dengan bini orang. Adakah kita jenis ni? Apa kejadahnya?

[15] Apa yang kita buat, ada risikonya. Nak buat baik pun ada risiko, nak buat jahat konfem ada risiko. Nak buat baik konfem ada je orang dengki nak jatuhkan kita. Kalo nak buat jahat konfem la kena azab. Terpulang kepada kita nak pilih risiko yang mana satu

[16] Jadi macam nyamuk. "Silent but fatal, small but dangerous."

[17] Buat yang mampu dan bujang, cepat2 la kawin. (P/s : Saya tak available, sori)

[18] Rupa paras yang cantik tak menjamin hati yang cantik. Tapi kalo rupa paras itu cantik, hati pun cantik, mesti lagi mahal di sisi Allah. Tapi kalo muka cantik, tapi hati kotor, perangai pun macam jin tanah, teda guna juga. Apapun, Cik Quistis tetap anggun.

[19] Cari sendiri

::: There goes Alamanda :::


======
] Priceless [
======

"Kalau kita mahu, semuanya senang."

Semua orang pernah lihat teh
Dan saya rasa, ramai dari kita pernah minum teh
Kecuali kalau dia hidup di negara Iceland, yang agak sukar untuk bertemu teh
Tetapi rasanya pembaca blog ni, rata-ratanya berasal dari Malaysia

Apa yang saya nak sembang pasal teh ni, tak kompleks mana seperti alam DNA dan protin yang pening sebelum2 ni

Cuma, tak ramai dari kita tahu bahawa teh ini ada keunikannya tersendiri

Apa yang kita tahu, hanyalah teh Boh Lipton, teh starbuck, teh KFC, teh wai siong dan entah apa2 lagi jenis teh yang susah nak sebut
Apa yang kita tahu, kita hanya order di kedai mamak, minum, bayar dalam RM1.80, kemudian pulangaa

"Adalakalanya Allah beri kita perkara yang sangat kita tidak mahu, untuk menunjukkan kepada kita betapa Allah itu Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Namun, adakalanya Allah tak beri kita perkara yang sangat kita mahu, untuk menunjukkan kepada kita betapa Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi."

Semua orang sudah sedia maklum, air teh yang kita minum tu adalah dari daun teh
Dari daun tu la menghasilkan aroma yang macam2 jenis

Tapi tak ramai orang sedar bahawa
Dari daun yang kecil itu sahaja, sudah mampu mengawal satu dunia

Masakan tidak, daun kecil tu sahaja sudah berjaya menghasilkan pelbagai produk teh yang berlainan rasa, berlainan aroma
Dan lagi menarik, satu dunia sudah kenal teh, kecuali di Marikh

Di Cina, tehnya rasa lain
Di Jepun, tehnya lain sikit
Di India, Malaysia, dan negara Asia lain turut mempunyai variasi teh yang agak berbeza

Jika sentuh di Eropah dan negara Latin, lain pula cara teh itu dihasilkan

Sedangkan satu sumber yang sama - daun teh

Begitulah hebatnya Allah Maha Bijaksana

"Kalau kita tak mampu jadi ubat kepada manusia, tak perlu kita jadi karsinogen kepada orang lain"

Khasiat daun teh juga ada banyak

Dan paling common kita dengar - antioksidan

Apa mende antioksidan tu?

Antioksidan ni kalau mudah ceritanya, lebih kepada pembunuh kanser
Dalam badan kita ni, sel kanser ni terhasil dari beberapa sel yang tak stabil, yang kemudian dia oksida, yang kemudian jadi reaktif
Puncanya ada banyak sebab, mungkin dari sinar UV, atau radiasi, atau makanan yang kurang ok, yang akhirnya menyebabkan sel itu jadi tak stabil

Maka, bila sel tu jadi reaktif, konfem la ada reaksi (reaction)

Part ni rasanya orang kimia lebih paham

Bila dah jadi macam tu, akan berlaku pembahagian sel yang abnormal - sama ada lebih atau kurang
Bila sel dah mula membahagi secara abnormal, maka di situlah punca kanser

Dan begitulah adanya

Jadi, dengan minum teh, sel yang tak stabil ni akan distabilkan oleh teh
Adalah elemen dalam teh tu yang mengawal ketidakstabilan sel-sel ni (kalau nak tau, cek sendiri kat google, malas mau explen)

Maka, sel-sel yang 'nakal' ni akan tetap membahagi dengan normal
Yang akhirnya, tiada sel kanser terbentuk

Begitulah serba sedikit sumbangan teh dalam aspek perubatan dan kesihatan

Sebenarnya ada banyak lagi sumbangan teh dalam kesihatan

Tapi kalau nak story semua dalam blog ni, lenguh la jari ni nak story semua kan

Cuma apapun, dari situ kita nampak tak betapa Allah tu Maha Pemurah?
Kalau Allah tak sayang kita, konfem Dia biar je kita mampus dengan kanser yang bahaya tu

Tapi kerana Allah tu Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Dia tak kisah nak bagi ubat kat kita
Walaupun semakin hari makin ramai manusia mencari sakit dan azab Allah dengan entah apa mende yang pelik2

"Jika kita mahu jadi orang besar satu hari, belajarlah menerima sekecil2 kritikan bermula hari ini."

Saudara kepada teh adalah kopi
Walaupun cara hasilkan kopi berbeza sikit dari teh, namun keduanya mempunyai persamaan - memberi aroma berbeza dari satu sumber yang sama

Kalau teh berasal dari daun, namun kopi pula dari biji kopi
Dari biji kopi itu, macam2 cara diproses demi menghasilkan aroma yang berbeza
Malahan, ada di negara tertentu seperti Indonesia, biji kopi itu disimpan selama 5 tahun sebelum ianya diproses, demi mengekalkan kualiti aroma yang akan dihasilkan

Dan sampai hari ini, kita dapati dari kopi sahaja, pelbagai produk terhasil hanya dari biji kopi
Dari Nescafe sahaja, sudah banyak produk lain yang berasaskan biji kopi
Dari starbuck pula lain ceritanya
Dari KFC pula lain pula rasanya
Dari Giant pun lain pula rasa kopinya
Dan entah macam2 lagi jenama kopi yang pelik2

Ada yang mahal gila, ada yang murah
Ada yang senang jumpa, ada yang di luar negara baru dapat rasa
Sedangkan kebanyakan produk itu hanya dari satu sumber yang sama - biji kopi

Walaupun secara mudah-kiranya daun teh itu sendiri berasal dari pokok yang berbeza, begitu jua biji kopi - yang mempunyai pelbagai jenis spesis pokok kopi dan teh di serata dunia - namun hakikatnya, kita sedia maklum bahawa, adakalanya dari pokok yang sama sahaja sudah mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 5 produk yang berbeza - melalui variasi cara proses dan penyimpanan daun teh/biji kopi itu

Maka, tak rasa ke betapa Allah itu Maha Pengasih?

Cuba bayangkan kalau dunia ni tiada kopi dan teh

Atau, cuba bayangkan kalau dunia ni, kopi dan tehnya rasa sama sahaja

Mesti kita lebih ramai yang mati pasal diabetis hanya kerana suka minum pepsi, betul tak?

With money you can buy a house, but not a home.
With money you can buy a bed, but not sleep.
With money you can buy a book, but not knowledge.
With money you can buy a doctor, but not good health.
With money you can buy a position, but not respect.
With money you can buy blood, but not life.
With money you can buy sex, but not love.
With money you can buy a clock, but not TIME

Saya taknak bebel panjang pasal teh dan kopi ni
Cuma saya nak sedarkan kat kita semua bahawa betapa luasnya ilmu Allah
Sekadar nak sedarkan kita semua bahawa betapa kasihnya Allah kat manusia di bumi ni

Allah tetap sayangkan manusia, walaupun ada sahaja manusia berjaga malam dengan minum nescafe demi menonton bola hingga terlajak subuh
Allah tetap sayangkan manusia, walaupun ada sahaja manusia yang melepak di kedai kopi melayan teh dan gosip yang tiada hujung pangkal
Allah tetap sayangkan manusia, walaupun ada sahaja manusia yang berdating 24jam di kedai starbuck demi memuaskan nafsu yang meliar

Sedangkan tak ramai sedar, masih ada manusia yang tidak mampu merasa nikmat teh kerana kesempitan hidup
Sedangkan dalam masa yang sama, masih ada manusia yang sampai mati dia tak dapat minum kopi kerana ada masalah kesihatan
Sedangkan jauh di sana, ada saudara kita yang tiada masa untuk melepak di kedai kopi kerana asyik diserang pertahankan tanah air dan agama tercinta

"Alam yang luas ini, kekal jadi rahsia Allah. Ketentuan Allah, penuh misteri."
[An'am : 59]

Saya pun bukanlah manusia yang baik2

Kalau nak banding dengan Obama, rasanya saya jauh lebih jahat
Kalau nak banding dengan Israel, rasanya saya ni jauh lagi bangsat

Kerana mereka tu kafir, bukan Islam, memang musuh sejagat, wajarlah mereka buat begitu
Tapi saya ni, sudahlah dari kecil dapat status Islam percuma, tapi sampai tua bangka ni pun masih tak sehebat para sahabat2 dahulu

Persoalannya, berbaloikah secawan teh dan kopi yang kita minum hari2 tu?


::: Lai he kafei, he cha :::


=======
] Death-End [
=======

"Kalau kita bergantung kepada yang hidup, konfem kita kecewa, kerana yang hidup akan tetap pergi, tetap akan mati. Tapi kalau kita bergantung kepada yang kekal abadi, konfem kita akan terus hidup."

Kadangkala, ada satu ketika, kita jadi putus asa untuk buat baik

Ada banyak sebab

Dari persekitaran, kerana itu lumrah akhir zaman
Dari media massa, kerana itu memang kerja mereka
Dari masyarakat, kerana itu hakikat umat
Dari kawan2, kerana itu fitrah insan

Dan paling utama
Dari diri sendiri, kerana terlalu mudah dipengaruhi

Ada satu ketika,
Kita kecewa
Kita putus asa
Kita sedih

Hanya kerana tidak dihargai manusia

Itu semua normal
Kerana manusia memang sukakan pujian

Dan selagi ada nafsu, selagi itu kita takkan lepas dari dugaan dan godaan
Dan selagi ada nafsu jua, kita takkan dapat bebas dari semua yang menyakitkan

Kerana nafsu manusia takkan pernah habis
Tambah2 lagi apabila melibatkan kebaikan

Dan kerana itu, tak ramai manusia dapat istiqamah menegakkan kebaikan
Kerana hakikat nafsu manusia yang tak pernah puas, akan terus mengorek kebaikan sepuas-puasnya
Kerana kebaikan itu semua orang mahu

"Just because I'm losing
Doesn't mean I'm lost
Doesn't mean I'll stop
Doesn't mean I will cross

Just because I'm hurting
Doesn't mean I'm hurt
Doesn't mean I didn't get what I deserve
No better and no worse"


Bohonglah saya tiada rasa sebegitu
Agak hipokrit apabila anda mendakwa anda tidak pernah rasa begitu
Kerana kita semua manusia

Maka, adalah perkara normal kita akan ada rasa kecewa, sedih, dan putus asa

Memandangkan sekarang ni baru saja 'limpas' awal Muharram
Maka bermulalah episod baru dalam hidup kita
Juga bermula sejarah baru dalam tamadun Islam

Saya harap kita belajar dari sirah baginda s.a.w. berhijrah
Bagaimana tekanan yang menggila, namun baginda s.a.w. tercinta terus buat baik
Walaupun tak ramai yang setia dengan baginda s.a.w., namun baginda terus menerus menegakkan agama Islam

"Luasnya nikmat Allah, kalau kita tau guna otak."
[Ibrahim : 34]

Sedih itu normal. Semua manusia ada perasaan sedih. Walaupun dia ada penyakit Sindrom down, dia tetap ada perasaan sedih

Bezanya, sama ada kita luahkan, atau simpan
Sama ada kita luahkan dengan betul, atau kita simpan sampai menderita

Hanya tingkap tiada perasaan sedih, kerana dia bukan hidup

Ada orang meluahkan sedih dia melalui lukisan, seperti melukis dan menconteng grafitti
Ada juga melalui tulisan, seperti berblog, facebook, dan berdiari
Ada juga melalui lisan, sama ada mencarut, menjerit, meluah kepada boyfren, gelfren atau opah
Ada juga melalui amalan rohani, seperti lebih kuat solat dan beribadat
Ada juga melalui bersukan, seperti main golf atau snooker
Ada juga yang melepaskan sedih dengan makanan, seperti makan coklat, pepsi, ataupun tebu

Dari situ juga, adakalanya mampu beri kesan buruk
Jika cara meluahkan itu terlalu over dan tidak terkawal

Namun, adakalanya cara itu juga mampu beri kesan bagus
Jika diluahkan dengan indah, hikmah, dan terkawal

[Sometimes we have to cry, to clean our distinct eye]

Apabila kesedihan itu berpunca dari manusia, pelbagai perasaan bercampur-baur

Rasa bersalah dengan diri
Merasakan mungkin kesilapan sendiri yang menjadi punca kesedihan itu datang
Hinggakan ada manusia sanggup mencederakan diri sendiri
Hanya demi menghukum diri sendiri yang menjadi punca kepada setiap kejadian

Tidak kurang juga yang menyalahkan orang lain
Mengamalkan konsep refleks, tidak mahu akui kesilapan diri
Yang akhirnya kelak akan terus melakukan kesilapan yang sama
Hingga sampai satu masa, hidupnya menjadi sia-sia kerana tiada perubahan diri

Saya taknak cerita mende sedih dalam blog ni
Pasal blog ni bukan seperti drama mingguan
Tapi saya lebih suka tengok sejauh mana kita respon terhadap sesuatu perkara
Dan bila kita sedih, adakah kesedihan itu memberi kita impak negatif, atau positif?

Firman Allah: "Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." [Al Mulk]

Memula sekali, kita tengok dulu, kenapa Allah ciptakan rasa sedih?

Adakah Allah tu kejam, dengan membiarkan manusia dalam keadaan bersedih?
Adakah Allah tu tak faham manusia, sedangkan Dia yang ciptakan kita?
Adakah Allah tu sengaja nak manusia derita, dengan menciptakan rasa sedih?

Semua kejadian, Allah jadikan tak sia-sia
Kerana semua tu di bawah aturan Allah

Sedangkan perihal daun teh yang sangat luas tu pun Allah dah tetapkan
Sedangkan cerita DNA yang sangat kecil tu pun Allah dah atur bagus2

Takkan Allah tak mampu tetapkan hidup kita?

[Sadness - A lifestream medicine]

Cuba bayangkan dunia tanpa rasa sedih

Salah satunya, konfem manusia akan terus gembira
Lagi bahaya, gembira yang menghancurkan

Gembira yang melalaikan
Gembira yang merosakkan
Gembira yang mencetuskan huru-hara

Walaupun kena tsunami, manusia terus gembira
Walaupun tangan putus, manusia terus seronok
Walaupun gagal exam, manusia terus lupa diri
Kerana tiada perasaan sedih dan kecewa

Dan dengan hadirnya perasaan itu, kita akan jadi lebih berhati2
Kerana perasaan itu la mendorong kita untuk sedar diri

Malah adalah lebih bermakna
Jika perasaan sedih itu dikawal dengan hati yang sentiasa sedar diri
Sudah tentu sedih itu akan terus menyelamatkan diri dari kesedihan yang abadi

Iaitu ketika saat anak-cucu tak mampu selamatkan orang lain
Suami-isteri turut tidak saling mengenali
Kerana masing2 sudah sibuk dengan nasib diri
Menanti alam akhirat yang abadi

[Taqwa - takut tetapi rindu]

Orang bertaqwa itu bukan yang hanya hebat bicaranya di medan facebook
Orang bertaqwa itu juga bukan yang hanya lantang kritikannya di medan blog
Orang bertaqwa itu juga bukan yang sekadar ganas di atas podium

Orang bertaqwa itu rahsia Allah

Kita tak tahu siapa yang bertaqwa
Tetapi ada dinyatakan dalam Al-Quran, ciri-ciri orang bertaqwa

Tak perlu kita 'memilih' siapa yang bertaqwa di kalangan kita
Tetapi adakah kita antara manusia yang bertaqwa di sisi Allah?

[Vita Meglio]

Kadang2, kita buntu bila jumpa jalan mati
Kita tak boleh patah balik, pasal di belakang ada harimau

Jika di depan jalan itu adalah sungai, kita mungkin akan terjun sungai demi menyelamatkan diri

Kita dalam dilema, kerana kita tak tahu ke mana sungai itu mengalir
Kita juga tidak tahu sejauh mana kedalaman sungai itu

Mungkin juga ada buaya, yang menanti lauk percuma dari hujung jalan

Pilihan kita, sama ada terjun sungai
Atau dimakan harimau

[Dead-end will never kill us, but it could change our destiny, forever]

Berbalik kepada qada' qadar Allah
Kita semua sedia maklum, harimau itu akan pasti makan kita

Tetapi sungai itu, kita belum pasti ketentuan terjun sungai itu macam mana

Kerana tak semestinya jalan mati itu adalah penamat hidup kita

Mungkin jalan mati itu adalah salah satu hikmah untuk kita kembara lagi jauh
Mungkin setelah kita terjun sungai, kita akan jumpa jalan baru yang belum kita lalu selama ini
Mungkin juga sungai itu tak dalam mana, kita boleh jalan lagi jauh dari harimau yang takut air

Mungkin juga...

Ada banyak kemungkinan, yang kita sendiri tidak tahu

Sedangkan, pada permulaan jalan lagi kita sudah putus asa

Berbaloikah dengan hanya kerana 1 jalan mati

Kita merelakan diri dimakan harimau dengan percuma?
Sedangkan ada banyak lagi cara lain yang kita belum pasti
Yang mungkin lebih baik dan menarik untuk hidup kita kelak


[There's always be a cute rainbow after heavy storm]

Jika satu pintu tertutup, pandanglah pintu2 lain yang sudah terbukak
Kalau kita pandang satu pintu sahaja, di pintu itulah kita akan terus bazirkan hidup dengan sia-sia.

Maka selepas ini, andai sedih atau kecewa
Pastikan kesedihan itu tidak membuang masa dengan pintu yang sama
Pastikan kekecewaan itu tidak membuat kita putus asa dengan jalan yang sama

Kerana kita tidak tahu perancangan Allah
Kita hanya manusia, sekadar berusaha

Yang lain, kekal jadi rahsia

Tak perlulah bersedih dan kecewa terlalu lama
Kerana tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia
Melainkan ada sesuatu yang menjadi hadiah dari Allah
Khususnya buat mereka yang sabar dan redha atas ketentuanNya

[Happy person]

Sebagai penutup, saya minta maaf kerana lama menyepi dengan pelbagai rahsia

Kita tak mampu meluahkan segala apa yang berlaku kepada semua manusia
Kita tak mampu untuk puaskan hati manusia seluruh dunia

Saya cuba menyampaikan mesej
Banyak cara, banyak gaya

Tapi malangnya, hingga ke hari ini
Saya tak mampu zahirkan perasaan itu secara realiti

Mungkin hanya sekadar tulisan..



[Being fame doesnt always mean you are popular]


*Kredit kepada..
[1] Bro Rashid yang belanja nasi goreng di Tawau
[2] Bro Burhan yang sudi belanja kereta di Tawau
[3] Budak2 Kuhara yang mengingatkan diri tentang memori alam sekolah
[4] Warga Tawau yang terus setia memberi semangat dan bantuan
[5] Staf lembaga koko yang memberi penjelasan pasal kerja
[6] Pensyarah+staf universiti yang bagi peluang meneruskan tesis
[7] Brader+pekerja pam minyak yang rilek melayan kerenah ambe yang 'liar'
[8] Pengunjung2 pam minyak yang mengajar diri tentang erti kesabaran
[9] Abang Dai yang tetap sporting walaupun anaknya sakit teruk (mohon doa kalian)
[10] Staf bank yang tak jemu2 mendeposit duit simpanan untuk belanja hidup
[11] Sepanggarian yang tak jemu2 melancarkan gerakkerja
[12] Bro Lahirul yang sudi pinjamkan pejabat untuk guna internet
[13] Fad yang bagi pinjam broadband Digi dan belanja susu Dutch Lady
[14] Orang2 rumah yang macam cipsmore
[15] Adik-beradik-kerabat yang rajin mesej/miskol namun tak berbalas
[16] Anjing, kucing, lipas dan tikus di rumah yang menyedarkan diri tentang erti kehidupan
[17] Tunang tersayang yang setia menyokong di belakang tabir
[18] Cik Liya yang insyaallah akan berkahwin bulan 2 tahun depan
[19] Sumandak2 kerja ni yang hari2 mencomelkan diri dengan pelbagai gaya
[20] Warga facebook yang wish selamat hari lahir (walaupun salah tarikh)
[21] Pelakon2 untuk dialog dalam blog ni (Ahmed, Zahid, dan mamak)
[22] Semua yang telah graduasi baru2 ni

Dan...
[23] Semua manusia yang terus bagi sokongan verbal dan mental





Akhir kalam, adios amigos
Kalau belum mati, jumpa bila rajin !



Bangkitlah anak sabah
Kembali melangkah gagah
Terus memacu untuk berubah
Agar generasi depan terus segah

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]



想念你
爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 2nd December at 7:54 pm ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]


Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..