Ceramah

Isnin, 7 Mac 2011

Travelogout

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia


Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


Selesai kursus seminggu di Bumi Peladang
Walaupun sekejap, tapi banyak perkara baru dapat dipelajari

Dan, itu sebab saya cenderung bercuti di sini
Kerana masa yang singkat sudah cukup untuk mengajar banyak perkara

Semoga selepas ini sudah mampu membezakan antara pseudogene, oncogene dan real-gene
Supaya dapat menentukan mana yang berfaedah buat jemaah Islam, atau sekadar menjadi racun buat diri dan orang lain

Semoga selepas ini dapat mengesan mana satu intron dan exon
Supaya dapat membuang elemen yang tidak berguna, agar kesinambungan rantai perjuangan itu semakin mekar subur dan kekal hidup untuk generasi seterusnya

Semoga selepas ini lebih mampu untuk bertindak lebih 'kejam'
Supaya dapat realisasikan impian yang tertunggak hampir 5 tahun lamanya

Semoga selepas ini lebih kuat memegang prinsip tentang pesanan "Jangan marah"
Supaya kita semua terus hidup di bawah haluan yang sama

Semoga kita tidak menjadi salah seorang yang terkandas awal di medan berjuang
Atau mereka yang menjadi punca orang lain terkandas di awal perjalanan

Buat masa ini, biarlah hidup kekal misteri, selagi belum beristeri

Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari

Insyaallah

======
] Gravitition [
======

Ukhwah itu adalah satu proses yang panjang. Ianya adalah sinergi yang berterusan antara satu sama lain. Ukhwah akan hambar seandainya sekadar bergerak satu hala. Ukhwah itu bukan sekadar hubungan saudara, tapi melibatkan sinergi antara seorang murid-guru, suami-isteri, ibubapa-anak, kaum-kerabat, manusia-alam, dsb

Di sebuah hutan, ada sungai mengalir tenang, menuruni curam2 pergunungan
Kemudian, ada botol turut bergerak mengikut arus sungai yang mengalir

Botol itu, secara fitrahnya, mengikut fitrah sungai yang mengalir ke bawah
Selagi tiada daya luar yang dikenakan terhadap botol itu

Maka, botol itu akan terus turun ke bawah, menuruni curam gunung
Botol itu tidak akan mengalir ke atas, tidak akan melawan arus, tidak akan mendaki curam

Kerana botol itu 'mengikut perintah' aliran sungai yang memacu dirinya


Sungai Amazon yang penuh misteri

Sungai itu, tidak akan sesekali mengalir ke atas
Sungai itu, tidak akan sesekali mengalir mendaki curam
Sungai itu, tidak akan sesekali mengalir mendaki gunung

Kerana daya graviti yang Allah ciptakan, mendidik sungai itu agar mengalir menuruni curam
Dan, selagi belum kiamat, maka sungai itu akan terus menuruni curam itu
Mengikut aturan dari Hukum Graviti

Dan, sinergi 2 hukum ini, menyebabkan botol terus mengalir ke bawah
Dan sungai pun turut mengalir ke bawah

Selagi mana sungai mengalir ke bawah, maka begitu juga perjalanan botol itu
Melainkan ada halangan sama ada tembok atau kayu, maka botol itu akan tersangkut di situ, mungkin

Tetapi, secara umumnya, botol itu akan terus 'mahu' turun ke bawah
Mengikut aliran sungai yang mengalir menuruni curam

Alam ukhwah biasanya terdiri daripada sahabat handai yang hampir sebaya dengan kita. Alam perkahwinan pula terdiri daripada orang tua, sahabat handai, musuh, dan kanak2.

Maka, andainya alam ukhwah yang kecil ini pun kita sudah tak mampu urus, asyik bertelagah dan bermusuh tak sudah, mampukah kita bertahan untuk memimpin alam rumahtangga dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai jenis manusia, yang mempunyai keunikan ragam masing2?



Itu cerita di bumi

Dari sebuah sungai yang setia dengan Hukum Graviti
Dari sebuah botol yang setia dengan Hukum Aliran

Kita keluar ke bumi pula

Planet2 di luar sana, masing2 ikut orbit sendiri

Walaupun masing2 berbeza saiz dan jarak, namun dengan orbit itu menyebabkan mereka tidak berlanggar antara satu sama lain
Walaupun planet marikh kecil dari planet bumi, tapi bumi tidak pernah mengganggu orbit marikh

Jika ada sekalipun, mungkin waktu tibanya hari kiamat, dan itu bukan bidang kajian kita

Maka, hakikat sekarang ialah
Masing2 setia dengan orbit sendiri, mengelilingi Matahari sebagai pusat orbit mereka
Tidak berlanggar antara satu sama lain
Tidak mengganggu sistem antara satu sama lain

Lelaki soleh itu ialah apabila kamu berurusan dengannya, dia akan berusaha untuk permudahkan, bukan menyusahkan lagi. Wanita solehah itu pula ialah apabila kamu memandangnya, hilang segala stress kamu, bukan menambahkan lagi stress

Antara planet2 itu, ada yang mempunyai anak

Iaitu bulan

Ada planet yang berbulan 3, 4, 7 dan entah berapa
Tapi, bumi ada 1 bulan sahaja

Dan, bulan juga ada tarikan graviti
Sama juga seperti planet lain, yang mempunyai tarikan graviti masing2

Tapi, antara planet itu, tidak pula menganggu peraturan planet lain

Planet marikh dengan gravitinya tersendiri, tidak mengganggu graviti di bumi

Masing2 berada dalam graviti tersendiri, tidak menyibuk malahan tidak jua merosakkan antara satu sama lain


Kalah itu rahmat, menang itu nikmat. Kalah menang itu lumrah. Biar menang berstrategi, kalah terpuji. Apalah ertinya menang dengan keji, kalah kerana dahagakan puji. Baik kalah atau menang, jangan lupa diri ada TUHAN yang memerhati setiap USAHA kita

Menyentuh soal bulan, khususnya bulan di Bumi

Walaupun graviti bulan agak 'mengganggu' Bumi
Kerana graviti bulan menyebabkan berlakunya proses pasang surut laut di bumi

Tetapi...
Dari situ, hidupan laut dapat berkembang-biak mengatur hidup mereka sendiri
Dari situ juga, nelayan2 dapat mengutip hasil laut dengan kadar yang mencukupi buat semua
Dari situ juga, kitar hidup manusia dan alam berterusan

Selagi proses pasang-surut itu berterusan
Selagi laut itu tidak tercemar
Selagi nelayan tak menggunakan taktik kotor dengan melanggar Akta Perikanan
Selagi tiada pihak2 gatal tangan mencabul hak laut yang menindas nelayan

Maka, selagi itulah kitar akan mengalir cantik

Dan...
Selagi tiada apa2 yang menghalang Hukum Graviti
Selagi tiada apa2 yang menghalang Hukum Aliran
Selagi tiada apa2 yang menghalang Hukum Orbital

Maka, sinergi yang cantik ini akan tetap berterusan
Mengekalkan keindahan bumi ini
Sehingga hari kiamat



:: Follow the flow ::


=========
] Despairation [
=========

Do not despair. Allah is there.

Lebih baik jadi orang kampung, beradab sopan dan anggun berseri, daripada jadi orang bandar yang angkuh dan berlagak tak tentu punca

Tapi, lebih baik jadi orang bandar yang merendah diri dan berhemah, daripada jadi orang kampung yang lupa diri dan jatidiri




1...

2...

3...

4...


"Yahooo"

Suara jeritan kanak2 memecah keheningan senja

Kemudian, bunyi desiran air laut menerjah ke ruang udara

"Kebush...kebush"

Di tepi laut, 2 orang lelaki merenung laut yang luas

Seorang berbaju pagoda, bermisai kumis, berdada bidang
Seorang lagi agak kurus, sedikit janggut, bertopi maroon

Lelaki berbaju pagoda itu berkata,
"Kassim, selagi kamu extend, selagi itu susah abang mahu bekap kamu."

Suasana hening seketika, hanya kedengaran desiran air, dan suara burung di langit pulang ke sarang masing2

Lelaki bertopi itu asyik memerhatikan kanak2 yang sedang seronok berenang seperti ikan pari, seolah-olah tidak kisah dengan apa yang diucapkan.

Dia kagum melihat kanak2 kecil lingkungan 4-5 tahun sudah hebat berenang. Laut yang hakikatnya dalam itu, dimatikan dengan mudah oleh tubuh2 comel itu. Jika Kassim terjun ke dalam, tidak mustahil dia serta-merta akan kelemasan.

Kemudian, sambil menarik nafas dalam2, dia cuba bersuara mendatar..
"Bekap? Untuk apa juga?"

Sambil mengerutkan dahi, dia kembali berbicara...

"Tak perlu susah2 bang. Macam la saya tidak biasa kena hentam sorang2. Entah2 yang hentam tu pun tak buat kerja. "

Kemudian, Kassim duduk di atas papan, menanggalkan selipar, ingin menikmati detik-detik akhir di bumi indah itu.

Sambil tersenyum, dia berhujah dengan ayat sinikal,

"Lagipun, orang tak ikhlas je sibuk risau memikirkan hentaman orang ni, kan?"

Senyap seketika, kemudian dia menghabiskan bicara,
"Atau, orang yang terlalu takut kena hentam ini, mungkin.... Terlalu gilakan pangkat dan jawatan?"

Kemudian, masing2 senyap, kelu lidah untuk bersuara
Masing2 tidak bersuara walau sepatah, sedang koreksi erti hidup seorang hamba
Masing2 berbicara dalam hati, mungkin muhasabah diri

Mereka kembali memandang bukit-bukau di seberang. Bukit-bukau yang nampak kecil dari jauh, tapi hakikatnya bukit-bukau itu adalah satu benua.

Fitrah alam yang mematuhi hukum fizik dari Allah, maka benua itu kelihatan dekat sahaja, seolah-olah mampu dicapai hanya dengan menaiki bot berkuasa kuda 100 MW.

Fatamorgana laut telah berjaya menipu pandangan manusia yang alpa.

Laut yang luas menyebabkan manusia tidak mampu menganggar jarak dengan tepat, menunjukkan besarnya kuasa Allah, betapa uniknya ciptaan Allah. Hanya sebidang laut yang amat jarang kita renungkan itu pun, sudah teramat banyak misteri di sebalik setiap fenomena.

Benua yang jauh itu adalah Kalimantan....

Benua itu pula berjiran dengan sebuah pulau kecil. Kepulauan yang dikhabarkan bahawa ianya adalah separa Malaysia dan Indonesia, terletak di Timur benua itu.
Kebanyakan penduduk situ mempunyai 2 kerakyatan - Indonesia dan Malaysia.

Itulah kepulauan Sebatik. Pulau yang masih ramai tidak menyedari kewujudannya di negara ini...

Besarnya alam Allah. Sedangkan 'penemuan' itu semua baru di sekitar Malaysia, hanya negara kecil yang tersorok di Asia Tenggara

Hakikatnya Bumi ini masih luas dengan misteri...

2 minit kemudian, lelaki pagoda itu, menghela nafas seraya berkata,
"Bukan Kassim...entahla, susah mahu jelaskan."

Kasim merenung panjang. Tidak berkata apa-apa
Dia hanya memandang kanak2 yang menyelam dan berenang dengan seronok

Sambil memandang matahari yang kian jatuh, Kassim mengeluh panjang
Dia cuba menelan air liur. Tapi terasa sakit dan berat, ibarat menelan pasir di tepian pantai

Rasanya dia faham maksud abang merangkap sahabatnya itu. Kerana dia seperti 'merasai' apa yang perlu dibekap oleh abang kesayangannya itu. Dan, dia sudah lali juga dengan fenomena manusia sebegitu rupa.

Cuma, dia perlu bersedia untuk dihentam lebih ganas selepas ini...
Bersedia untuk menghadapi insan2 yang kurang belajar sejarah, tidak tahu banyak realiti yang sedang berlaku, dan akan berlaku...

Itu sahaja cara terakhir baginya untuk terus survive dalam hidup ini

Kerana moto hidup dia, sentiasa alert untuk sebarang perkara yang unexpected, dan bersedia untuk ambil inisiatif sendiri atas apa jua yang bakal berlaku

Kemudian, keduanya berjalan pulang. Meniti papan-papan mulus yang dibina sebagai jalan menghubungkan rumah-rumah, adalah satu fenomena janggal buat mereka yang hanya hidup di bandar

Sambil berjalan dan memandang ombak laut yang beralun, tiba2 kedengaran suara kanak2 merayu pada ibunya,
"Ibu, ibu, bolehla. Sekejap je. 7 minit boleh? Esok sudah tak boleh, ada sekolah."

Ibunya tegas dengan hujahnya tersendiri,
"Ibu bilang tak boleh, tak boleh la, faham? Air tu kotor, nanti kamu kena penyakit."

Tangan mulus si kecil, menarik2 baju lusuh ibunya yang sedang menyiang ikan..
"Tapi, kawan2 sudah ajak ni. Lagipun, baju saya sudah kena air. Tengok ni ibu, basah sudah baju. Ala, sekejap ja. Boleh la. Boleh la"

Si anak kecil cuba memberi 'alasan' dan 'penyebab' agar dia boleh terjun juga ke dalam laut, mengikut rakan-rakannya.

Si ibu, buat2 tak dengar, terus memotong sayur di dapur

Si anak, patuh dengan arahan, walaupun kecewa, sambil memerhatikan kanak2 lain seronok bermandi laut

Dia duduk termangu di pangsi, tempat nelayan selalu berehat, termasuk ayahnya
Sambil memerhati kawan-kawannya seronok bermandi laut

Walaupun memberontak kerana ingin menegakkan hak, si anak kecil akur dengan arahan ibunya...


Iklan jerawat

"Jika mengharapkan redha Allah , jangan mengharapkan pandangan makhluk"

Dan, 2 lelaki itu terus berjalan, menuju ke kereta Avanza hijau, sambil memandang ufuk senja di tepi laut

Ditemani bunyi desiran air laut, dan bot2 kecil dan wau mini buatan orang tempatan, sebagai permainan untuk anak2 mereka di hujung minggu
"Kebush..."

"Yahooo..."

Disulami dengan azan Maghrib menggegar ruang udara
Mungkin dari Masjid Tanjung Batu
Ataupun dari Masjid Nurul Taqwa, Kampung Jawa Lanut...

Bunyi itu semakin sayup dari kejauhan...
Dan kereta Avanza hijau itu hilang dari pinggir jalanan..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Berkawanlah untuk berkawan, bukan untuk makan kawan
Berkawanlah untuk menambah kawan, bukan untuk menjual kawan


Hidup ini adalah medan survive

Siapa lemah, dia kecundang
Siapa kuat, dia berjaya

Tapi, bukanlah seorang yang kuat itu adalah mereka yang melemahkan orang lain untuk survive
Dan, amatlah buruk perangai jika merasakan diri sudah kuat sedangkan belum pernah rasa bagaimana nikmatnya jatuh tergolek
Dan, amatlah keji tingkahlaku jika melemahkan orang lain agar orang lain tidak nampak kelemahan diri sendiri

Malahan, mungkin insan yang berbuat demikian, hakikatnya lebih lemah dari mereka yang memang lemah

Dan, kerana itu hidup ini perlu terus bangkit dan bangun, bukan sekadar membiarkan diri semakin jatuh dan menjatuhkan orang lain semata-mata

Belajar dari sejarah bangsa bugis, bagaimana mereka survive sejak berhijrah dari Indonesia ke Malaysia dalam sekitar awal kurun abad ke-19

Di saat Malaysia belum mencapai kemerdekaan
Di kala konsep Malaysia-Raya belum diperkenalkan
Di waktu gagasan 1 Malaysia masih belum keluar di otak
Di tika negeri Melaka masih belum dihuni geng Parameswara (walaupun sejarah ini syubhah)

Walaupun dirogol dan diperbodohkan oleh 'tuan tanah' yang memang celaka, tapi atas inisiatif masing2, mereka cuba bangun perlahan-lahan setelah suara mereka kurang dilayan oleh pihak berautoriti

Dari situlah pentingnya usaha sendiri, bukan sibuk mengharap orang lain atau menyalahkan orang lain atau menjatuhkan orang lain


Da'wah, it's a passion !!

Apa ertinya meeting punya lama, tapi yang bergerak tetap muka yang sama?


Dakwah ini seni

Dakwah ini luas
Dakwah ini cinta

Usah sempitkan fikiran hanya dalam satu aspek
Usah peningkan kepala dalam satu kelompok sahaja
Usah serabut minda dalam satu perspektif semata-mata

Dunia ini teramat luas
Banyak yang belum kita teroka

Cuba analogikan seni dakwah dengan bermain bola

Jika dia seorang penjaga gol, perlukah dia mengambil sepakan penjuru walaupun dia boleh melakukan banana-kick? Bolehkah dia sibuk naik ke atas menggelecek penyerang lawan tatkala pasukan sudah ketinggalan 1-0 di waktu tambahan, membiarkan gawang kekosongan?

Sama juga seperti pertahanan, pemain tengah, atau penyerang

Masing2 ada fungsi tersendiri dalam keadaan tertentu, dan usah sesekali keluar dari posisi walaupun kita mampu untuk buat begitu

Dan, dalam perlawanan, masing2 ada skill dan syarat tersendiri

Jika penyerang, dia perlu ada skill menggelecek, boleh menanduk, lari laju adalah bonus, dan paling utama, dia boleh menjaringkan gol !

Kerana apa guna jadi penyerang, tapi tak boleh jaringkan gol? Takkan nak harapkan pertahanan pula yang skor?

Mungkin, jika di kala penyerang sudah tidak boleh harap, hanya sibuk melayan peminat wanita di tepi stadium, atau hanya sibuk di bangku simpanan bergosip dan berbual dengan jurulatih

Sama juga pemain tengah, dia perlu hebat passing, dengan kreatif pelbagai, supaya pasukan lawan susah mahu meramal setiap agenda serangan

Manakala, untuk pemain pertahanan, dia tidak perlu tampil di hadapan selalu, tetapi pentingnya fizikal dan kekal cergas, kerana perlu melayan kerenah serangan pelbagai, yang menguji fizikal dan mental pemain. Malahan, jika keadaan genting, kecergasan pertahanan adalah kritikal, supaya tidak membiarkan penjaga gol terkapai seorang diri melayan serangan yang bertubi

Tetapi, amatlah malang andainya pasukan itu dibanjiri pelbagai pemain bintang, tetapi tiada seorang pun ketua berkaliber yang mampu menjadi kapten pasukan yang disegani

Yang akhirnya
Menyebabkan pasukan lebih cenderung kepada syok sendiri
Masing2 akan membawa haluan sendiri
Sering memperlekehkan arahan kapten
Kerap memperbodohkan amanah dari pengurus pasukan

Real Madrid legendary ex-Captain : Raul Gonzalez Blanco

Dalam bolasepak, terdapat pelbagai variasi dalam posisi itu
Ada wing, pertahanan sayap, anchorman, backstopper, center forward, playmaker, dan lain2
Dan kita semua tahu, setiap posisi itu ada fungsi yang spesifik

Bermakna...

Posisi itu bukan sekadar posisi untuk melengkapkan senarai daftar kuota pemain !!

Tapi, posisi2 yang unik itu membantu kepada kejayaan pasukan

Jadi, kesimpulannya di sini, perlukah semua orang jadi penyerang?
Perlukah semuanya berebut untuk menjadi penjaga gol?

Maka, siapa pula mahu jadi pertahanan dan pemain tengah?

"Jika tak tahu, buat tak tahu. Jangan menunjuk pandai, hingga adakalanya berfantasi sebelum memahami realiti."

Begitulah juga hidup
Masing2 ada posisi tersendiri, dan usah merasa bangga merasakan bahawa kita sahaja hebat di dalam medan penuh seni ini

Dan usah merasa hebat selagi mana kita belum rasa semua posisi
Kerana ada keadaan tertentu, seorang penyerang perlu menjadi penjaga gol, jika pasukan kehabisan dana untuk membeli penjaga gol baru

Lantas di kala itu, sanggupkah kita beralih posisi, walaupun kita lebih hebat di posisi lain?

Sanggupkah kita belajar posisi baru, demi melengkapkan posisi yang berlubang?

Itulah seni dalam menempuh hidup ni

Dan itu menjadi salah satu elemen penting untuk kita agar terus hidup

Supaya dapat terus survive di mana sahaja kita berada kelak

Supaya kita tak terkurung dalam kepompong sendiri
Supaya kita tetap subur dan menghidupkan yang lain

Walaupun kita berada di posisi baru
Walaupun kita perlu sering berubah posisi

Pemimpin yang hebat biasanya lahir dari pengikut yang taat

Bagaimana mahu jadi pemimpin dunia andainya tak mahu jadi pengikut Tuhan yang setia?
Bagaimana mahu jadi pemimpin sekiranya tak rela jadi pengikut yang sudi menerima arahan?

Saya bukan insan2 hebat di persada dunia
Saya bukan lelaki2 maco yang petah berbicara
Saya bukan jejaka idaman yang pandai mengurus hidup
Saya bukan ahli filosof yang hebat berbicara dan matang dari sudut keilmuan

Saya bukan siapa2, ibarat sebutir garam di dalam segantang tepung

Tapi, kita semua kena tahu
Setiap manusia perlu memainkan peranan masing2

Jangan kita pula yang merosakkan agama dengan posisi kita
Jangan kita pula yang menghamburkan masyarakat dengan peranan kita
Dan usah merasakan diri sudah 'besar' jika kita melupakan mereka yang 'kecil'

Kerana

Jika tiada insan2 kecil di belakang kita yang menampung kelompongan kita
Jika tiada insan2 hina di belakang kita yang membekap keagungan kita

Kita tidak akan jadi seperti mana diri kita sekarang

Bukan senang jadi pemimpin, bukan senang jadi pengikut. Pemimpin perlu sabar melayan anak buah, pengikut pula perlu bersedia taat kepada pimpinan

Kita kena sedar bahawa kita semua ada tanggungjawab masing2 dalam hidup ini

Paling mudah,
Semua orang ada keluarga sendiri
Semua orang ada ibubapa
Semua orang ada adik2, kakak2, abang2
Semua orang ada jiran2

Bermaksud,
Semua orang ada tanggungjawab terhadap keluarga, kaum kerabat, masyarakat etc

Maka, sebelum kita nak khianat sesiapa, fikir dulu, mungkin insan itu juga ada ayah
Ada ibu,
Ada adik,
Ada kakak,
Ada abang,

Dan mungkin juga, dia ada atuk-opah yang sentiasa mengharapkan kejayaan cucunya


"Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riak. Melakukan sesuatu amalan kerana manusia pula adalah syirik. Penyelamat daripada kedua-duanya ialah ikhlas."

Refleksi diri..

Perlukah kita 'tonjolkan' dan 'war-warkan' kepada umum kerja yang kita buat?
Perlukah tunjuk muka tensen sebagai simbolik bahawa kita penuh dengan kerja tak siap?
Perlukah segalanya diupdate di Facebook atau Twitter, untuk menjadi hebahan ramai supaya satu dunia tahu bahawa kita bukan sekadar duduk korek hidung di atas kerusi?

Semak balik motif kita hidup
Scan balik untuk apa perjuangan itu

Apa motif bekerja hingga bergaduh bermusuh?
Apa guna berdakwah hingga kutuk menghentam yang lain?

Musuh2 kita semakin kuat
Musuh2 kita semakin cekap
Musuh2 kita semakin subur

Tetapi kita semakin hari semakin serabai..

Sesama kita sendiri saling melemahkan
Sesama kita sendiri saling menjatuhkan
Sesama kita sendiri saling menikam
Sesama kita sendiri saling gaduh-gaduh
Sesama kita sendiri saling hasut-hasut

Jika kita ubah mindset kita semua
Perlahan-lahan satu hari, kita akan menang

Ikhlaskan hati dalam setiap kerja kita
Hentikan menghukum tanpa bukti nyata


Cintailah dia seadanya, agar engkau tetap tenang saat kehilangannya. Sayangilah dia secukup hatimu, supaya engkau tidak lupa pada cinta sejati. Hidup bukan sekadar sibuk bermadah cinta, tetapi tentang lelahnya memberi dengan nama cinta

Keluarga itu jemaah
Jemaah yang penuh pelbagai amanah
Amanah yang akan dilanda pelbagai seribu masalah

Maka secara matematiknya,
Alam berkeluarga bukan sekadar sibuk bermadah cinta yang penuh melankolik
Kerana terlalu banyak kekosongan posisi yang perlu kita cuba lengkapkan
Kerana terlalu banyak kelompongan baru yang akan kita rasai

Tapi, tidak bermaksud juga seorang itu 'wajib' kahwin jika dia mengeluarkan madah cinta
Mungkin dia cuba menyampaikan mesej, buat orang tertentu, supaya kembalikan rentak

Lagipun hakikat alam perkahwinan, tidak sama antara teori dan realiti
Kerana bukan mudah mendapatkan puteri singgahsana, andainya diri hanya seorang musafir hina

Apa erti mendabik dada mengaku berjuang, tapi soal hati tidak dijaga rapi?

Belajar dari graviti
Mengajar kita bahawa semuanya tetap akan jatuh walau setinggi mana dia berada
Menunjukkan kita bahawa tiada siapa boleh lawan kuasa Allah walaupun dia guna anti-graviti
Membuktikan bahawa pentingnya menyembah pencipta Bumi, supaya jalan tetap lurus dan terus berseni



Apalah ertinya jadi pemimpin, sedangkan tidak menjaga solat?

"Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, penyesalan di akhirat."

Andai teguran dirasakan satu aiban,
Andai kritikan dirasakan satu tohmahan,
Andai cadangan dirasakan satu ancaman....


Maka apa halatuju kita semua nanti?


Akhir kalam..

Saya sudah buat kata putus, biarlah saya mati di sini
Maka, maafkan saya, jika itu izin Ilahi

Semakin jauh saya berjalan
Makin sedar betapa jauhnya perjalanan ini

Semakin hari semakin memerlukan teman
Agar kukuh melayan graviti di sana-sini


Seorang lelaki itu tidak akan matang selagi dia belum berkahwin, kerana hanya itu sahaja cara untuk menyempurnakan kematangan dirinya

Walaupun kita belum tabah mana
Jom ke pelancaran TABAH

Takbir !!


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]

Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa

Good things come to those who wait


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...



想念你
爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 13th March at 11:59 am ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..