Ceramah

Khamis, 24 Februari 2011

Fish trade

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia


Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


Habis beberapa urusan kecil
Kini tinggal urusan besar dan lebih utama

Walaupun saya tidak pernah belajar mencarut di mana2 agensi pertubuhan haram
Walaupun saya masih amatur dalam bab pukul dan belasah orang
Tapi tiba2 hujung minggu ni, rasa mahu mencarut dan memaki-hamun
Rasa mau sepak sesuatu yang bulat, seperti bola misalnya

Bukan kerana marah, ataupun tensen
Jauh sekali kerana psiko atau, gila, bak dakwaan sesetengah orang

Tetapi, untuk menghiburkan diri
Kerana saya belum punyai kaunselor setia di sisi

Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari

Insyaallah

======
] Justi-cell [
======

:: Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim ::
[Umar Al-Khatab]

Semua manusia tercipta dari kombinasi pelbagai sel
Ada sel tulang, sel otot, sel gigi, sel mata dan lain2
Walaupun sel kanser yang membahayakan manusia, tetap memberi fungsi kepada hidup seorang manusia

Antara fungsi sel kanser ialah - mengingatkan seseorang itu tentang hakikat mati, supaya dia insaf dan bertaubat setelah dijangkiti penyakit kanser

Dan, semua sel ini memainkan peranan masing2

Jika sel tulang, terbahagi banyak jenis, dan membentuk sistem tulang dalam badan manusia
Jika sel otot, ada banyak jenis, akhirnya memberi fungsi otot kepada kita semua

Maknanya di sini, masing2 main peranan tersendiri agar seorang manusia itu berfungsi normal

Jika sel tulang boikot, sudah tentu manusia itu lembik macam kapas, tiada sokongan dalaman
Jika sel otot merajuk, sudah tentu manusia itu merangkak sahaja kerana tiada sumber untuk mobiliti

Dan kita sebagai manusia yang ada akal, sudah tentulah kita boleh berfikir dan merenung setiap kejadian di depan mata

Jika topi keledar, tiada mata, maka dia tidak mampu melihat segala kejadian di depan mata
Sama juga dengan lipas, dia tiada akal, maka dia tidak berkuasa untuk menilai setiap kejadian yang berlaku

Maka, itulah pentingnya manusia

Pentingnya akal
Pentingnya mata

Dan, pentingnya ada agama
Betapa pentingnya ada Tuhan

Tanpa semua itu, maka seorang manusia tak ada bezanya dengan lipas ataupun topi keledar

Tanpa agama dan Tuhan dalam diri, maka seorang manusia itu tiada beza dengan...dengan...apa ya?

Jika makhluk alam, mereka tetap ada Tuhan
Seperti guruh yang sentiasa bertasbih kepada Allah, kerana takut dengan kebesaran Allah

Maka, jika makhluk alam pun ada Tuhan, apa agaknya klasifikasi yang sesuai buat manusia yang tiada Tuhan dan pegangan agama?

Apakah klasifikasi sesuai buat mereka yang langsung tiada rasa takut kepada Allah?

Mungkin, lebih teruk dari batu sungai

Mungkin...

Okey, berbalik kepada isu kecoh sejak akhir2 ini, saya selaku wakil kepada pencinta alam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang membuat onar baru-baru ini


:: S. aureus - Bacteria in action ::

Saya mengutuk cermin kaca yang pecah, kerana membazir wang dan sumber batu
Saya mengutuk poster2 yang digantung, kerana membazir kertas dan tenaga pokok
Saya juga mengutuk manusia2 penipu, kerana membazir tenaga haba dan punca pencemaran alam ini

Saya tak menyalahkan 'manusia' yang menjadikan kaca itu pecah, tapi kenapa kaca itu pecah?

Adakah kerana kaca itu sangat nipis, atau hanya dibuat untuk menampung bayi kecil?
Dan adakah pemecahan itu tanda meletupnya manusia setelah tertekan sekian lama ditindas? Seperti apa yang berlaku di Egypt, Libya, Tunisia dan lain2?

Saya tak marah poster digantung terlalu banyak hingga mencekik mata penduduk marhein, tapi adakah ianya berbaloi?

Adakah poster2 itu sekadar buat menyemak sahaja, atau demi perjuangan orang2 hina macam kami? Dan adakah itu semua adalah bukti bahawa anda memang betul2 mahu mempertahankan hak insan bawahan macam kami?

Apalah gunanya poster banyak2, mencemari alam, wang habis, tapi kerja selepas itu tetap tak jalan dan tipu sana-sini?

Back to basic, semua mainkan peranan masing2, kan mudah

Kepada pengundi, undi yang betul, penuh adil, bukan ikut2 dan dipengaruhi mana-mana pihak
Buat calon pula, berkempen dengan hemah, bukan buruk2kan yang lain, bukan pandai tabur janji sahaja, tapi untuk perjuangan yang sejati

:: Ketika kamu melontarkan kata-kata berbentuk hinaan dan kata-kata dalam kemarahan; ingat, kata-kata itu akan meninggalkan parut dihati orang lain ::

Entahla

Kadangkala, saya sendiri penin apabila 'melibatkan' diri dalam hal2 macam ini

Bukan tak berminat, tapi kadangkala menjadi serba salah

Kerana kita tak boleh tipu diri sendiri
Kita tak boleh tipu orang2 yang kita kenali

Dan, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak bias mana-mana pihak, walaupun saya lebih kepada satu pihak

Saya tidak berminat mengamalkan budaya double standard

Kerana jika saya buat begitu, maka apa bezanya saya dengan pemimpin2 yang korupsi dan yang menipu orang bawahan dia?

Apa ertinya saya maki2 orang UMNO yang zalim, sedangkan saya sendiri mengamalkan double standard dalam hubungan sesama manusia dan makhluk Allah?

Perjuangan saya bukan untuk manusia, tapi untuk menjadi manusia, dan memanusiakan manusia yang lain

Perjuangan saya untuk alam ini, demi amanah yang Allah beri

Hidup saya untuk alam mati yang pasti, bukan sekadar menabur janji yang tak pasti


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya."
[Surah Al-A’raf : 34]

Buat yang ada jawatan, atau tiada jawatan, peganglah amanah kalian
Main peranan kalian, walau apa jadi di masa depan

Jawatan itu tak penting, tanggungjawab itu yang lebih penting

Belajar dari sel dalam badan kita

Tanpa mereka yang menjaga kita hasil aturan genius dari Allah, kita ni takkan jadi manusia yang hensem, cun, seksi, bijak, hati-kering etc


Don't get arrogant, before we go flamboyant

Siapalah kita disisiNya?
Siapa Dia disisi kita?


:: Fight the right, kill the fright ::


=========
] Sicilian Mafia [
=========


Di sebuah padang permainan, di sebelah barat Itali, bandar Galliatte, kelihatan seorang kanak2 sedang bermain bola

Dari jauh, gayanya seperti Ronaldinha sedang menimbang bola

"Satu...."

"Dua...."

"Tiga...."

"Empat..."

Di atas kerusi, seorang lelaki, berbaju biru, bertopi kuning, dan berseluar trek dengan tuala di leher, sedang melekapkan telefon motorola NCIS ke telinganya, khusyuk berbincang sesuatu

Di tepi longkang, kelihatan seorang pemuda sedang duduk bersila

Dia memerhatikan sahaja gelagat kanak2 itu

"Sembilan..."

"Sepuluh..."

"Sebela.....ops...ala..."

Bola jingga fevernova menuju ke pemuda itu, miring sedikit, melantun, dan menuju ke tengah jalan

Pemuda itu, bersama kanak2 itu, memerhatikan bola itu melantun, bergolek ke jalanraya, dan akhirnya berhenti di sudut jalan

Kanak-kanak itu menguis2 kasutnya yang berpasir, dan kemudian berlari menuju ke jalanraya

Pemuda itu pula, terlebih dahulu sudah berpijak di jalanraya, sedang mengutip bola di sudut jalan

Sepantas kilat, sebuah Hilux 7.8 cc menderu laju

"PONNNNNNNNNNNNN !!!!!!!!!!!! PONNNNNNNNNNN !!!!!!!!!!!"

Bunyi hon nyaring kedengaran

Kanak2 itu menutup telinga, memejamkan mata

Pandangan kelam menyelubungi kanak2 itu, hanya kedengaran bunyi brek dan disela dengan ucapan "Aduh."

Kemudian, kedengaran satu jeritan yang agak sopan, sayup2 semakin menghilang, "Woi, mau mampos ka? Tengok jalan la lain kali !"

Kanak2 itu terduduk di hujung jalan, masih pening-pening

Bapanya yang sibuk berbual sebelum ini, meluru ke anak yang pening-pening itu

"Apsal ni? Takde otak ke? Selamat tak eksiden tadi, tau tak."

Si anak yang masih blur, sengal2 punggung dek terjatuh tadi, sempat memandang ke seberang jalan

Kelihatan seorang pemuda sedang jalan terhencut-hencut, dalam keadaan kaki yang capik, cuba 'melarikan diri' ke simpang jalan

Belum sempat kanak2 itu bersuara, si ayah mendukungnya dan membawanya ke taman permainan semula

Tatkala duduk, si anak bersuara, "Ayah nampak ke lelaki tadi? Pergi la tolong dia."

Si ayah mengerutkan dahi, hairan, dan bertanya, "Lelaki mana?"

"Lelaki tu tolong amek bola adik tadi. Dia hilang dah." Si anak memberikan hujah

Si ayah semakin hairan, sambil menggarukan kepala, dia berkata, "Bola apa? Bola tu ada je tepi longkang tu. Yang kamu pergi main tengah jalan siapa suruh? Dah, jangan nak mengarut. Ayah sibuk ni. Jom pulang."

Di tepi longkang, tempat pemuda itu duduk tadi, kelihatan bola kuning kepunyaan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu, penin-lalat, konfius, pergi mengambil bola itu.


"Jika perjalanan begitu panjang sedang pertolongan Allah belum juga datang, maka ujian dan fitnah akan lebih keras dan liat. Cobaan akan lebih ganas dan lebih berat. Tak ada yang tegar kecuali mereka yang dilindungi Allah. Merekalah orang-orang yang bisa menancapkan iman dalam jiwa, yang bisa menjaga sebuah amanah besar, amanah langit untuk dijalankan di bumi. Amanah Allah di setiap mata hati manusia"
[Sayyid Qutb]

Minggu ni, ramai orang stress

Ada juga yang kecewa

Bagi diri saya pula, antara pertengahan 2 parameter itu

Antara stress dan kecewa
Antara konflik realiti dan teori
Antara konspirasi dan praktikal

Sekarang bangkit persoalan tentang calon yang mendapat undian tertinggi tidak dapat memegang kerusi presiden

Mungkin, untuk melumpuhkan suara siswa, supaya pemimpin siswa lebih kepada pak turut
Mungkin, untuk melenyapkan kuasa kepimpinan, supaya siswa dikaburi dan ditipu dengan agenda bukan2
Mungkin, ada yang masih takut dengan bayang2 sendiri
Mungkin juga, ada suara sumbang alien yang sibuk memberi 'nasihat'

Dan, lebih pelik apabila pemilihan calon kolej lebih berbentuk interview
Tidak memerlukan suara siswa, bermakna, pemilihan lebih berpihak kepada autoriti universiti

Biarlah apa sahaja, saya mendoakan dari jauh

Cuma harus diingat bahawa, kuasa itu amanah Allah, bukan untuk bermegah
Dan lebih indah jika yang berkuasa itu adalah orang yang adil, bukan zalim ibarat Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi

Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka;

1. mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah,

2. mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah
[HR Tirmidzi]

Dan bukanlah mata yang sibuk menggoda kaum adam, atau mengerling kaum hawa
Dan bukan jua mulut yang sibuk mengumpat, dan mengutuk saudara sesama Islam

Untuk satu aspek, untuk kempen PR kampus kali ini

Saya agak marah melihat gelagat pelajar universiti yang perangai macam jebon
Saya juga agak kesal apabila melihat pegawai/staf HEP turut menggalakkan kejebonan mereka itu

Walaupun saya juga seorang jebon, tetapi agak jebon la jika ramai2 mahu jadi jebon

Dan, kerana itu la saya marah, kerana selepas ini mungkin saya perlu menganggur dek kebanjiran jebon di kalangan mahasiswa sendiri

Untuk aspek lain

Saya kesal juga dalam berkempen, ramai yang kurang menitikberatkan soal kewajipan sebagai seorang Muslim, seorang hamba Tuhan, sebagai pelajar, dan sebagai daie

Walaupun saya lebih suka kepada oren, kerana penuh vitamin C, tidak bermakna saya perlu 'halalkan' semua tindakan untuk oren

Tapi, itu tidak bermaksud juga saya menyokong perangai budak2 yang ditunjukkan oleh geng merah

Dan, tidak bermaksud juga saya jenis pihak berkecuali, yang dengan mudah melabel orang lain tidak matang dan emosional, seperti mereka yang selfish, yang sekadar mementingkan masa depan dan periuk nasi sendiri, tiada masa memikirkan hal sekitar dan masalah sosial yang semakin menggila

Dan, secara tegasnya juga, tidak bermakna saya seorang yang menjadi pak turut yang hanya mengikut sahaja agenda pihak HEP dan sebulat suara menyokong penipuan pihak universiti, yang bertopengkan pelbagai muslihat dan habuan untuk menggoda mereka yang mudah cair

"Bukanlah dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yg dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati"
[HR Bukhari dan Muslim]

Persoalan akhlak, krisis nilai, bukan satu perkara asing dalam hidup kita semua

Dari kempen dan saat genting sebegini la, kita boleh timbal-balik sejauh mana sebenarnya parameter nilai dan akhlak kita semua

Dan, paling jelas, sejauh mana sebenarnya hubungan kita dengan Allah?

Dekat, atau jauh?

Perlu diingat bahawa, kempen PR kampus hanya satu medan teori yang amat kecil

Kenapa saya anggap itu satu medan teori?

Kerana bagi saya, kurang sesuai untuk menafsirkan alam kampus itu sebagai ruang praktikal, kerana medan praktikal yang sebenar lebih jauh daripada situasi yang kita alami di dalam kampus

Teramat jauh, amat berbeza

Paling dekat, lihat sahaja isu jiran kampus, atau isu kampus terdekat, pernahkah kita rasainya?

Paling dekat, isu di UITM seberang, ataupun di UPM yang hingga 'pecah kaca'

Atau, paling mudah, isu murtad dan krisis akidah antara guru dan murid sekolah

Itu baru sentuh isu di universiti, isu 'remeh' di sekolah

Besarkan sikit skop, isu di kawasan masing2

Bagaimana dengan isu di luar, di Taiping, Jasin, Balik Pulau, Tawau, Sepanggar etc, apa isu yang kita pernah rasai?

Kalau tak pernah rasa, tak pernah tahu isu tu semua, usah mendabik dada mendakwa kita sudah 'berjuang'

Kerana jauh lagi perjalanan kita semua

Medan kampus hanya ladang teori

Medan luar nanti adalah praktikal sebenar

Terlalu ramai musuh besar menanti
Teramat besar ujian berat akan kita rasai

Dan, tersangat sukar laluan yang perlu kita tempuhi

Jika medan 'perang' di alam kampus pun kita dah jauh dengan Tuhan
Bagaimana kita nak menjaga Allah tatkala perlu ke medan perang sebenar?

:: I am better today than yesterday, but not as good as tomorrow ::

Muhasabah balik diri kita semua

Jika seorang geng oren yang 'dirogol' oleh geng merah pun kita tidak sudi membekap dan membantu atau berkira-kira untuk memberi sokongan moral kepada dia, malahan membiarkan sahaja dia terkapai-kapai

Apakah kita bersedia untuk membekap saudara kita di luar yang lebih kerap diserang ikan2 jerung yang lebih rakus dan berbahaya, yang memerlukan pengorbanan harta jiwa dan raga?

Jalan kita masih panjang, jangan lupa diri walau apa jadi pada kita

Jika peringkat awal begini pun kita sudah lupa diri
Adakah kita semua mampu kekal lama berdiri?

Renung2kan

Selamat berjuang, hidupkan jemaah
Aktifkan usrah, walau terpaksa bermandikan darah

Jadikan mati sebagai motivasi agar kita terus hidup
Bagaimana kesudahan kita semua nanti?
Pro-M sentiasa di hati !

Andai semangat menjadi taruhan berjuang
Nescaya esok kita sudah kecundang
Andai hari ini kita berjuang dek kefahaman
Nescaya sampai mati kita di bawah satu haluan


Lupakan tesis dan masalah peribadi seketika
Mari holiday, kita pergi Konvensyen !!!


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]

Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa

Good things come to those who wait


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...



想念你
爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 25th February at 7:03 pm ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
ramai sangat yang bercakap tentang superhero sekarang ni.tak dinafikan enta dikalangan yang terbaik, beruzlah dan meningkatkan diri ke arah yang lebih baik. tidak lama lagi akan jadi pemimpin pula, keteguhan, iltizam perlu berterusan..paling penting mohon pada-Nya kerana zaman ini terlalu ramai yang sama dan sesungguhnya, beruntunglah pada yang 'asing'..

cantik, hensem bukan pada rupa namun pada keluhuran hati yang sentiasa mengharap redha-Nya seperti mana entry enta sebelum ini..

Islam merindui pemuda berjiwa AL FATEH!!

angkat martabat Islam ya..(^_^)

maas salamah wa ilal liqa'.


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..