Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]
Assalamualaikum你好
Alhamdulillah
Selesai beberapa amanah tertunggak
Hampir setiap malam ada mesyuarat
Hampir setiap hari ada misi perlu dihabiskan
Hampir tiada cuti untuk bersama 'keluarga'
Jika ikutkan hati, mahu sahaja melakukan budaya 'escapism'
Atau memberi 1000 alasan untuk 'memberi peluang' kepada yang lain
Atau berhujah hebat dalam dewan mesyuarat sebagai simbolik kepada 'kerja'
Atau melancarkan budaya refleks dengan menyalahkan orang lain demi mengelakkan diri daripada ditembak
Tapi, hati menjerit dan mendesak agar tidak membiarkan sahaja negeri ini terus dijajah
Hati memaksa agar gagahkan diri supaya mereka di sini bangkit untuk terus berjuang
Mujurlah ada juga yang memahami dan memberi ruang
Bertemu abang burhan, lamin, syam, abang dai, ustaz karim dan noryusry di program
Menyuntik kekuatan baru yang dah lama berhabuk
Tumbuh sinar harapan, buat bumi borneo ini
Syukur ada juga yang mengerti bahawa saya juga manusia normal, bukan seorang gaban
Dan paling utama, saya hanya lelaki biasa, banyak kelemahan dan kealpaan yang perlu diperbaiki
Masih banyak kelompangan yang perlu diperlengkapkan dengan kehadiran insan istimewa dalam hidup berjuang ini
Satu hari nanti...
Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari
Insyaallah
==========
] Tiang Matahari [
==========
] Tiang Matahari [
==========
Sejak akhir2 ini, ramai betul yang tukar status
Tak tahu la sama ada sengaja cari publisiti, atau memang betul, bukan urusan saya untuk pergi lebih jauh
Sejak akhir2 ini juga, banyak betul madah2 cinta yang berunsur 2 hala
Dan ini pun bukan urusan saya, kerana saya bukan doktor cinta yang sibuk bermadah cinta 24 jam
Tetapi, agak retorik apabila mengatakan bahawa saya seorang yang kebal dengan semua ini
Kerana saya juga manusia biasa
Dan kerana itu la, perkara2 ini akan ditutup terus jika hanya membuang masa
Kerana saya bimbang perkara2 ini akan menjadi virus dalam komitmen dan gerakkerja
Maka, harapnya lepas ini, usah berkecil hati apabila saya kurang responsif terhadap 'ukhwah' sesama spesis berbeza ni
Bukan kerana saya gila, ataupun seorang jebon
Tetapi saya belum kebal untuk menapis semua perasaan
Saya bukan seperti insan lain yang 'mungkin' berjaya menapis semua perasaan itu dalam berukhwah
Saya lebih selesa menjaga perasaan itu buat satu yang pasti
Dan biarlah masa sahaja menentukan untuk sesuatu yang belum pasti
:: Use your smile to change the world. Do not let the world, change your smile ::"Hidup ini ujian, sama ada senang atau susah, sama-sama kita rasai. Lain orang lain ujian, ikut kemampuan masing2. Hidup ini anugerah. Mahu bersyukur atau kufur, itu pilihan kita. Mahu berkorban atau beralasan, itu sinetron kehidupan."
Di luar bumi, terdapat banyak planet-planet
Di tepi mereka, ada asteroid2 yang menjadi bintang indah di kala malam
Di sekeliling sesetengah planet, ada bulan yang cantik
Khususnya Bumi, yang setia pada 1 bulan
Semua ini adalah satu sistem
Iaitu sistem cakerawala
Tanpa kewujudan sistem ini, maka huru-hara planet tanpa pedoman hidup
Kerana itulah Allah telah mencipta orbit buat mereka
Sebagai salah satu alat untuk melengkapkan sistem besar itu
Dan, dalam sistem ini, ada satu teras yang paling penting
Satu bebola api, hasil lakuran atom2 yang menjana tenaga nuklear
Iaitu matahari

Maksudnya, pelakuran nuklear di matahari itu hanya dapat diterima oleh bumi pada 11 tahun akan datang
Kenapa?
Seperti yang kita tahu, sebab utamanya sudah tentulah kerana jarak Bumi-Matahari yang tersangat jauh
Lebih menarik, haba yang diterima bumi pula, lebih lama dari 11 tahun
Maka, apa yang kita nampak dari sini ialah :
1- Cahaya dari matahari yang kita nampak hari2 itu, adalah sinaran 11 tahun yang lepas
2- Haba dari matahari yang kita rasa hari2 itu, adalah kepanasan ++11 tahun yang lepas
Berbeza dengan bulan, pancaran bulan yang kita lihat setiap malam itu adalah lebih kurang sama (at present time), kerana jarak Bumi-Bulan tidak jauh mana
Penting ke untuk kaji semua ini?
Amat penting
Dari sumber ini menentukan status bumi
Perubahan haba ke bumi akan menentukan sama ada ais atau dataran menyelubungi bumi
Sinaran haba yang melalui ozon akan menentukan jumlah sinar UV yang kena pada manusia
Kekuatan suhu akan menentukan sama ada tumbuhan mendapat nutrient yang cukup atau tidak
Dan paling utama

Untuk meramal 'nasib' bumi
Untuk mengetahui bilakah 'kiamat'
Untuk menentukan bila masa hidupan di bumi akan hancur
Walaupun agak sukar untuk mengetahui status matahari yang terkini dek jarak yang amat jauh dan risiko mendekati matahari
Namun mereka menggunakan rakaman berkala terhadap status matahari untuk tempoh 60 tahun lepas
Dan menyemak perubahan status matahari selama 11 tahun berturut2
Dan hingga kini mereka masih berusaha mencari cara terbaik untuk mengetahui status terkini matahari
Hingga mereka terlupa untuk kembali kepada Allah

Ini baru sedikit yang kita tahu
Kesimpulannya di sini, besarnya kuasa Allah
Betapa Maha Bijaksana Allah, Tuhan kita semua
Dan siapa sangka, semua itu di bawah aturan Allah?
Cuba bayangkan jika matahari itu hilang secara tiba-tiba
Itu hanya akan diketahui setelah 11 tahun akan datang
Cuba bayangkan jika matahari itu lesap secara mengejut
Itu semua hanya akan dikesan setelah 11 tahun akan datang
Itu hanya akan diketahui setelah 11 tahun akan datang
Cuba bayangkan jika matahari itu lesap secara mengejut
Itu semua hanya akan dikesan setelah 11 tahun akan datang
Kerana apa yang kita rasai ini, hanyalah cahaya+haba untuk 11 tahun lepas
Lantas, mengapa kita masih taknak bersyukur
Dan mengakui betapa bijaknya Allah, Tuhan kita semua?
Masihkah mahu kufur?
::: Use our brain :::
=========
] Hati Sanggar [
=========
"Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan."
] Hati Sanggar [
=========
"Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan."[Ibnu Mubarak]
Di dalam sebuah supermarket besar, ada sepasang kekasih sedang membeli baju
Tidak jauh dari kekasih itu, ada seorang tua, pakcik cleaner yang sedang berehat bersama anaknya yang masih bersekolah
Lelaki tua itu, sedang membaca artikel Islami keluaran Pemuda PAS kawasan itu
Anak kecil itu sedang tidur, bernama Salleh
Si jejaka, dengan gaya machonya, duduk di satu sudut
Si gadis, sedang membelek pakaian di satu sudut pakaian
Sambil berpusing2 ala-model, si gadis bersuara, "Eh abang, ayang suka la baju ini. Ngam tak dengan i?"
Si jejaka bersuara lembut, "Boleh je. Ambil la ayang. Alang2 tu, ambil sekali 2-3 baju lagi yang ayang suka."
Teruja, si gadis tersenyum dan kembali membelek di sudut pakaian. Dalam hatinya berbunga2, "Untungnya dapat seorang lelaki yang romantis dan memahami seperti dia."
Tiba-tiba, ringtone henset yang bertemakan lagu Blue -Curtain Fall berlagu. Si lelaki menjawab panggilan, ada suara garau berbunyi :
"Assalamualaikum. Boleh minta tolong? Kami mahu meminta sedikit infak dari pihak tuan. Tidak banyak, cukuplah sama ada 3000 rupiah, 6000 rupiah, ataupun 15,000 rupiah."
*RM 1 = 300 rupiah (kalau tak silap)
Terdiam seketika, kemudian lelaki itu membalas, "Untuk apa ya tuan?"
Suara garau itu membalas, "Dana untuk menubuhkan SRA di kawasan ini. Dan juga kos membeli buku dan kos yuran pelajar2 di sini. Jika dapat 100 orang seperti tuan, itu pun sudah memadai untuk SRA kami ini bertahan selama 2-3 tahun."
Dengan penuh yakin, lelaki itu berkata, "Maaflah tuan. Bukan saya tidak mahu, kalau ikutkan hati, saya sangat suka buat perkara baik macam ini. Tapi apakan daya, saya baru sahaja gunakan 40,000 rp. tadi untuk mengetuk pintu kereta yang rosak, dan khidmat hostiliti anak saudara saya yang sakit tempoh hari. Insyaallah jika ada rezeki, bulan hadapan encik hubungi lagi saya, saya cuba bantu."
Setelah suara garau itu menjawab, "Oh. Bukan rezeki encik untuk menambah pahala. Insyaallah niat itu sudah bernilai di sisiNya. Maaf ganggu tuan. Assalamualaikum. =)", talian dimatikan.
Tiba2, gadis yang sudah puas memilih, kembali ke lelaki itu dan bertanya. "Siapa telefon tadi? Serius semacam je."
"Pencacai minta sedekah." Dia membalas
Sambil mencebikkan muka, gadis itu respon, "Yeke? Bukan kekasih lain? Serius je tadi borak, takkan borak dengan pencacai kot? Sampai hati."
"Ala, bukan la. Serius bukan. Biasalah orang kita ni, usaha malas, tapi minta sahaja tahu. Taknak belajar bagus2, takda kerja elok2, kemudian bila dah susah, mula tagih simpati orang lain. Kalau dah bodoh tu, bodoh juga la sampai bila-bila. Kalau dah pengemis tu, sampai mati juga la jadi pengemis. Huh !" Lelaki itu mula mengerutkan dahi.
Si gadis, kurang mengerti, mengalih topik lain, "Eh. Bukan abang ada meeting ke malam ni? Ayang sudah pilih 3 baju ni, ngam dah. Jom la kita bayar, lepastu dinner. Abang belanja ok. Hehe."
Sambil membelek2 reminder di handphone, lelaki itu berkata, "A'a, lupa pula ada meeting malam ni. Ok jum kita pulang. Esok malam kita mau sambut valentine's day lagi. Hai, sibuk betul sekarang ni."
Lantas, sepasang kekasih itu beransur pergi
Dari kejauhan, lelaki tua itu mengejutkan anaknya yang nyenyak tidur, dan berkata, "Salleh, bangun. Jom kita solat maghrib. Lagi 5 minit nak azan ni."
[HR Tabarani]
Manusia ada hati
Ikan paus juga ada hati
Nyamuk juga mungkin ada hati (merujuk kepada permintaan puteri gunung ledang ketika rombongan meminang dari sultan)
Berbeza dengan ikan paus, hati manusia adalah satu simbolik kepada kasih sayang
Jika dalam BInya adalah 'heart', walaupun maksud sebenarnya adalah jantung
Kerana hati dalam BI adalah 'liver'
Tetapi, konsep hati lebih kepada nilai kasih sayang
Nilai yang menjadi sumber kekuatan
Hati, satu perkara yang sangat penting
Jika kereta memerlukan enjin
Jika makhluk hidup memerlukan DNA
Jika monyet memerlukan pokok
Jika restoran memerlukan cashier
Jika laut memerlukan bulan (untuk pasang-surut air laut)
Maka, manusia memerlukan hati
Hati itu menentukan siapa kita
Dengan perbaiki hati, yang lain akan turut diperbaiki

Tetapi awas !!
Perbaiki diri kita, dalam masa yang sama JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
Jika mahu bijak, usah perbodohkan orang lain
Jika mahu hebat, usah menghina orang lain
Jika mahu kuat, usah melemahkan orang lain
Apa tindakan kita kepada orang lain akan menentukan siapa diri kita
Jika mahu hebat, usah menghina orang lain
Jika mahu kuat, usah melemahkan orang lain
Apa tindakan kita kepada orang lain akan menentukan siapa diri kita
Koreksi diri kita....
Jangan asyik memperlekehkan sesama sendiri
Berganding bahu dalam perjuangan, usah meruntuhkan sesama sendiri
Ilmu yang kita ada bukan untuk dijual beli, bukan untuk dipertontonkan, bukan jua untuk modal kemegahan
Tapi biarlah ia menjadi penyuluh kepada insan yang masih terleka
JIKA KITA SEDAR KITA PENYULUH
MAKA SULUHLAH SAHABAT KITA AGAR SAMA2 MERASA NIKMATNYA KASIH SAYANG ILLAHI
MAKA SULUHLAH SAHABAT KITA AGAR SAMA2 MERASA NIKMATNYA KASIH SAYANG ILLAHI
Kurangkan bicara, banyakkan kerjaKurangkan teori, banyakkan memberi
Kurangkan mengeluh, banyakkan bersyukur
Bicara soal hati, dari situlah pentingnya usrah
Kerana itu juga, ada beberapa kata2 lagenda mengatakan bahawa usrah itu adalah jantung (heart) jemaah
Tidak kiralah sama ada usrah yang skema
Atau usrah yang membosankan
Atau usrah yang membaca teks
Atau usrah yang penuh teori
Atau usrah yang tak macam usrah
Dan lain2
Tapi kata kuncinya di sini, usrah itu adalah hati kita semua
Dari situlah kekuatan sebuah jemaah
Jika mahu lihat jemaah itu masih kuat atau lemah, lihat usrahnya bagaimana
Lihat peranan naqib dan naqibah usrah itu
Lihat kefungsian anak2 usrah yang dihasilkan
Jika usrah pun celaru
Maka, usah salahkan masyarakat yang rosak
Lebih ironinya, kemusnahan sesebuah koloni masyarakat itu sendiri
Itulah pentingnya jemaah
Dari situ, ia akan membentuk masyarakat
Dan, tanpa usrah, jemaah juga hanya ibarat sekeping roti berkulat
Hanya sekadar nama, tiada fungsi dalam masyarakat

Isu di Tunisia, kebangkitan di Mesir, dan yang terbaru di Kanada?
Segalanya adalah dari jemaah
Dari sebuah usrah
Dari gerakkerja yang efisien
Dari komitmen semua penggerak
Dari situlah kekuatan bertumbuh
Dari situlah Islam berkembang
Tapi lihat di sini
Apa kita buat?
Bukankah masih banyak zuriat Hosni Mubarak di sekeliling kita?
Di mana suara kita?
"Ada orang kita, waktu susah menyepi. Tetapi apabila waktu senang, waktu kita sudah menang, muncul entah dari mana. Percayalah, ini realiti. Nanti kamu jumpa juga."
[TYDP]
[TYDP]
Saya terkedu dengan ucapan TYDP itu
Sangat 'sharp', sangat tepat
Sebagai seorang yang berpengalaman, pernah memegang jawatan penting ketika berkhidmat di Johor, menyebabkan saya ingin mendekati dirinya. Amat seronok berbincang dengan beliau, dengan lagak yang sporting, tidak kisah apa jawatan dia - menghormati yang tua dan muda - menyebabkan saya selesa berborak dengan 'kaum tua' seperti dia
Dan, dakwaan dia itu sangat benar dan jitu. Walaupun saya sendiri masih mentah dalam mende2 macam ini, tapi saya sendiri pernah alami semua itu sejak 'aktif' dulu-dulu
Ketika itu, saya masih belum mengerti
Kerana saya tetap mengamalkan konsep husnudzon yang diajar oleh naqib ketika usrah
Maka, saya biarkan sahaja fenomena 'hero goreng pisang' ini
Kerana saya yakin, mereka telah penat bekerja di sebalik tabir, cuma kita sahaja tidak nampak apa kerja mereka
Tapi apabila orang besar sendiri mengeluarkan statement sebegitu, saya baru faham erti sebenar hidup sebegini
Waktu susah, semuanya sibuk
Waktu senang dan menang, ramai yang muncul entah dari mana
Waktu senang dan menang, ramai yang muncul entah dari mana
Malahan ada yang tanpa segan-silu, berlagak hero di hadapan orang ramai tatkala semuanya sudah tenang
Tapi, siapalah saya mahu menghukum
Lagipun, kemampuan kita semua berbeza dalam mentadbir jemaah
Cuma harapan saya, mari kita muhasabah diri
Apa sebenarnya kita dah buat dalam mencakna agenda jemaah?
Atau, kita hanya asyik melobi diri atau hanya menjadi hero 'goreng pisang'?
Jika dalam menghentam orang UMNO, kita paling awal menunjukkan suara kita
Jika dalam menentang kezaliman UMNO, kita paling hadapan berpencak silat
Tapi, dalam bersuara, kita lupa bahawa kita sendiri pun bersikap seperti mereka
Dalam berpencak silat, kita tak sedar dalam diam kita pun sama menzalimi orang lain
Lantas, apa bezanya kita dengan orang UMNO?
Apa ertinya konsep beramal kerana Allah yang diwar-warkan selama ini?
Di mana keikhlasan hati kita dalam berjuang?
Muhasabah balik diri kita semua...
Siapakah kita dalam perjuangan ini?
Adakah hanya yang tumpang glamor apabila kita sudah menang?
Atau mereka yang kepenatan bertarung dalam mempertahankan setiap agenda jemaah?
Atau, paling teruk, kita pula yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah?
Bukan berniat ingin menjatuhkan sesiapa
Bukan juga ingin mengaibkan mana-mana pihak
Cuma, adakalanya kasihan melihat teman seperjuangan yang sudah kepenatan dan tercedera
Tetapi, dalam masa yang sama, ada insan2 yang melempar batu kepada rakan yang sudah kepenatan
Ada lagi yang sanggup menambahkan luka rakan yang sudah cedera di medan berjuang
Dan ironinya, apabila sudah menang, apabila keadaan sudah tenang
Golongan duri dalam daging itulah adalah yang paling hadapan menonjolkan diri untuk menjadi hero goreng pisang
Golongan itu adalah insan pertama menjadi hero sanggar
Persoalannya di sini, bukan mahu membangkitkan isu hero sanggar
Tetapi, kapankah semua ini akan berakhir?
Bila kita akan kuat jika ada golongan sebegini?
Bila kita akan maju jika wujud golongan sanggar ini?
Kita mendambakan insan yang ikhlas berjuang
Bukan setakat menjadi sanggar di medan juang
Bukan juga ingin mengaibkan mana-mana pihak
Cuma, adakalanya kasihan melihat teman seperjuangan yang sudah kepenatan dan tercedera
Tetapi, dalam masa yang sama, ada insan2 yang melempar batu kepada rakan yang sudah kepenatan
Ada lagi yang sanggup menambahkan luka rakan yang sudah cedera di medan berjuang
Dan ironinya, apabila sudah menang, apabila keadaan sudah tenang
Golongan duri dalam daging itulah adalah yang paling hadapan menonjolkan diri untuk menjadi hero goreng pisang
Golongan itu adalah insan pertama menjadi hero sanggar
Persoalannya di sini, bukan mahu membangkitkan isu hero sanggar
Tetapi, kapankah semua ini akan berakhir?
Bila kita akan kuat jika ada golongan sebegini?
Bila kita akan maju jika wujud golongan sanggar ini?
Kita mendambakan insan yang ikhlas berjuang
Bukan setakat menjadi sanggar di medan juang
:: Wanita adalah tiang negara. Wanita adalah nyawa bagi seorang jejaka ::"Islam tidak melarang berkasih sayang, tetapi pengharaman sambutan Valentine menunjukkan tegasnya kasih sayang Islam buat seluruh manusia."
Renung2kan
Tidak salah memberi cinta
Selagi cinta subur buat pemilik cinta
Cintailah usrah, agar jemaah sentiasa segah
Agar terus istiqamah dalam berdakwah
Bak istiqamahnya sinaran matahari yang 11 tahun perjalanannya ke bumi
Sayangilah jemaah, agar masyarakat terus hidup dalam keindahan Islam
Bak hangatnya kasih baginda s.a.w. sebelum meninggalkan kita umat akhir zaman untuk meneruskan perjalanan di bumi
Say NO to Valentine's Day
Say YES to Maulidur Rasul
Say YES to Maulidur Rasul
一个温柔的词
已经打动我的心
一段情深深的
教我思念到如今
你去想一想
你去看一看
月亮代表我的心
Saya nak kawin !!!!!
Bila masing2 berebut untuk bergelar hero
Maka siapa pula yang akan menjadi zoro?
Maka siapa pula yang akan menjadi zoro?
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]
Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa
Good things come to those who wait
MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...

我想念你
我爱你
PAS for All
我爱你
PAS for All
Wassalam
:: Published completely on 15th February at 1:03 pm ::
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]
[Al-Asr]



1 ulasan:
As salam.
Izinkan akak guna ayat yg ada gambar nenek tua senyum itu dlm fb? ada makna perkataan itu..
tq
Catat Ulasan