Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]
Assalamualaikum你好
Alhamdulillah
Hampir sebulan di bumi asing
Selesai program kepimpinan pengawas sekolah di Tamparuli
Melayan kerenah budak2 yang masih suci, lega sikit kepala otak yang penuh penin-lalat
Melihat gadis2 sekolah yang masih comel, hilang serabut dengan perang Tenang+Sepanggar+Sabah
Menonton aksi2 budak2 tadika berhampiran, lupa seketika kepeningan hidup dunia yang penuh pancaroba
Melihat sungai Tamparuli yang besar, menyedarkan kepada kita betapa besarnya kuasa Allah
Sangat luas alam Allah ini yang masih belum diteroka
Terlalu banyak misteri dan persoalan yang masih belum terjawab dan terungkai
Hujung bulan ini, tiba sudah saat exhausted
Ada kerja sudah setel, ada yang masih dalam perjalanan
Ada yang terpaksa dilepaskan seketika, seperti seminar yang berjalan di semenanjung
Saya juga hanya ada 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Saya juga seperti manusia biasa, perlu rehat dan makan yang cukup
Memandangkan ada rakan yang mula 'mengesyaki' sesuatu, menyebabkan diri terpaksa perlahankan rentak
Supaya mereka tidak mengetahui masalah besar yang melanda diri
Mungkin lepas ni perlu 'holiday' seketika
Kerana teringat pesanan istimewa dahulukala, "Usah fikir banyak sangat hingga jejaskan diri sendiri."
Saya perlu menjaga diri demi masa depan dan insan2 yang bertakhta di hati
Tibalah masanya beruzlah dan melembabkan diri
Seperti zaman 'jahil' dulu2, ketika masih 'mentah' dalam arena berjuang
Mungkin akan hanya lebih aktif di arena menulis
Supaya semua hati dapat terjaga dari hasutan iblis dan permainan duniawi
Moga program kepimpinan itu berjaya lahirkan pemimpin Islam sebenar
Bukan pemimpin2 retorik, yang hanya berani menipu kanak-kanak, berani menindas orang tua, berani pijak orang tidak tahu, berani suap perut dengan sumber haram semata
Sebaliknya pemimpin yang lantang bersuara kerana agama, berani menegakkan isu tanah, hak kerakyatan, hak pemberian sama-rata dan hak peribumi di tanah air sendiri
Moga mereka berjaya menghentikan drama penjajahan senyap di tanah air sendiri
Insyaallah
======
] Bumi kita [
======
] Bumi kita [
======
Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Tidak boleh menghalalkan yang haram, dan begitu juga sebaliknya. Jika mahu buat perkara haram sekalipun, usah halalkan perkara haram itu hanya kerana kejahilan yang nyata. Tapi, jika sudah tahu itu haram namun masih dihalalkan, mungkin ada benarnya beruk lagi bijak dari sesetengah manusia di Bumi ini."Dia lah yang menciptakan langit dan bumi."
[Surah Ash-Shura : 11]
Saya sejak kecil, memang suka dengan alam
Tak kisah la sama ada alam batu, alam monyet, alam dinasour, alam tupai atau lain2
Mudahnya, saya lebih cenderung bercinta dengan alam
Itu pasal waktu kecil dulu2, saya rajin juga selamatkan kumbang2 yang lemas di bilik air, kelawar2 di dalam tandas, dan labah2 yang kepeningan dalam singki dapur
Walaupun adakalanya kena gigit dengan kelawar, tapi asalkan dapat melihat kelawar itu terbang bebas keluar rumah
Saya rasa lega, kerana lepas sudah satu amanah buat diri
Cuma satu je makhluk yang tak pernah lagi saya selamatkan - lipas
Kerana sejak kecil sudah alergik dengan makhluk pantas tu

Masuk alam belajar, lebih kepada percintaan dengan kucing
Banyak juga kucing2 liar yang jadi kawan saya
Kucing2 kurap pun ada juga
Kerana bagi saya, waktu jahil2 dulu, kucing ni ada 6th sense
Bukan dia ibarat bomoh yang boleh meramal masa depan
Tapi dia seolah-olah tahu sama ada kita mahu pukul atau belai dia
Dia seolah-olah tahu kita ni spesis manusia yang bahaya atau tidak
Dia seolah-olah tahu kita ni mahu khianat dia ataupun beri friskis
Tapi sejak sibuk di perantauan
Sejak banyak perkara kena fikir selama 4-5 tahun ini
Sejak kehilangan banyak kucing2 tersayang
Sudah kurang bercinta dengan kucing
Kerana cukuplah kesakitan pemergian kucing2 berakhir di situ
Tak berbaloi sedih/menangis hanya kerana pemergian kucing-kucing tercinta
Kerana tangisan ini lebih bernilai buat agenda perjuangan yang lebih besar
Itulah serba sikit sejarah hidup
Dan hingga kini saya masih tetap bercinta dengan alam
Dan rela berpisah dengan cinta insani jika komitmen dengan makhluk alam itu lebih utama

[Edited dari Al-Qarni : Pengalaman adalah guru terbaik]
Berbicara soal alam, kita sentuh pasal bumi ini
Kadangkala saya sendiri hairan, apa manusia mahukan dari Bumi ini?
Tidak cukupkah dengan bekalan oksigen dan tapisan sinar UV buat manusia?
Apa kita mahu, hingga sanggup rosakkan Bumi?
Cuba tengok tepi kita, ada sahaja sampah-sarap bersepah
Persoalannya bukan setakat sampah bersepah, tetapi ke mana sampah itu akan dibuang?
Terutamanya sampah yang tidak terbiodegradasi, sudah tentulah sampah2 itu akan menjadi punca kepada pencemaran yang berpanjangan
Seperti plastik, bekas PVC dan polisterin
Semua itu mungkin mengambil masa 100 tahun untuk dilupuskan !!
Cuba tengok di atas kita, ada asbestos siling yang warna putih
Jika dibakar, asap bakaran itu akan menjadi punca kanser jika kita hidu secara berterusan
Jika dibuang ke laut, haiwan marin akan mati kesesakan dan tercekik jika termakan kepingan asbestos ini
Jika dibuang di hutan, kualiti tanah akan berkurang, mungkin keasidannya bertambah dek pereputan asbestos ini, yang akhirnya tumbuhan di situ juga turut terancam
Tak bahaya ke semua ini?
Bukankah semua ini ibarat membunuh diri sendiri?
Okey, bukan saya suruh kita semua pasang khemah tarzan kononnya untuk 'natural'
Persoalannya sekarang, mengapa kita menambah lagi kehancuran semua ni?
Kenapa kita masih menjahanamkan bumi ini dengan sengaja, sedangkan kita sudah menjahanamkan bumi ini kerana terpaksa dengan keperluan manusiawi?
Jika terpaksa itu boleh dimaafkan, seperti kepingan asbestos untuk dijadikan siling rumah
Tetapi bagaimana jika dengan sengaja, seperti membuat pembakaran terbuka dan penyebaran sampah-sarap di sana-sini?
Paling mudah, kita sentuh asap rokok
Okey kawan2, kita semua sedia maklum merokok itu merosakkan perokok
Dan asap rokok itu membunuh 2 kali ganda buat yang menghidu
Tetapi kita masih hisap, seperti tak sedar semua itu, tak takut dengan ancaman diri sendiri
Atau, jika tidak sekalipun, bagaimana dengan keselamatan insan2 lain dek asap rokok itu?
Saya kadangkala rimas, kecewa pun ada, apabila berhadapan dengan perokok di kedai makan
Apakah kedai makan itu mempunyai alibi untuk kami menghidu asap rokok? Sedangkan kami tidak tanda apa2 petisyen menyokong kempen bunuh diri itu?
Cuba bayangkan, asap itu menghakis peparu, jantung, trakea kita
Dan, perlahan-lahan, nikotin itu melekat di trakea kita, meresap ke dalam hidung kita
Membunuh sel-sel di peparu kita, memusnahkan sistem dalam badan kita
Yang akhirnya, kita jadi seperti alien, kerana banyak sistem manusiawi kita terjejas dek rokok sahaja
Lantas, apa bezanya kita dengan alien di saat kita sudah tiada sifat manusiawi?
Itu baru sentuh soal rokok
Belum lagi sentuh soal asap keretanya, CFCnya, 'aircond'nya, pembangunan dan pembalakan haram lagi
Dan jika hujah panjang, itu atas pendirian masing2
Saya juga malas hujah panjang, kerana sistem ekonomi negara kita sendiri pun agak 'bijak' menghalalkan rokok dan perkara-perkara haram lain
Apa faedahnya kempen dibuat merata-rata jika kepala atasan pun masih bebal dengan semua ini?
Apa faedahnya bising2 selamatkan bumi jika orang2 atasan masih bodoh dalam menterjemahkan semua itu melalui praktikal yang sebenar?
Apa faedahnya bising2 selamatkan bumi jika orang2 atasan masih bodoh dalam menterjemahkan semua itu melalui praktikal yang sebenar?
Takutlah dengan Allah, penguasa segala alam
Dia Raja kita, Dia ketua kita
Jika segala hal haram masih berterusan, tunggulah azab Allah turun
Waktu itu, mungkin agaknya baru kita tersedar alam ini semua adalah hak Allah
Baru tersentak seketika, bahawa bumi ini amanah Allah buat kita semua
Dan kapankah waktu itu, baru mahu bertaubat?
Hentikan retorik, baru kita boleh realisasikan semua itu
Saya hanya ikan kecil, dan usaha mana termampu sahaja
::: Save our Earth :::
=======
] Death-Pain [
=======
] Death-Pain [
=======

Di sebuah mukim, di daerah Ranau
Ada sebuah kampung, agak pedalaman
Di situ, ada sungai
Airnya sejuk, berbatu dan tidak terlalu dalam
Ada beberapa kanak-kanak berlari keseronokan di tepi sungai
Ada juga gadis2 kampung sedang membasuh pakaian di situ
Kemudian, muncul sebuah kereta pacuan empat roda, D-Max 4.0
Kanak2 memerhatikan kereta itu dari jauh
Perlahan2 menelusuri kawasan kampung itu yang berbukit, kereta itu parkir di tepi sebuah rumah
Kemudian, enjin dimatikan
Pintu kereta dibuka, muncul beberapa kaki turun dari kereta itu
Tiga orang lelaki
Ya. Tiga orang.
Dan ada seorang masih duduk di dalam kereta. Mungkin bos, atau ketua kepada mereka semua.
Tiga orang itu bertemu dengan ketua kampung itu, berbincang sesuatu
Setelah agak lama, lelaki di dalam kereta turut bersuara
Lantas dia keluar dari kereta itu
Seorang lelaki 'hebat', berpakaian kot hitam, memegang beg hitam di sisi
Wajahnya kurang kacak, agak berisi, dan hitam manis
Perbincangan diteruskan
Dan, kanak2 itu terus mandi di sungai
Walaupun dalam hati mereka, agak berdebar dengan kehadiran lelaki-lelaki asing itu
Gadis2 pula, sudah siap membasuh baju
Kini sibuk menyidai pakaian, sebelum menuju ke rumah masing2 untuk meneruskan agenda masakan tengah hari
Dari kejauhan, kanak2 itu terdengar sesuatu yang kurang difahami dari mereka yang berbincang, berbunyi :
"Syarikat.....geran.....autoriti.....untung.....projek 5 bilion......perjanjian...."
Dan, mereka terbayangkan FunFair dan wayang Ultraman di sebalik perbincangan itu
Kerana mereka belum memahami "Isu tanah" dan "Penipuan glokal."
"Janganlah kamu berputus asa pada apa yang hilang dari tangan kamu dan jangan merasa bangga terhadap apa yg diberikan Allah kepada kamu."[Al-Hadid : 23]
Minggu ini, ramai orang jatuh
Saya tak pasti sama ada waktu orang 'down' ini hanya bermusim, atau setiap masa akan bertemu sahaja orang yang 'down'
Tetapi kalau saya, jarang juga 'down' sejak akhir2 ini
Kerana sejak pernah 'down' tahap gaban dulu2, saya semakin 'hilang hati' untuk down
Kerana tiada ertinya down jika menyeronokkan musuh2 saya
Tiada ertinya down jika kerja tak jalan, malahan menjadi bara buat orang lain
Jadi, sekarang ni saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan
Malahan dalam soal 'down' sekalipun saya perlu timbal-balik sama ada mahu zahirkan 'down' itu ataupun tidak
Kerana bimbang akan ada yang ambil kesempatan atas ke'down'an saya seperti dulu
Bimbang akan muncul lagi tafsiran2 bengong dari insan yang tak mengerti situasi dalam diri ini
Maka, kini orang semakin sukar untuk membezakan sama ada saya sedang 'down' atau sedang hepi
Biarlah rahsia
Hanya buat mereka2 yang memahami sahaja tahu 'status' diri ini 'down' atau 'rilek'
"Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berTAUBAT dan membersihkan diri (zahir dan batinnya)"
[Al-Baqarah : 222]
[Al-Baqarah : 222]
Berbalik kepada 'down', buat mereka yang 'down'
Ingatlah, anda tidak keseorangan
Belajar dengan alam, paling mudah - sungai
Jadi macam sungai
Jika ada batu menghalang, dia belok ke kanan atau kiri
Jika ada tembok menutup laluan, dia akan memenuhi kawasan dan melimpah
Jika ada lubang, dia akan tutup lubang2 itu
Jika ada kotoran, dia akan sapu bersih kotoran itu hingga ke hujung
Jika ada kaki yang memijak tanah sungai, mereka perbaiki bekas kaki di tanah itu
Mereka tetap bersatu untuk satu arah yang sama
Mereka tetap mengalir walaupun dipijak oleh manusia
Mereka tetap bersatu walaupun adakalanya terpisah sementara dek halangan fizikal
Mereka tetap menjaga kawasan itu dari kotoran sampah walaupun mengambil masa
Akhirnya, mereka tetap mengalir ke destinasi
Kuncinya - sabar + tenang
Itulah bezanya orang yang kuat iman atau tidak
Itulah bezanya orang mahu berjaya atau tidak
Itulah bezanya orang hidup beragama atau tidak
Dan paling penting
Itulah bezanya antara orang yang berTuhankan Allah atau selain dari itu
Normal adakalanya kita buntu dengan solusi
Kebuntuan itu menyebabkan ada yang stress dan serabai
Kerana seperti tersekat, tersangkut, tiada daya mahu buat apa-apa
Lalu, tika saat itu, berhentilah memikirkan solusi andainya itu di luar kuasa anda
Waktu itu, setelah anda berusaha, berserahlah kepada Allah Maha Memberi, pemberi segala solusi
Usah memaksa diri andai memakan diri
Waktu buntu itulah masanya yang paling sesuai untuk kita hubungi Allah selalu
Untuk semak medan kebergantungan kita kepada Allah, sama ada masih longgar atau masih mesra seperti dulu
Jika sudah berusaha, positifkan hasilnya dengan Allah
Jika tidak berusaha, bersedialah dengan hasil yang negatif
Tapi, usah pula terlalu extreme dalam mengharap andai sudah berusaha habis
Kelak akan timbul gejala memberontak dalam diri, yang akhirnya menyebabkan anda kufur nikmat lain yang diberi Allah
:: Power is knowledge. Money is time. Power needs money ::
"Mari tuntut ilmu, buang sikap retorik dengan amanah ilmu."
Andai masih mahu stress, keluarlah, berjalanlah, kembaralah, belajarlah
Banyak lagi belum kita jumpa di dunia ini
Masih ramai manusia dan makhluk alam perlukan khidmat kita
Maka, usah membuang masa dengan stress dengan sesuatu yang tidak pasti
Kerana itu ibarat membunuh diri walaupun anda makan nasi yang cukup hari-hari
Andai tidak boleh kembara, maka berjalanlah
Andai tidak boleh berjalan, maka keluarlah
Andai tidak boleh keluar, maka bacalah
Andai tidak boleh baca, maka renunglah
Andai tidak boleh renung, maka zikirlah
Andai tidak boleh zikir, maka rugilah
Kerana praktikal zikir itu amatlah luas
Jika kita mengerti konsep muraqabah yang diajar oleh Islam
Terlalu ramai manusia celaka dalam dunia ini yang perlu dibanteras
Terlalu banyak kejadian seleweng dalam dunia ini yang perlu dibongkarkan
Terlalu banyak penipuan manusia yang perlu dijernihkan
Terlalu ramai kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman mereka yang rakus
Terlalu ramai gadis cun menjadi bahana lelaki2 keparat
Terlalu ramai manusia yang dahagakan ilmu agama sebenar dek banyaknya ustaz2 retorik
Lantas, wajarkah kita masih nak terkurung dalam penjara tensen yang tak sudah?
Kita ada pilihan, sama ada mahu terpenjara atau bebaskan diri
Pilihan di tangan kita
"Jika seorang hamba berdosa, noda-noda hitam akan mengotori hatinya. Namun, jika dia bertaubat, maka hatinya bersih kembali."
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]*
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]*
Ingatlah teman, mati itu benar
Sama ada orang itu celaka atau bahagia, tetap akan mati
Sama ada orang itu bagus atau rakus, tetap akan mati
Sama ada orang itu femes atau pencacai, tetap akan mati
Sama ada orang itu hensem atau hodoh, tetap akan mati
Semuanya akan dijemput oleh mati satu hari nanti
Mati, tetamu yang amat dibenci
Semua orang benci tetamu bernama 'mati'
Kerana itu ada manusia tidak mahu menjemput mati ketika meraikan harijadinya
Kerana itu ada pegawai tidak mahu senaraikan mati ketika sambutan kenaikan pangkatnya
Kerana itu ada pemimpin tidak calonkan mati sebagai pengganti kepada kuasanya
Kerana itu ramai orang amat kurang panggil mati dalam apa jua acara
Kerana kita amat bencikan mati
Tetapi, walaupun ramai bencikan dia
Dia tetap akan jemput kita, ziarah kita, walaupun kita asyik menghalau mati
Dia sentiasa hubungi kita, bertemankan malaikat maut yang setia di sisi
Maka, ceriakan hidup anda
Bukan dengan berjoget atau menambah dosa
Tapi, mengikut garisan yang Islam ajar
Usah terkurung dalam penjara 'down' dan tensen yang mematikan diri
Tetapi bersedialah untuk mati, supaya hari-hari seterusnya lebih bererti
Sampai bila kita mahu dijajah di tanah air sendiri?
Teruslah berjuang, kami rindukan suara kalian
Bergemalah ke seluruh Sabah, wahai anak bumi Sabah !
"Choose the best, not the beast. Vote for the right, not the fright."
Selamat mengundi
Lindungi Johor dari kebangsatan
Selamatkan Malaysia
Jaga Bumi kita
*Rujuk kepastian sumber hadis
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]
Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa
Good things come to those who wait
MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...

我想念你
我爱你
PAS for All
我爱你
PAS for All
Wassalam
:: Published completely on 28th January at 2:31 am ::
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]
[Al-Asr]



Tiada ulasan:
Catat Ulasan