Ceramah

Sabtu, 16 Julai 2011

Relieve me, I believe

*Sebagai mukaddimah, entri blog adalah hakcipta sendiri, tiada tapisan tiada retorik. Cuma harap bagi peluang dan ruang kepada saya untuk tidak mem'block' pengkomen2 pelik dari planet Jargus. Jadilah pembaca yang matang, bukan sekadar pengkomen lantang. Jadilah hamba Allah yang professional, bukan hanya sibuk emosional. Jazakallah. Peace. :)

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


Masih hidup

Masih menten hensem
Masih menten rilek

Walaupun terlalu banyak cerita berlaku dalam beberapa bulan ini

Memandangkan dah lama tak sempat nak baca buku, tak cukup masa nak kaji banyak perkara, maka entri bulan 8 ni saya kembali balik mengupas sikit-sikit fenomena alam yang berlaku sepanjang saya 'menghilang' dalam beberapa bulan ni.

Insyaallah kita 'pause' dulu cerita Sudin dan Ramlan tu, kerana plot masa, tempat dan sekuen agak berterabur dalam otak ni.

Cuma kali ni nak sentuh perkara 'evergreen' gak, tapi bagi sedap sikit
Sebelum saya kembali menghilang di alam realiti

Wokay ! Selamat membaca...


Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari


=========
] Semut Merah [
=========
"Dont count what u lose. But keep counting what u get."

"Airmata yang berharga di sisi Allah adalah yang jatuh kerana mengenangkan dosa dan kerosakan yang dilakukan selama berada di Bumi. Airmata yang jatuh selain daripada itu, seperti henset hilang, awek lari, tesis sangkut etc, tidaklah dijumpai dalam mana2 hadis."

2 bulan...

Dekat 2 bulan saya menghilang
Dekat 2 bulan saya lama tak menggoreng
Dekat 2 bulan saya tak update ganas2 di facebook

Kalau sebelum2 ni, akan ada je update twice a week di blog
Kalau sebelum2 ni, ada ja update ganas2 di facebook once per week

Tapi since sibuk dengan banyak urusan kat sini

Takda masa banyak untuk baca buku2 ni
Tak cukup masa nak analisis semua isu yang bertimbun dalam laptop ni

Cuma sikit briefing apa berlaku dengan saya sejak beberapa bulan ni

Memula motor baru beli kena 'pinjam' oleh sahabat jauh. Sampai hari ni mamat tu belum pulangkan. Yang tinggal pun side-mirror sama cebisan mud-guard yang pecah di jalanan

Kemudian fokus dengan projek final-year yang dekat setahun lebih tertunggak. Agak penin-lalat juga nak kembalikan otak ni dengan mood belajar. Maklumlah dekat setahun lebih fokus hal lain. Jadi ambil masa juga la nak dapat momentum 'back-to-school' tu balik

Dalam masa tu juga, sibuk dengan banyak kerja2 lain yang insyaallah bermanfaat untuk akhirat. Yang pastinya, bukan kerja gigolo

Begitulah adanya serba ringkas apa yang berlaku


*****
*Sumber idea [link]

Di tiang rumah beratap biru
Ada seekor semut merah sedang merayap

Semut tu dalam nama saintifiknya, Ocoephylla smaradgina
Dalam BMnya, kerengga
Dalam BInya, weaver ants
Dalam Bajaunya, tanya orang bajau
Dan lain2

Dia terpisah dari kumpulan kerengga lain
Sarangnya di rumah sebelah, di pokok pelam jiran kepada tuan rumah itu

Dia masih merayap hingga ke atas
Sampai ke satu sudut di siling, dia jumpa cicak

Cicak yang sedang lapar, cuba nak makan semut merah tu

Bila cicak tu cuba keluarkan lidahnya yang bergetah itu
Semut merah itu bersuara,

"Kenapa kau nak makan saya?"


Sambil 'menyimpan' kembali lidahnya
Cicak itu menjawab,

"Saya lapar. Nyamuk takde siang2 ni. Alang2 ang lalu, saya pun tengah lapar ni. Jadi ang ready la kena makan ok?"


Cicak itu bersuara dalam slanga Perak, kerana dia sudah lali dengan bahasa Perak yang sering dituturkan oleh tuan rumahnya itu

Semut merah itu pula, sudah tahu ajalnya sudah dekat, sekadar mengeluh melepaskan lelah
Seharian suntuk dia penat mencari arah mahu kembali ke sarangnya, tidak sangka pula begitu pengakhiran hidupnya

Cicak membuka mulutnya
Perlahan-lahan, dia berkata kepada semut merah itu

"Okey...ready...1....2...."


Semut merah memejamkan mata, menanti masa dimamah cicak


"Adoi...."

Kedengaran jeritan seorang budak kecil menjerit
Selang beberapa saat selepas itu juga, terdengar bunyi bola menghempas siling

Dan suara cicak menjerit sekali

"Alamak...aiyak....waaaaaaaaaaaa..."


Dan bunyi itu makin menjauh, menuju ke lantai

"Pek !!!"



Semut merah buka mata. Pelik kerana dia masih hidup.
Cicak sudah tiada di depannya. Tapi cicak sedang pening2 lalat di lantai.


"Celaka punya kerengga. Time ni la nak gigit. Dah sepak bola 'pengkar'."

Tiba2 kedengaran pula suara budak dari luar pagar rumah

Semut merah memfokuskan matanya ke arah budak itu pula

Sambil menggaru2 kakinya yang sakit, budak itu menuju ke dalam rumah, mengambil bola yang tersalah sepak tadi.

Semut merah kenal budak itu. Budak itu adalah anak kepada tuan rumahnya. Budak itu selalu bermain bola bersama jirannya di tepi jalan ketika petang.

Kerana kakinya digigit kerengga, menyebabkan dia tersalah sepak bola, yang akhirnya bola itu terbang menuju tepat ke cicak.

Semut merah memandang ke bawah, memerhati cicak yang masih pening2, cuba mencari tempat menyorok, ingin kembali ke siling

Setelah melihat cicak hilang di lantai, entah ke mana cicak sudah bersembunyi
Maka semut merah pun 'terjun' ke lantai
Dia menuju ke jalan, lokasi budak itu bermain bola

Dari jauh, di tepi jalanraya, kelihatan beberapa ekor semut merah sedang melambai padanya
Dan ada beberapa ekor semut merah yang 'cedera' kerana di'penyek' oleh budak itu
Salah seekor semut merah yang terbaring sakit itu, sempat memberi isyarat 'bagus' kepada semut merah itu

Sebelum dia diangkat dan dipapah oleh semut merah lain, untuk dirawat di sarang mereka


:: Work in JAMAAH, for those AMANAH ::

"Mengubah mentaliti manusia tak serumit mengubah gen pada semut. Walaupun keduanya memerlukan kajian mendalam, kesabaran tinggi, ilmu mantap dan pengalaman, namun percayalah, keduanya jauh berbeza. Satu praktikal biasanya sudah cukup untuk memusnahkan sepuluh teori."

Semut merah itu tak marah
Semut merah itu tak gelabah
Semut merah itu tak resah
Semut merah itu tak gundah

Kerana dia adalah seekor semut merah

Semut merah yang sudah diciptakan Allah untuk tahan segala ujian
Semut merah yang sudah ditakdirkan Allah untuk kekal bertahan dalam apa jua rintangan
Semut merah yang sudah diilhamkan Allah untuk menjadi panduan buat manusia yang terlalai

Jika dia adalah seekor tupai pisang
Mungkin dia akan lari lintang pukang

Semut merah itu tidak terlalu dahagakan puji
Semut merah itu tidak hanya obses dalam dunia sendiri
Semut merah itu tidak sibuk perihal diri sendiri

Kerana mereka sedang fokus kepada melindungi permaisuri dan sarang mereka
Kerana mereka lebih utamakan kekuatan semut merah lain



:: No need to be fame, if it's just being lame ::


=========
] Syarikat Ilahi [
=========

Sumber idea :
[1] Link
[2] Link

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
[Ali-Imran : 190-191]


Bumi ini milik Allah
Ketua negara, presiden kerajaan, menteri kabinet, dsb hanyalah pemilik sementara

Allah adalah CEO utama kita semua

Lihat alam DNA yang halus
Lihat hidup lalat yang kotor
Lihat kitar awan yang besar

Segalanya tetap dibawah aturan dan kawalan Allah

Tanpa cela, segalanya selamat tersusun teratur dengan cantik

Sedangkan alam DNA yang halus pun Allah dapat urus elok2, sedangkan hidup lalat yang kotor jijik pun Allah sudi pantau sentiasa, sedangkan kitar awan yang teramat besar dan luas pun Allah mampu tadbir dengan indah

Adakah Allah tak mampu mengurus hidup manusia yang teramat kecil dan hakikatnya amat mudah buat Allah?
Adakah Allah tak tahu apa2 pasal hidup kita yang teramat jelas dan mampu terzahir dengan pancaindera kita?

Jika Bumi ini adalah syarikat kita semua, yang sentiasa dipantau oleh Allah
Maka, secara tak langsung kita adalah pekerja, pelakon, pentadbir, dan juga pengurus alam ini
Kerana hanya kita (manusia) sahaja dikurniakan akal dan iman untuk menjaga bumi ini ke arah celaka, atau bahagia

Tupai terbang tiada kuota ISO yang cukup untuk mengurus alam ini
Lipas bulan juga tidak ada CF (certificate of fitness) yang sesuai untuk melayakkan dirinya mengendalikan sesebuah bangunan ataupun jentera

Maka, hanya kita sahaja yang bergelar manusia mampu berbuat demikian
Dan bukannya zombie


*****
:: RIGHTEOUS - It wasnt just about theory of equality ::

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
[Al-Maidah : 8]


Menjadi adil bukanlah satu perkara mudah
Menjaga keadilan lagilah satu perkara yang berat

Adil itu bukanlah meletakkan semua sama-rata
Tetapi bersesuaian pada tempatnya

Saya akui, hingga hari ini
Banyak perkara saya belum mampu untuk berlaku 120% adil

Dan saya akui, hingga hari ini
Banyak perkara saya khilaf dalam melaksanakan konsep adil ini sesama manusia

Saya seorang yang zalim,
Zalim sesama saudara, antara makhluk alam

Moga Allah ampuni dosa kita sempena Ramadhan ini


*****
"Justice means being fair and impartial when offering solutions to problems between people."

"... sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."
[Luqman : 16]

Adil itu satu perkara yang subjektif
Adil itu bukanlah sepertimana yang berlaku dalam kiraan matematik
Adil juga bukan semudah menimbang beras di atas mesin timbang

Adil tu lagi rumit dari mencari skru hitam di dalam enjin kereta chevrolet 3.3
Adil tu lagi berat dari bongkah timah yang dibungkus dalam selembar guni
Adil tu lagi pedih dari umpatan dan cacian insan seantero dunia

Adil tu satu perkara yang mahal nilainya
Dan kerana itulah tak ramai orang mampu menjaga adil dengan sempurna

Hatta khalifah Umar Abdul Aziz sekalipun tidak pasti sama ada beliau sudah adil semaksimum mungkin di bawah pemerintahannya

Tapi balasan Allah kepada orang yang adil
Tak dapat kita bayangkan dengan mata yang serba dua ini
Tak mampu terjangkau hanya dari akal kita yang terhad ini

Dan kerana itulah
Manusia yang beriman sepatutnya cuba bertindak adil dalam apa jua keadaan

Bukan hanya 'adil' kerana kepentingan peribadi, atau sentimen tertentu, atau agenda yang tersirat

Kerana konsep adil jauh lebih luas dari itu

Tak memilih bulu
Tak memilih sekufu
Tak memilih kroni
Tak memilih geng
Dan seumpamanya...


*****
:: From here we begin ::

"Dalam menghasilkan seutas rantai DNA, terdapat beribu-ribu enzim yang terlibat, berbelas-belas protin yang membantu, dan entah berjuta lagi asid amino yang terkorban demi menyempurnakan setiap proses itu. Walaupun hasilnya hanya seutas DNA - yang lebih dikenali ramai - tetapi tak ramai kita kenal siapa enzim, protin dan asid amino yang terlibat dalam proses itu, kecuali mereka yang mencari dan mengkaji."

Dalam alam DNA sekalipun, sudah ditunjukkan betapa luasnya keadilan Allah, Pencipta kita semua

Betapa halusnya keadilan Allah, hingga hari ini tiada siapa dapat tentukan sejauh mana adilnya Allah
Kerana kajian demi kajian diperlukan untuk membuktikan keadilan Allah Maha Adil
Dan kajian itu tetap takkan habis sampai kiamat
Kerana ilmu Allah itu teramat luas dan besar

Keadilan Allah, tiada siapa boleh lawan
Kalau nak cuba lawan juga, cukuplah cuba bela seekor lalat
Pastikan lalat tu cukup makan-minumnya, pakai-hidupnya, pasangannya lagi dsb
Dan pastikan lalat yang seekor itu bisa hidup normal dengan fitrah seekor lalat

Itu baru sentuh seekor lalat, belum lagi sentuh lalat2 lain yang selalu kacau kita waktu nak berbuka puasa
Itu baru sentuh spesis lalat, belum lagi sentuh spesis lebah, nyamuk, kutu dsb
Itu baru sentuh makhluk kecil, belum lagi sentuh biawak, gajah, harimau kumbang, labi-labi dsb
Itu baru sentuh makhluk fauna, belum lagi sentuh pokok-pokok, rumput2, bunga tahi ayam dsb

Begitilah antara bukti yang mudah tu untuk menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah
Begitulah antara bukti untuk mendedahkan bahawa betapa luasnya ilmu Allah

Dan semua itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa betapa ADILnya Allah, Tuhan kita semua


*****
Syarikat PAS (Gambar hiasan)

"Andai jemaah itu adalah sebuah kereta, siapa kita? Jika kita tak mampu jadi kereta mewah, maka kita jadilah kereta rekon (re-cond). Jika kita tak berkuasa seperti itu, maka jadilah sekadar minyak enjin. Tapi, jika kita tiada kewangan kukuh untuk beli minyak enjin, maka cukuplah jadi skru kereta, yang kukuhkan kestabilan kereta itu."

Menjadi adil dalam sesebuah organisasi, bukanlah satu perkara mudah
Menjaga amanah dalam sesebuah kesatuan, bukanlah satu perkara enteng

Dan untuk menjadi adil serta amanah dalam sesebuah jemaah
Hanya segelintir yang mampu untuk istiqamah

Dan saya sendiri tak pasti
Adakah selama 3 tahun saya 'kenal' jemaah ini
Saya sudah berlaku adil dan amanah sepenuhnya dalam setiap aspek?

Banyak perkara...

Akademik...
Keluarga...
Jemaah...

Dan paling utama...terhadap diri sendiri...


*****

"Being perfection doesnt mean that he/she is perfect human. But, avoid imperfect towards perfection is the worst disaster. The truth is - Nobody's perfect."

Beza orang Islam dengan bukan Islam adalah solat
Kerana dalam solat itu mendidik banyak perkara

Ajar kita berdisiplin
Ajar kita kerjasama
Ajar kita macam2

Dan kerana itulah sampai hari ini juga
Saya sendiri penat melatih diri sendiri agar terus membaiki kualiti solat

Kerana saya takut

Takut andainya saya hanya sibuk 'menyerang' orang, sedangkan diri sendiri entah ke mana

Kerana prinsip saya dari dulu hingga kini;

Orang Islam (PAS) kena rajin kerja, ilmu mantap, dan kuat solat
Baru boleh tumbangkan UMNO dan geng2 sedemikian

Kalau berkat Allah pun takda, usaha masih macam cipan, ilmu masih di bawah par
Maka, sampai bila2 la kita tetap tewas

Terkurung dalam dunia teori, tak berpijak kepada realiti
Terhijab dalam kelompok sendiri, berpusing2 dalam dunia sendiri sahaja


*****
:: Complete each other ::

"Jika Islam itu adalah agama kita, maka pastikan Allah itu adalah bos besar kita, bukanlah ketua platun, presiden jkkk, cif dorm dsb."

"Jika alam itu adalah sekolah kita, maka pastikan kita tak langgar undang2 sekolah, jadi pelajar yang peka terhadap persekitaran sekolah, supaya sekolah itu berjaya mendidik kita serba-serbi."

"Jika jemaah itu adalah syarikat kita, maka pastikan kita adalah pekerja yang setia, tak khianat syarikat, serta orang paling awal menanggung derita tatkala syarikat dalam susah, bukan kita paling awal bergembira apabila syarikat sudah senang."

Rezeki Allah, takdir Allah, berbeza buat makhluk
Kalau hari ini kita ok, mana tahu satu hari nanti kita paling k.o

Kerana itu semua urusan Allah, kita tak tahu semua itu selagi kita belum mati
Kerana itulah kita jangan terlalu bongkak sebelum kita yakin status akhir kita kelak macam mana

Begitu jua saya, seorang manusia biasa
Saya juga ada kelemahan, dan tak mampu menjanjikan sesuatu yang belum pasti ada di tangan saya

Mana tahu satu hari nanti saya dah tukar 'tune'
Walaupun saya sendiri tak mengharap beralih 'angin'

Cuma harapnya kita dapat ingat pesanan ni
Pesanan ini terbuka buat mereka yang sentiasa dalam memori hidup saya

Buat yang sudah bekerjaya, jadikan jemaah sebagai syarikat besar kita
Buat yang masih mencari, pegang dalam diri untuk tetap setia dalam jemaah
Buat yang masih belajar, jangan lupa diri, jangan minta puji, kerana alam kerjaya+kahwin nanti lagi berat dan mencabar


Jadikan Allah tu CEO kita
Jadikan jemaah itu syarikat besar kita

Insyaallah kita akan terus motivasi untuk menyumbang segala bentuk dalam jemaah
Insyaallah kita akan terus bergerak walaupun balasannya hanya di Syurga nanti

Jika itu mentaliti kita semua

Insyaallah Ramadhan kali ini dapat mendidik kita bergerak di bawah satu syarikat yang bertambah kemas dan tersusun


Dan moga kita tetap dibawah 'tune' yang sama hingga akhir hayat


:: Broaden our view ::


=======
] Departure [
=======
"Kamu orang muda ni, kalau jatuh, kejap je boleh bangkit balik. Tapi kalau kami ni orang2 dah berumur, kalau jatuh, memang payah kalau nak bangun balik lepas jatuh. Jadi, jangan sia-siakan masa muda kamu tu. Kalau dah tua, teda guna menyesal, kerana kalau jatuh, memang susah bangun."

Saya teringat kata2 seseorang haritu. Ayat dia walaupun simple, tapi betul2 buat saya tersentak. Ayat dia tu beri saya satu kesedaran, yang membawa perubahan rancangan mungkin untuk satu jangka masa yang agak lama.

Saya pernah jatuh tergolek, tergolek tahap gaban. Jadi saya rasa boleh faham juga mesej tersirat yang cuba disampaikan tu.

Tapi tak perlu la saya cerita di sini macam mana dan bagaimana saya bangkit kembali sampai ke hari ini.

Kerana bulan Ramadhan kali ni, saya mengharap agar dapat buang segala cebis daki2 trauma yang masih menghantui diri ini

Saya taknak ingat sudah semua tragedi lepas
Nak keluar dari kepompong dan mula bina hidup baru

Cuma ketika era saya tergolek tu, rasanya sampai bila-bila saya takkan lupa. Hampir 6 tahun juga nak recover banyak perkara. Banyak insan2 yang terlibat selama beberapa tahun tu. Yang khianat, yang menyokong, masing2 tersemat kemas di hati ini

Itulah pengalaman yang membawa diri hingga ke hari ini
Pengalaman sangat berharga, untuk saya kembali stabil buat 20 tahun akan datang insyaallah

Apa yang berlaku itu adalah saya, seorang yang muda

Maka saya terfikir, jika orang muda pun ambil masa almost separuh dekad juga untuk bangkit semula
Berapa lama pula masa untuk mereka yang dah tua dan berumur untuk bangkit semula?

Ditambah pula filem KL-Gangster yang saya layan sejak akhir2 ni, memberi saya lebih kesedaran tentang pentingnya seorang anak lelaki buat seorang ibu

Situasi yang hampir macam saya - tentang tanggungjawab

Tentang prinsip hidup - Walau jahat mana sekalipun kita, gangster Kanada ke apa, jangan kita langsi sama orang yang tak sepatutnya

Dan ikatan biologi itu tetap kukuh walaupun jauh+lama terpisah

Jadi...


*****

"If I was a single-piece of DNA, I will keep transcribe anywhere I like. But the truth is - Im just a weak peasant, so I must obey humanity-rule."

Selagi tiada apa2 halangan dalam masa terdekat
Selagi tiada perubahan cuaca di mana2
Selagi tiada pengkhianatan lagi lepas ini

Insyaallah, tolak-titiknya tinggal 3 bulan

Cuma harapan saya untuk 3 bulan terakhir ini

Kukuhkan pengurusan, mantapkan pimpinan

Tak perlu semuanya berebut menjadi hero, jika semua hanya sekadar zero
Tapi jika semuanya nak jadi zoro, pastikan ada juga yang buat skrip dan mengarah pentas lakonan membantu hero

Berpeganglah kepada cerita semut merah itu
Walaupun tidak dihargai manusia, tetap menyumbang untuk semua makhluk
Walaupun tidak dikenali ramai, tetap istiqamah menentang kezaliman

Bergeraklah dalam sebuah syarikat yang kemas
Walaupun tiada gaji, tetap memberi bakti
Walaupun tiada pangkat, tetap cuba yang terhebat

Kita makin tua, bukan makin muda
Sebelum kita pergi, apa kita tinggal untuk yang muda?

Akhir kalam...

"Im sorry for all over this, the pain the gain in this memory disc.
It's just a relieve, have faith and believe."


Andainya ini ramadhan terakhir wahai teman...
Manfaatkan ia buat masa depan...
Selamat Ramadhan...
Barakallah abadan...

Bangkitlah anak sabah
Kembali melangkah gagah
Terus memacu untuk berubah
Agar generasi depan terus segah

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]



想念你
爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 10rd August at 1:38 am ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..