Ceramah

Ahad, 16 Januari 2011

Mom-rice

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia


Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


17 Januari yang tinggal kenangan


Tekanan tesis, akademik, meeting dan kerja berat
Ditambah dengan kepenin-lalat membiasakan hidup 4 alam

Diri terpaksa melepaskan rindu dan lelah seketika di tepi laut - ODEC
Mengimbau kenangan2 silam

Di kala waktu kesedihan melampau, tempat ini menjadi tempat beruzlah
Di kala waktu kekecewaan teramat, laut ini tempat merenung kebesaran Allah

Di kala ditikam insan yang dengki, di kala dirosakkan oleh manusia yang rakus
Di kala dijatuhkan oleh musuh, di kala dikhianati oleh insan kita percaya

Laut ini tempat mencurah rasa, tempat diri melepaskan rasa terpendam di hati
Kerana saya tiada cewek untuk berbalas SMS berkongsi rasa dan motivasi

Cewek yang saya ada, hanyalah opah yang tidak faham alam bioteknologi, emak yang kurang memahami mehnah sosio-politik, dan adik yang tidak memahami hidup amanah seorang lelaki

Bersama Nasir, berkongsi sikit pengalaman lampau

Satu turning-point
Masing2 ada pengalaman sedih tersendiri
Masing2 ada masalah sendiri
Masing2 ada trauma yang menghantui diri

Bezanya solusi dan respon kita terhadap semua itu
Sama ada mahu mengekalkan momentum lama atau paksa diri bangkit lebih jauh
Sama ada mahu terus bersedih atau buat revolusi yang sesuai buat diri
Sama ada mahu terkurung dalam penjara trauma atau let-go sahaja semua itu

Pilihan di tangan kita...


Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari

Insyaallah


======
] Rice-talk [
======

::: Target point :::

Di atas langit, terpasaknya langit tak bertiang
Di luar bumi, kelihatan bulan tanpa pemegang
Di tepi gunung, hutan hijau tiada siapa menjaga
Di hujung tanah, ada laut yang mega-luas
Di tengah jalan, ada sungai yang beralun segar

Semuanya ada kepentingan masing2
Tiada satu pun diciptakan dengan sia-sia

Walaupun hanya seekor lipas yang kotor, tetap berguna untuk menghasilkan ubat masa akan datang
Walaupun hanya lalat yang bising, tetap berguna untuk pakar forensik menentukan status mayat

Cuba lihat di langit, burung2 terbang tinggi dan seronok berkicau
Pernahkah mereka menyakiti makhluk lain?
Jika ada, mungkin cacing tanah untuk sumber makanan
Atau, cermin kereta yang menjadi mangsa sasaran 'baja'

Cuba pandang ke dasar laut, ikan2 pelik dan beraneka warna
Pernahkah mereka bertukar warna dan rupa?
Jika ada, mungkin ikan buntal untuk keselamatan diri
Atau, ikan salmon (agaknya) untuk adaptasi dalam cuaca tertentu

Dengan kombinasi kesemua flora dan fauna ini
Kita semua kekal hidup

"Life isn’t about how much u have, how long u get, but it's more about what u give."

Antara salah satu sumber kehidupan kita semua untuk kekal hidup - nasi

Walaupun nasi itu kita kunyah, ada yang makan tak habis, ada yang biarkan ianya basi
Tetapi nasi itu sumber hidup

Kalau tiada nasi, apa kita mahu makan?
Khususnya di Malaysia dan Asia yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji

Adakah mahu makan sosej? Burger? Sushi? Marshmallow?
Saya jamin, sebulan sudah cukup untuk memuakkan kita dengan makanan selain nasi

Dan kerana itulah, jika boleh, kita perlu hargai nasi, cuba habiskan dan usah biarkan ianya basi begitu sahaja

Tambah2 jika nasi itu hasil masakan ibu, opah, dan isteri
Kerana ada keberkatan istimewa dari air tangan mereka
Tambah2 jika yang memasak itu seorang yang solehah

Berbalik kepada nasi, asal usul nasi, bagaimana proses nasi dan lain2

Nasi berasal dari padi, semua orang tahu fakta ini

Tapi kita tahu tak, nasi di Malaysia tak sama dengan nasi di negara lain?
Iklim berbeza menjadikan rupa nasi itu variasi

Ada yang lebih berlemak, ada yang lebih protin, ada yang besar seperti emping jagung, ada yang warna merah dan lain2

Maka, kaedah masak juga berbeza

Kerana itu negara Jepun menjadikan beras itu sebagai elemen dalam membuat sushi, kerana beras itu kurang sesuai ditanak, ada jenis lain bergantung kepada kawasan di Jepun
Ada kawasan padi di Jepun, berasnya lebih sesuai untuk membuat sushi, dan ada yang sesuai untuk membuat bubur, dan ada juga yang ditanak.

Sama juga seperti di Eropah, dengan iklim sejuk dan 4-musimnya, maka beras mereka ada pelbagai warna, dan bukan dijadikan makanan seperti nasi. Sebaliknya, beras itu dijadikan sebagai biskut atau kuih, dan jika perayaan tertentu, ada juga dijadikan pulut. Walaupun mereka menanam padi, namun beras ini bukanlah makanan ruji buat mereka, kerana faktor iklim membatasi penanaman padi secara meluas.

Jika kita pergi ke Afrika, untuk sesetengah negara, khususnya Guinea dan Somalia, di mana rakyat negara itu kebuluran dan kurus kering, maka ada nasi khas dicipta oleh pihak UNICEF untuk mereka. Nasi transgenik ini adalah nasi yang berlemak, lebih protin, yang ditanam di negara mana sudah lupa, dah dihantar ke negara kebulur itu untuk 'menggemukkan' dan 'menyihatkan' mereka.

Walaupun kita semua sedia maklum UNICEF dan WHO ini hanya dalang retorik di sebalik platform PBB, yang bertopengkan puak2 celaka seperti Amerika-Rusia-Israel dan entah apa lagi, sekurang-kurangnya mereka ada juga 'hati' membantu golongan2 kebulur itu (itu pun jika media tidak menipu fakta).

Lagipun, sekurang-kurangnya, mereka tolong juga orang walaupun tidak ramai mereka menganut Islam.

Okey, sentuh pula cara penanaman padi

Memandangkan iklim tidak sama, maka sudah tentu cara tanam pun tidak sama, bergantung kepada iklim setempat

Jika di Cina contohnya, di kawasan tanah rendah dan lembap, mereka menanam padi dan menternak ikan
Ikan itu sebagai bekalan ke-2 selepas nasi

Antara fungsi ikan itu ialah, dia makan belalang dan serangga perosak yang lain
Maka, secara automatik, ikan itu menjadi penjaga kepada padi
Tetapi satu kelemahannya ialah, apabila tiba musim kering, mereka tidak boleh mengairi kawasan itu dengan air
Maka, risiko ikan mati juga perlu diambil perhatian
Dan kerana itu, musim kering juga akan menjadi musim 'menuai' ikan di sawah, supaya mereka tidak rugi

Jika di Malaysia, kita ada sistem menuai 2 kali setahun, kerana apa? Pandai2 la cari sendiri

Maka, itulah serba-sikit cerita padi

Dari DNA yang menghasilkan sel tumbuhan
Dari sel itu berkembang kepada organ2 padi
Yang akhirnya membentuk pokok padi

Kemudian, kita dapat manfaat dari padi
Burung2 makan dari padi
Serangga2 kecil makan dari padi

Dari itu, ikan menjadikan serangga padi sebagai makanan utama
Dari itu, burung karnivor melahap rakus ikan yang menjaga padi

Dan, padi membekalkan oksigen buat semua makhluk hidup

Seluruh dunia tahu apa itu padi
Bezanya hanya sama ada menjadi makanan ruji, atau hanya digunakan sebagai sampingan, atau hanya ketika sambutan perayaan tertentu

Resmi padi, makin berisi makin tunduk

Padi, satu dunia kenal dia, satu dunia perlukan dia
Tapi, dia tetap tunduk

Tetapi, kepada siapa padi tunduk?

Sudah tentulah kepada Tuhan kita semua
Tanpa aturan Tuhan, padi itu takkan berfungsi
Padi itu tidak mampu menjadi sebuah padi jika bukan Allah yang takdirkan dia begitu

Maka, kita yang manusia ini
Jadilah macam padi
Hargailah padi

Tanpa padi, apa kita nak makan?



::: Love the nature :::


========
] Paddy-man [
========

Kerana ego, manusia hancur
Kerana degil, manusia musnah
Kerana sombong, manusia rosak
Kerana sum'ah, manusia rugi


Di sebuah taman, ada seorang lelaki
Berumur lingkungan 30-an, seorang pelajar

Dia pulang dari kerja sambilan

Pintu rumah dibuka, kelihatan 5 kanak-kanak kecil menyerbu ke arahnya
Bajunya ditarik2, lengannya direntap, ada juga yang cuba memanjat belakang badan lelaki itu

Ada yang meminta coklat
Ada yang meminta buku
Ada yang meminta game
Ada yang meminta kek
Ada yang meminta 20 sen

Beg yang digalas lelaki itu, perlahan-lahan diletakkan di atas kerusi
Dengan tenang, dia tersenyum memandang wajah kanak2 itu yang penuh seribu harapan

Lelaki itu berkata, "Adik duduk dulu. Dalam beg ni, ada banyak barang. Tapi sebelum itu, kita dengar cerita dulu sebelum ambil cenderahati dari abang ni. Amacam?"

Kanak2 itu semua menurut perintah, duduk bersila di hadapan lelaki itu, sebelah-menyebelah

Perlahan-lahan duduk di kerusi, lelaki itu memulakan bicara.

"Kali ini, kita cerita sang kancil. Adik2 pernah baca cerita sang kancil?"

Semua menjawab serentak, "Pernah. Sang Kancil tu licik, baik, tapi adakalanya dia pun nakal juga, tipu orang untuk kepentingan diri."

Lelaki itu bersuara lagi; "Okey, kali ni abang taknak cerita sang kancil yang kuno, penuh kepalsuan moral, hanya berbentuk stereotaip dan redundan yang sama. Kali ni, kita cerita pasal sang kancil millenium pula. Mahu tak?"

Walaupun kurang faham maksud millenium, namun masing2 menjawab serentak, "Mahu!!"

"Okey, semua pejam mata dulu." Arah lelaki itu

Kanak2 itu menurut sahaja, sambil mendongak ke langit dan menutup mata.

Lelaki itu memulakan cerita..

Di dalam sebuah hutan, yang dikenali sebagai hutan amazon, ada seekor sang kancil.

Kancil jantan, namanya Sufyan. Dia lebih dikenali sebagai Pian oleh seluruh rakyat hutan.


Satu hari, dia mahu makan dadih. Lantas, dia pergi ke pokok epal untuk mendapatkan dadih.

Dek kejahilan dirinya sendiri, tidak tahu cara dadih dimasak, maka dia hanya menunggu epal itu menjadi dadih epal.


Dia tunggu, dari seminggu, hingga sebulan, epal itu tetap merah dan ada yang dimakan ulat.

Kemudian, seekor lebah menegur Pian.

"Halo bro. Dari bulan lepas saya usha kamu duk bertenggek kat pokok ni je, apehal? Kamu berkabung ke apa?"

Si kancil menjawab jujur, "Aku nak makan dadih."

Lebah hairan. Sambil mengibas2 kepaknya, dia bertanya, "Apa pulak dadih? Kamu tunggu penjual dadih ke? Sekarang musim hujan, jarang penjual dadih lalu sini sudah. Mungkin mereka sibuk dengan kempen PRK Dun Tenang."

Pian, kelihatan marah sikit, menjawab mendatar, "Aku tunggu epal ni jadi dadih la !"

Lebah semakin hairan. Sudahla dia dimarah, tapi mahu ditegur, takut dimarah lagi teruk. Akhirnya lebah berlalu pergi setelah mengucapkan, "Maaf. Sori2. Saya tak tahu pula dadih boleh tumbuh di pokok. Apapun, selamat makan dadih ye. Assalamualaikum."

Masuk bulan ke-4, Pian setia menunggu. Penungguan itu menyebabkan timbul isu di kawasannya, khabar angin mengatakan Pian sedang dilamun cinta dengan Piah, seekor landak yang berbeza jantina dengannya. Tidak lama lepas itu, muncul Cik Kokci, seekor lipas. Dia cuba menegur Pian yang semakin pelik saban hari.

"Assalamualaikum bro. Apa cerita?" Kokci memulakan bicara dengan salam sebagai tanda dia beragama Islam.

Pian menjawab, "Sihat je. Ko nak makan dadih tak?"

Kokci respon, "Mau. Tapi, saya lebih suka makan dadih di kedai mamak. Kedai mamak tu banyak dadih sedap."

"Yeke? Awat tak gitau dari dulu. Buang masa je tunggu sini. Epal ni apsal entah lambat benar tukar jadi dadih. Kalau macam tu, jom kita serbu kedai mamak je." Pian gembira dengan jawapan itu

Walaupun kurang arif dengan cara membuat dadih, namun Kokci dengan tenang, memberi penjelasan yang berunsur tambahan dan penipuan fakta,
"Pian, dadih itu bukan dari buah. Walaupun ada sesetengah dadih itu perisa buah, namun biasanya perisa itu hanyalah hasil gabungan ester dan pewarna untuk memberi rasa buah tertentu. Seperti contoh, perisa oren adalah dari perisa buatan berkod EC550721. Dan, cara buat dadih juga bukan begini. Caranya ialah memasak air panas dalam 400 mL, 10 sudu besar gula, dan 100 gram esen dadih yang dibeli dari kedai. Kemudian, campurkan semua itu, biarkan menyejuk, maka jadilah dadih."


Pian tersentak seketika. Dalam otaknya ligat berfikir, untuk menutup malu. Akhirnya, dia bersuara,
"La yeke? Sebenarnya aku dengar semua ni dari member aku. Tak sangka pula dia tipu aku buta2 macam ni."


Kokci sekadar diam. Tidak respon apa2.

"Hah...begitulah sedikit cerita, untuk adik2." Lelaki itu menamatkan cerita.

Kanak2 tadi, terpinga2, antara kagum dan seronok, tersenyum sesama sendiri.

Kemudian, pintu rumah dikuak, ada orang masuk. Salah seorang dari kanak2 bersuara, "Eh, mama sudah balik. Mama sudah balik. Yeye."

Semua meluru kepada ibu mereka, kerinduan setelah seminggu tidak bertemu kerana ibunya outstation seminggu.

Lelaki itu, menghela nafas, lega. Setelah menjinjing begnya yang hanya ada resit kedai runcit, dia meninggalkan rumah itu sembunyi-sembunyi, bimbang kanak-kanak itu tuntut permintaan mereka di awal cerita.

Lelaki itu meneruskan perjalanannya yang tidak pasti
Tidak tahu bila ia akan kembali menjenguk kanak2 itu
Kerana lelaki itu tiada apa-apa, kerana dia hanya lelaki biasa

Kerana ilmu, kita bertelagah
Kerana pangkat, kita bergaduh

Kerana harta, kita berbalah

Kerana dunia, kita sengketa tak sudah


Hidup kita ini adalah amanah
Amanah berbentuk anugerah

Amanah itu ibarat bara api

Jika kita lepaskan, ianya akan terpadam di lantai, terbiar sendiri tanpa ada siapa mahu mengambil kembali. Jika ada sekalipun, mungkin bara yang baru, dan nyalaan bara itu mungkin sudah kurang panas dari yang asal, mengambil masa untuk panas kembali seperti dulu

Jika kita lalaikan, ianya akan membakar orang yang berdekatan dengan kita, insan2 yang kita sayang, insan2 yang menjadi alibi buat hidup kita, insan2 di bawah amanah kita, mereka yang di bawah tanggungan kita.

Jika kita genggam erat, ianya akan membakar diri dan menyakitkan tangan yang menggenggam, hinggakan akhirnya melarat hingga ke tangan, siku dan otak, kerana kesakitan bara itu turut melalui sistem impuls, memberi ransangan tentang erti sakit ke seluruh tubuh badan.

Pilihan kita sama ada mahu membakar diri, atau orang lain, atau biarkan ianya pergi

Kerana itu lah, siapa yang ada amanah ini, sebelah kaki sudah mahu masuk Neraka

Tambah2 lagi jika jadi pemimpin, kerana dia perlu usaha untuk selamatkan orang bawahan dia dari api Neraka, bukan sama2 mengajak lagi ke Neraka.

Jika dia sendiri mengajak ke Neraka, maka sama-sama nanti kena jawab di dalam kubur atas kecuaian diri selama hidup

Orang bawahan akan dipersoalkan kenapa biarkan diri dipimpin orang untuk ke Neraka?
Pemimpin pula akan dipersoalkan kenapa khianati amanah itu untuk menarik orang lain ke Neraka?

Seorang pemimpin, penelitian khusus perlu diambil sebelum dilantik
Agar pemimpin betul2 dilantik, bukan pemimpin yang menjahanamkan lagi orang lain

Lihat bagaimana Khalifah Umar memimpin, sanggup berjalan malam untuk memantau kebajikan rakyat bawahannya

Lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar memimpin, tetap tersenyum di kala orang melontarkan caci-maki kerana kelemahan pimpinannya

Seorang pemimpin, bukan dengan mudahnya menyalahkan orang lain demi menyelamatkan diri. Kerana seorang pemimpin perlu meletakkan dirinya dalam risiko, bukan meletakkan dirinya dalam zon selamat.

Kerana itulah, pemimpin lebih digalakkan seorang lelaki, kerana lelaki ada kekuatan akal dan ada maslahat dan advantage lain yang lebih banyak untuk memimpin.

Jika pemimpin pun emosi tak bertempat, bagaimana mahu meletakkan dirinya dalam keadaan yang penuh risiko dan bahaya?

Jika pemimpin pun mahu bergaduh dan bertekak hanya kerana aiskrim 40 sen, bagaimana dia mahu menyatukan semua orang di bawah jajahan takluknya?

Jika pemimpin itu sendiri asyik menghasut dan mencanang cerita orang lain sahaja, bila masa pula dia mahu berdiam diri dan menghisab diri di hadapan Allah dek kecuaian amanahnya selama memimpin?

::: Virus CDK :::

Cemburu itu perlu ada, agar kita sama2 motivasikan diri, seperti cemburu pasangan suami-isteri agar mereka sentiasa kekal untuk bercinta


Dengki itu tidak wajar, kerana ianya memusnahkan diri kita dan merugikan, seperti dengki 2 anak Adam hingga bermusuh dan berbunuhan


Khianat pula sangat terkutuk dan keji, kerana ianya memusnahkan habis diri kita dan orang lain, seperti keruntuhan masyarakat yang sedang membangun sekarang



Hidup ini adalah satu medan politik
Walaupun tiada portfolio
Walaupun tiada sijil
Kita semua ada jawatan tertentu

Jika seorang ayah, jadilah ayah yang sebenar
Jika seorang suami, jadilah suami yang sebenar
Jika seorang ibu, jadilah ibu yang sebenar
Jika seorang isteri,
Jika seorang anak,
Jika seorang guru,
Jika seorang murid,

Dan, jika seorang rakan, jadilah rakan yang sebenar
Bukan kita pula jadi penghasut dan menyebabkan sesama rakan bermusuh
Dan, bukanlah seorang rakan itu membiarkan rakannya dalam kesusahan. Tidak membantu itu bukan satu masalah, tapi yang menjadi persoalannya ialah tindakan menambahkan lagi luka si rakan yang sudah kesakitan itu

::: Jangan marah :::

"Marah itu dari api. Jika marah, ianya akan membakar dirimu yang comel itu. Maka, tenangkan diri walaupun kamu sedang berhadapan 1000 kebangsatan manusia yang marah, kerana itu menyerlahkan kecomelan+kecoolan dirimu."

Mesej dari mak tempoh hari, melegakan sedikit hati yang gundah
Sekurang-kurangnya, dia sudah 'tidak merajuk' dek kedegilan anaknya menongkah hidup yang diselubungi manusia yang penuh rakus di sana-sini

Hati ibu mana tak risau membiarkan sahaja anaknya 'liar' dan dalam keadaan 1000 bahaya
Tetapi adakah pilihan lain selain dari semua ini?

Kerana itu lumrah akhir zaman, apabila kita dikerumuni ramai manusia yang hanya hebat berbicara
Hanya hebat beraksi di pentas meeting dengan pelbagai idea menarik dan bernas
Tapi akhirnya orang sama juga 'terpaksa' menjadi 'perajurit' walaupun orang itu bukanlah kuat mana

Tambah2 apabila diselubungi fitnah, dibenci rakan sendiri dek salahfaham yang tak sudah
Hati kecewa, hanya Tuhan yang tahu
Persahabatan yang dipupuk beberapa tahun, hancur hanya dek hasutan beberapa hari

Pedih, sakit
Tapi kerja kena setel juga
::: Tank idea :::

Seseorang itu kelihatan hebat apabila dia berbicara. Pelbagai idea dan pendapat bernas dikeluarkan di dalam dewan bicara

Tetapi, seseorang itu lebih hebat jika dia laksanakan juga apa yang dicadangkan, bukan sekadar memberi cadangan, tetapi dia juga turun padang untuk realisasikan cadangan itu


Kita tidak akan boleh lari dari fitnah Islam
Bohonglah jika ada mendakwa bahawa sudah bebas dari fitnah

Untuk aspek peribadi, mungkin ada yang terlepas
Tapi untuk aspek agama kita, sudah tentu semua terpalit sekali
Kerana kita sudah lama menjadi permainan fitnah2 ini
Sama ada permainan musuh2 Islam terdahulu atau yang kini

Kita masing2 ada saham untuk semua itu

Sama ada kita menjadi punca fitnah
Atau memberi fitnah
Atau menyebarkan fitnah
Atau menggalakkan fitnah
Atau menanggung fitnah

Kita takkan dapat terlepas dari semua itu

Tidak takutkah kita dengan azab Allah?
Bukankah janjiNya itu semua adalah pasti?

Baik parti PAS atau UMNO
Baik ketua pasukan Real Madrid atau pemain cikai Arsenal
Baik tentera Hizbullah atau Hamas
Baik sukarelawan UNICEF atau misi Klinik Permai
Baik seorang yang berjawatan amir atau seorang tidak berjawatan bernama Umar

Segalanya tetap ada alibi kepimpinan masing2
Jangan kerana amanah yang dilalaikan
Kita masuk Neraka terlebih awal

::: Berilah kemaafan demi keselamatan sepohon pokok :::

Masa yang lalu, takkan dapat ditebus lagi
Maruah yang tergadai, takkan dapat dikembalikan lagi

Segalanya akan dipersoalkan di sana kelak
Sama ada kita 'membuang masa' orang lain, ataupun membuang masa sendiri
Sama ada kita 'menggadai' maruah orang lain, atau menggadai maruah sendiri
Sama ada kita 'menghancurkan' masa depan orang lain, atau menghancurkan masa depan sendiri

Jika sepohon padi pun tunduk merendah diri menyembah bumi kerana keagungan kuasa Allah
Siapalah kita yang lemah ini, memerlukan padi sebagai sumber beras untuk kekal hidup, tapi masih tak mahu sujud mengakui bahawa Allah itu Raja kita?

Jika sebutir beras pun setia berbakti kepada makhluk bumi kerana tahu Allah itu tuhan mereka
Siapalah kita yang hina ini, ramai yang mati hanya kerana terlebih makan, tapi masih berdegil tidak mahu gentar dengan kekuasaan Allah Maha Besar?

Belajarlah dari beras, walaupun kita makan burger

"Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya."

Jika tak malu, buatlah apa yang kita suka
Tetapi Allah sentiasa juga memerhati tindakan kita di dunia

Renung2kan

Akhir kalam
Selamat mengundi..
Selamat konferens..
Selamat ijtimak..
Selamat tesis..
Selamat kerja..
Selamat hidup..


::: Hujan rindu :::

"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati."
(Luqman : 34)

Di kala bizi dengan amanah yang banyak
Di kala serabai dengan meeting dan program2 mendatang
Saya merindui sesuatu yang jauh, seperti sebuah aurora
Bolehkah kerinduan itu menjadi halal buat diri ini?


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]

Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa

Good things come to those who wait


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...



我想念你
我爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 20th January at 10:12 pm ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..