Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]
Assalamualaikum你好
Alhamdulillah
Selesai beberapa program dan urusan peribadi
Penat melampau bertukar seronok apabila melihat telatah kanak2 dan budak2 sekolah
Tapi masih dalam seribu persoalan
Amanah yang semakin bertambah
Pening kepala, tapi kerja kena jalan juga
Soal istiqamah - antara 2 kepentingan, jemaah atau karier
Soal halatuju - antara 2 S, sabah atau semenanjung
Diri ini hanya lelaki yang biasa
Takut untuk 'terbang' lagi jauh andai belum terikat kukuh dengan jemaah
Tapi tidak pandai bermain kata dan menipu insan lain
Di mana motivasi dan semangat seperti dulu, Ya Rabbi?
Berikan diri ini petunjuk, Ya Allah
Diri masih lemah dengan tangisan insan2 tersayang
Kerana diri ini masih ada hati...
Perlukah diri ini juga menangis?
Beratnya amanah ini
Azab NerakaMu benar, Ya Rahmaan
Takut tersilap langkah sepanjang perjalanan ini...
Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari

Insyaallah
======
] Kejayaan [
======

Ada seorang kanak2 comel, lingkungan umur 5 tahun
Dia tadika PASTI, dah masuk 6 bulan
Namanya Noor Syafinaz a.k.a. P-nut
Petang itu, dia berlari ke rumah
Gembira kerana berjaya dapat 6A dan 2B untuk periksa KAFA PASTI
Tidak sabar untuk menunjukkan keputusan itu kepada ayahnya
Kerana ayahnya sudah berjanji akan membeli skateboard jika dia dapat lebih 5A untuk peperiksaan
Tiba di rumah, suasana sepi
Tangan kecil itu, perlahan-lahan membuka pintu
Suasana rumah senyap, tiada manusia hatta sekujur makhluk sekalipun
Yang ada, hanya cicak di siling dan lalat di atas meja makan
Dia menanti kepulangan ayahnya di kerusi empuk
Sambil memegang kertas peperiksaan yang menjadi bukti kejayaannya
1 jam berlalu, tiada bunyi hon kereta di luar
2 jam berlalu, masih tetap sunyi
Akhirnya, anak kecil itu terlelap di kerusi sofa itu
Kerana penat menunggu ayahnya yang tidak pulang2
Kemudian...
Azan Maghrib berkumandang
Si kecil terkejut
Dengan penuh mamai, dia menuju ke tandas, mengambil wudhuk
Menunaikan kewajipan seorang Muslim
Mempraktikkan teori solat yang dipelajari di PASTI
Dan, dia sambung menunggu di sofa
Duduk mengiring kepenatan seharian menunggu
Setia menanti kepulangan ayahnya
Jam menunjukkan 9 malam
Tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat
Ada orang sedang 'mengamuk'
Si kecil yang tak mengerti apa2, terus membuka pintu tanpa ada apa2 prasangka
Dengan gembira, tidak sabar2 dia ingin menyambut ayahnya pulang
Sambil menggenggam erat kertas peperiksaan yang mahu ditayangkan kepada ayahnya
Tetapi, belum sempat berkata-kata
Si kecil ditolak ke tepi
Satu lembaga meluru masuk, diikuti beberapa lembaga lain
Ada yang memegang pisau, ada yang memakai topeng, bersuara garau, bermisai kumis
Dia mengherdik, "Siapa lagi dalam rumah ni???"
P-nut, terdiam, kaget, hanya melihat lembaga2 itu menelusuri setiap pelusuk rumahnya seperti pegawai CSI
Tanpa mengapa-apakan anak kecil itu, lembaga2 itu berlalu pergi setelah mengambil beberapa perkakas rumah bernilai dalam RM50,003
Anak kecil itu, terkulat2 di pintu masuk rumah, sekadar melihat sebuah van merah berlalu pergi, sambil memandang satu nota kecil di pintu, tertulis;
"Dey macha. Minggu hadapan kami datang lagi. Lu ingat lu tinggalkan anak ini, lu boleh bagi kami kesian? Hutang tetap hutang, bro." -Roy
Si kecil, terkebil2 mata, tidak faham maksud ayat, kerana dia belum arif perkataan Melayu, kerana baru belajar jawi di PASTI. Lantas P-nut mengunci pintu, kemudian duduk di sofa merah. Tangannya menggigil, dirinya menggeletar, tetapi dia sendiri tidak mengerti mengapa dia diselubungi ketakutan.
Perutnya masih dalam kelaparan, hanya diisi biskut sarapan pagi tadi di PASTI
Di hadapannya, melayang satu helaian kertas. Dalam kesamaran, kertas itu tertulis, "84/100 A+"
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya."
[H.R. Bukhari-Muslim]
Hakikat kejayaan, semuanya manis
Semua orang pernah berjaya
Semua orang mahu berjaya
Kerana berjaya itu satu kepuasan
Dan itu adalah tugas kita sebagai seorang manusia - menuju kejayaan
Seperti yang diseru dalam panggilan azan
Definisi kejayaan itu berbeza buat setiap manusia
Ada orang menyangka dengan menjatuhkan orang lain, itu adalah kejayaan buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menggagal-susahkan pelajar, itu adalah satu kepuasan buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menyakiti orang lemah, itu adalah satu kegemilangan peribadi buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menzalimi rakyat bawahan dia, itu adalah satu keagungan buat kuasa perintahnya
Cabang berjaya juga ada banyak, mengikut individu itu sendiri
Ada berjaya peperiksaan, ada berjaya menjaringkan gol, ada berjaya khianat orang, ada berjaya main judi, ada berjaya saman ekor, dan lain2
Skop kejayaan ini meluas, bergantung kepada target masing2
Apabila seseorang itu berjaya 'melunaskan' target buat dirinya - itulah kejayaan
Sebagai contoh, jika konteks peperiksaan SPM
Ada orang rasa bahawa 5A itu adalah kejayaan buat dirinya, kerana sebelum ini dia hanya gagal sahaja. Jadi, dengan skor 5A untuk SPM, itu adalah kejayaan besar buat dirinya.
Tetapi, ada juga menganggap orang yang dapat keputusan SPM 5A itu adalah orang berpenyakit Sindrom Down, dan perlu dimasukkan ke dalam ISA. Mungkin pendapat sesetangah golongan bijakpandai, golongan yang skor SPM di bawah 7A itu hanya memberi ancaman kepada negara jika situasi berlarutan. Maka, golongan seperti itu perlu dilupuskan demi maslahat negara untuk perkembangan akan datang.
Sama juga jika bermain bola
Ada orang rasa berjaya jika menjaringkan gol untuk koleksi peribadinya. Mungkin dengan gol itu, dia berjaya raih populariti, atau menambah sponsor, atau dapat bonus dan gaji dinaikkan
Tetapi, ada juga orang rasa dia berjaya jika dapat membantu ahli pasukannya menjaringkan gol, untuk kesinambungan pasukan. Dengan kemenangan pasukan, dia berjaya menyemarakkan populariti pasukan, menambah dana untuk pasukan, menarik penaja mewah untuk memberi sponsor baru, supaya kekuatan pasukan itu semakin kukuh buat masa akan datang, walaupun di waktu dia sudah bersara dari bolasepak
Seperti juga konsep DNA
Sebuah DNA yang berjaya ialah mempunyai kod yang sempurna untuk menghasilkan seorang manusia yang sempurna. DNA yang berjaya adalah DNA yang mempunyai kod 100% sama dengan yang asal. Maksudnya, DNA yang cacat atau mutasi, memungkinkan kesinambungan zuriat manusia itu akan terjejas, akhirnya relativiti kesempurnaan biologi dalam manusia itu akan berkurang dan semakin menurun buat generasi berikutnya.
Tetapi, tidak semestinya hanya DNA yang sempurna itu diperlukan untuk menghasilkan seorang manusia yang sempurna. Manusia yang sempurna memerlukan 3 elemen mutlak - IQ, SQ, EQ - yang perlu ditingkatkan dari semasa dan semasa. Dan hingga kini, tiada lagi manusia sempurna yang berjaya dihasilkan, kerana kita tiada parameter tertentu untuk menjadi hujah bahawa orang itu telah sempurna elemen IQ, SQ dan EQnya. Maka, kejayaan seseorang manusia mungkin juga hasil dari peningkatan 3 elemen itu, bukan sekadar konstitusi DNA dan alam protin yang ada dalam sistem biologi dirinya.
Kesimpulannya di sini ialah, kejayaan itu subjektif
Hanya insan itu sendiri tahu apa erti kejayaan buat dirinya
Bermaksud, hanya dirinya sahaja menjadikan kejayaan itu satu nilai relatif
Kerana, hanya dia yang kenal apa erti kejayaan sebenar buat dirinya
Tetapi, amatlah rugi jika kita menjadikan kejayaan itu sebagai elemen yang mencelakakan hidup akhirat kita
Amatlah rugi jika definisi kejayaan kita itu hanya mensia-siakan umur di dunia untuk kerugian alam kubur
"Rasa benci menyebabkan 2 sahabat bermusuh, 2 pemimpin bertelingkah, 2 negara berperang, dan, paling bahaya, 2 pasangan bercerai. Buanglah rasa benci, baru hidup kita semua harmoni."
Soal kejayaan, biasanya berbalik kepada cinta
Kerana dari cinta, kejayaan itu kekal hidup dan sentiasa mekar
Sama ada cinta Allah
Atau cinta ibubapa
Atau cinta anak-isteri
Atau cinta keluarga
Atau cinta makhluk2 lain
Tetapi awas
Cinta itu buta
Kecualilah mereka yang celik mata hati
Kerana cinta itu buta
Si ayah cintakan hidupnya sendiri, melupakan tanggungjawab besar seorang ketua keluarga, hingga matanya buta untuk memberi kasih sayang kepada si anak
Kerana cinta itu buta
Geng kutip hutang tidak kisah dengan kanak2 itu, hingga matanya buta tiada rasa prihatin terhadap perasaan yang dialami oleh anak kecil yang naif itu
Kerana cinta itu buta
Ramai manusia mengejar kemewahan hingga berhutang sana-sini, hingga hatinya tertutup untuk merenung dirinya yang tetap masuk kubur satu hari nanti
Kerana cinta itu buta
Ramai manusia sanggup melupakan akhirat hanya untuk dunia, hingga hidupnya menjadi sia-sia ibarat bangkai bernyawa, kerana hanya tensen memikirkan soal duit, kuasa, kemegahan, keagungan, dan pangkat
Hakikat cinta
Bencilah dan sayangilah seadanya
Atas kapasiti manusia biasa
Nescaya kita takkan terluka, dilukai, dan melukai
Jangan taksub melampau dalam bercinta, hingga suatu hari nanti bila kita melihat satu cela dalam diri seseorang, akhirnya kita terus membencinya sepanjang hayat
Jangan taksub melampau hingga hilang kewarasan akal, hingga kita membenarkan batil itu ditegakkan, hanya kerana insan yang dicintai itu, yang akhirnya sama2 menjunam ke lembah Neraka
Terima dia seadanya, kerana dia juga manusia
Manusia yang sentiasa fleksibel
Bila-bila masa sahaja akan berubah
Bila-bila masa juga akan bertukar
Jika hari ini dia seorang yang berjaya, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang yang gagal
Jika hari ini dia seorang yang hebat, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang gila yang hina
Jika hari ini dia seorang yang bijak, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang nyanyuk yang bodoh
Jika hari ini dia seorang yang hensem, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang tua yang hodoh
Jika hari ini dia seorang yang kaya, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang keji yang miskin
Itu adalah roda, dan masakan hidup tiada tunggang-tergoleknya
Persoalannya, adakah kita sedia menerima si dia walau apa keadaan dia?
Atau kita hanya cintakan dia kerana dia sekarang?
Tetapi tidak bersedia untuk mencintai dirinya jika dia jadi seorang alien di masa akan datang?
Cinta itu buta, jika kita membutakan cinta itu
"Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudahpun berbalas-balas doa."
Maka, cintalah dia seadanya
Kerana dia juga seorang manusia
Yang tetap akan jadi mayat satu hari nanti
Petang itu
Sebuah kereta warna biru menderu laju di hadapan rumah
Di tepi jalan, ada seorang lelaki berambut panjang, bertopi biru
Bajunya yang agak comot, menimbulkan tidak selesa orang yang lalu-lintas di situ
Lelaki itu sedang mengira sesuatu
Dari gayanya, dia seperti sedang mengira kereta yang melintas
Di tangan kirinya, ada sekeping buku catatan
Di situ, dia rekodkan pengiraan yang dia telah buat
Tiba-tiba, satu suara menegur dari belakang; "Assalamualaikum. Tumpang tanya boleh?"
Perlahan-lahan, lelaki itu menoleh. Sambil menundukkan muka, agak sukar untuk mengenalinya kerana topi biru menutup separuh dari wajahnya.
Di hadapan lelaki itu, seorang gadis lingkungan 20-an, bertudung ungu, sedang memegang sesuatu, seperti helaian kertas.
Sambil menghulurkan kertas di tangannya kepada lelaki itu, gadis itu bersuara; "Encik tahu di mana lokasi ini? Saya orang baru di sini, kurang mahir jalan di sini."
Lelaki itu membelek kertas itu, tertulis;
Dan di belakang kertas, terdapat peta ringkas menunjukkan lokasi majlis.
5 minit kemudian, tanpa bersuara apa-apa, lelaki itu berpaling dari gadis itu, dan melangkah pergi
Terpinga-pinga tidak mengerti, gadis itu mengekori lelaki itu, kerana kertas kepunyaannya masih di tangan lelaki itu
Tiba di hujung simpang, lelaki itu menunjukkan arah lokasi yang perlu dituju. Dengan gaya seperti pemandu pelancong tidak bertauliah, lelaki itu melakukan aksi seperti polis trafik melambai2 tangan untuk memberi penjelasan arah yang dimaksudkan dalam peta itu.
Gadis itu, terkulat2, sekadar mengangguk sebagai tanda faham
Setelah faham, lelaki itu memulangkan kertas itu.
Setelah mengucapkan perkataan; "Assalamualaikum. Jaga diri." , lelaki itu berlalu pergi ke sudut jalan, menyambung kerja yang tersangkut tadi
Gadis itu mengerut dahi, pelik, konfius, tidak puas hati dengan tindakan aneh lelaki itu. Sambil membelek2 kertas di tangannya, dia monolog di dalam hati;
"Apa salah saya dah buat? Kenapa dia hanya berdiam diri? Dia bukan bisu, kerana dia boleh bertutur. Dia juga orang Islam, kerana memberi salam. Tetapi kenapa dia tidak berbual dengan mesra?"
Seribu persoalan muncul di minda gadis itu. Ditatapi kertas di tangannya, mahu meneruskan pencarian lokasi sebenar. Sekali lagi, dia terkejut apabila mendapati kertas itu tercatat nota tambahan di simpang peta majlis. Di simpang jalan itu, tercatat "AJL 2011" di simpang kiri, dan "SS 9111" di simpang kanan.
Satu kod yang sukar difahami. Tetapi gadis itu tahu, kod itu ada mesej rahsia. Ibarat satu amaran, atau satu peringatan dari lelaki itu, istimewa buat si gadis.

::: Straight Path :::
"Life is about our path, making best choice. What we choose will determine the path. Hell or Heaven, we decide."
Hidup ni jalan
Jalan itu sama ada susah atau mudah
Sama ada celaka atau bahagia
Itu pilihan kita
Dari jalan itu, pelbagai sumber kita akan peroleh
Jalan itu ada banyak
Sama ada harta kekayaan, kekuatan ilmu, kuasa politik, anak-isteri, kerjaya, pelajaran, dan segala apa yang ada di dunia ini adalah satu jalan buat kita
Jalan itu adalah ujian
Ada jalan yang besar seperti highway
Ada jalan yang kecil seperti denai
Itu bergantung kepada kekuatan kereta dan kenderaan kita
Kenderaan itu adalah perjuangan kita
Soal iman kita
Lain kenderaan, lain jalan yang perlu ditempuh
Jika naik basikal, maka semua jalan boleh digunapakai, tetapi kapasiti hanya 2 orang, itupun jika ada pelantar di belakang sebagai tempat 'keri'.
Naik basikal tidak perlukan minyak, maka tidak perlu kecoh dengan isu minyak naik harga. Sama ada diesel, Ron-95 atau 97, basikal adalah percuma.
Naik basikal, kita tidak perlu fikir maintenance bulanan, hanya perlu isi minyak gris di pedal atau rantai, supaya tidak putus dan tersekat-sekat.
Jika naik basikal, biasanya isu rantai putus sahaja yang dibangkitkan di persidangan NGO basikal2 sedunia. Mungkin menyentuh tentang minyak gris terbaik, rantai terkukuh, cara kayuhan yang stabil, bagaimana ingin mengatasi masalah ketika rantai putus, dan sistem SOS yang sesuai bagi membantu pengayuh2 basikal.
Tetapi
Situasi berbeza jika kita naik bas. Jika naik bas, maka jalan denai sudah tidak boleh diredah, hanya highway yang sesuai dek saiz bas yang besar tidak mampu untuk meredah denai yang kecil.
Dengan kapasiti bas yang besar, kita akan bertemu pelbagai ragam manusia di dalam bas. Ada yang berdating, menghisap rokok, dan ada juga yang hanya mendengar MP3.
Jika pemandu bas itu orang bagus, dia akan pasang ceramah agama supaya penumpang insaf, bukan pasang lagu disko dangdut selama 8 jam perjalanan KK-Tawau.
Dengan naik bas juga, risiko kemalangan ngeri sentiasa berputar di minda. Maka, penelitian khusus perlu diambil serius buat pemandu bas, aspek keselamatan, sistem FOMCA dan perkara-perkara yang melibatkan orang ramai.
Jika pihak pengurusan sendiri terjebak dalam rasuah, maka mungkin akan berlaku masalah buat rakyat2 bas itu sendiri buat masa akan datang.
Perjuangan itu perlu perancangan
Perancangan yang sistematik, bukan hanya menggunakan ilmu mantik
Tiada guna kita ada banyak kenderaan, tetapi tidak pandai mengurus. Maka akhirnya sia-sia juga segala sumber yang banyak itu
Apa ertinya ada kereta banyak, bas pelbagai jenis, motor pun cantik2, tapi tiada orang yang boleh bawak, tiada orang yang ada lesen, maka semuanya hanya akan jadi tukun sahaja
Jika tiada orang yang arif tentang selok-belok jalan, maka halatuju perjuangan juga akan menjadi masalah, kerana hanya orang sesat sahaja yang menunjuk jalan
Lihat bagaimana proses oncogene bermula
Sangat sistematik, perlahan-lahan, akhirnya menjadi barah kepada pembawa gen tersebut
Jika tidak dirawat, lama-kelamaan habis rosak keturunan individu terbabit
Bukan semua benda kena fikir panjang sebelum melakukannya. Ada sesetengah benda yang 'buat aje' itu lebih membantu untuk sesuatu yang baik terjadi. Dengan syarat, anda sudah ada kepakaran mempositifkan kehidupan, yang lazimnya diperolehi daripada keyakinan tinggi kepada Allah
[Ust Hasrizal]
Belajar dari musuh, bukan hanya menghentam musuh
Berusaha mencari, bukan sekadar mengkritik-memaki orang lain
Jika musuh boleh berjaya dengan perjuangan mereka, maka apakah kita tidak boleh menang jika kita di pihak yang benar?
Kenapa kita tidak boleh menang sedangkan kita mahu menegakkan agama Islam?
Maka, cek balik diri kita
Ada kita ulang2 buat dosa kecil?
Ada kita bertaubat setelah buat dosa?
Ada kita sendiri membantutkan gerakan jemaah?
Ada kita sendiri yang melemahkan ahli2 jemaah?
Jika ada, mungkin itu salah satu punca kita tewas
Walaupun ada banyak lagi sebab lain, itu bergantung kepada hasil muhasabah diri masing2
Contohi senario AJL 2011 dan Solat Sunat Hajat baru2 ini
Di mana kita waktu itu?
Adakah di hadapan TV menonton live AJL?
Atau kita sudi mendoakan keselamatan pengunjung Solat Hajat?
Adakah kita folo-up ranking AJL di pentas?
Atau folo-up mehnah mereka yang dipancitkan tayar kereta kerana bersolat hajat?
Itu pilihan kita, teman
Jika bukan kita, siapa lagi?
Adakah perlu tupai tanah yang memilih kita?
Kita sudah kebanjiran orang yang berbicara, kita sudah terlalu ramai manusia yang berteori
Tapi kita ketandusan manusia yang bertindak, sudi sama2 merasai jerih payah hidup berjuang
Kita sudah tepu dengan manusia yang mengkritik, kita sudah muak dengan pandangan dan idea bernas
Tapi kita gersang dari sudut ilmu, ekonomi, pengalaman dan pengaruh
Kita sudah bosan dengan manusia yang penuh ilmu di dada, kita sudah rimas dengan teguran yang berapi
Tapi kita keciciran dari segi teladan, kefahaman, konsistensi, istiqamah dan semangat yang berterusan
Lihat dari teladan seorang khalifah
Walaupun dia bergelar pemimpin, dia tetap belajar dari seorang budak kecil
Kerana bagi dirinya, khalifah itu hanya amanah, bukan untuk bermegah
Cuba lihat ular
Kekuatan ular adalah dari bisanya yang berbahaya. Jika tiada bisa, ular itu ibarat tali. Akhirnya, tiada sudah kehebatan seekor ular. Orang hanya melayan ular itu ibarat seekor cacing tanah.
Maka, apa kekuatan kita?
Politik? Ilmu? Kuasa? Pengaruh? Pendidikan? Keturunan? Anak? Isteri? Lain2?
::: Jemaah itu amanah :::
"When you realize you're in over your head, have the courage to take a step back and start over."
Ingatlah teman
Jujur itu ibadah
Cinta itu ibadah
Sabar itu ibadah
Ukhwah itu ibadah
Amanah itu ibadah
Segalanya adalah ibadah, jika kita tahu bagaimana untuk mencernakan segala apa yang ada di dunia ni
Secara tidak langsung, ibadah itu adalah amanah buat kita
Amanah yang mampu beri bonanza pahala buat diri kita
Gunalah kekuatan kita untuk amanah, bukan merosakkan lagi manusia lain
Manfaatkan diri untuk kekuatan jemaah, untuk kesinambungan rantai jemaah untuk masa hadapan
Jalan itu jalan lurus, jalan itu perlu terurus
Perjuangan itu memang sakit, tapi ianya perlu sistematik
Hentikan sikap menuding-jari dan passing-mempassing hanya untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan atas kelalaian selama ini
Mengaku kesilapan diri lebih bagus daripada menuding jari kepada orang lain untuk mengelakkan diri dari dipersalahkan. Lagi bagus jika mengaku kesalahan diri di khalayak ramai, daripada menyalahkan orang lain di khalayak ramai
Berkerjalah untuk islam, bukan atas parti
Moga kita berjaya, di atas nama cinta
Renung2kan
Sekarang musim hujan, maka jangan lupa sediakan payung
Jagalah Allah, Allah menjagamu

======
] Kejayaan [
======

With money you can buy a house, but not a home
With money you can buy a bed, but not sleep
With money you can buy a book, but not knowledge
With money you can buy a doctor, but not good health
With money you can buy a position, but not respect
With money you can buy blood, but not life
With money you can buy sex, but not love
With money you can buy a clock, but not TIME
With money you can buy a bed, but not sleep
With money you can buy a book, but not knowledge
With money you can buy a doctor, but not good health
With money you can buy a position, but not respect
With money you can buy blood, but not life
With money you can buy sex, but not love
With money you can buy a clock, but not TIME
Ada seorang kanak2 comel, lingkungan umur 5 tahun
Dia tadika PASTI, dah masuk 6 bulan
Namanya Noor Syafinaz a.k.a. P-nut
Petang itu, dia berlari ke rumah
Gembira kerana berjaya dapat 6A dan 2B untuk periksa KAFA PASTI
Tidak sabar untuk menunjukkan keputusan itu kepada ayahnya
Kerana ayahnya sudah berjanji akan membeli skateboard jika dia dapat lebih 5A untuk peperiksaan
Tiba di rumah, suasana sepi
Tangan kecil itu, perlahan-lahan membuka pintu
Suasana rumah senyap, tiada manusia hatta sekujur makhluk sekalipun
Yang ada, hanya cicak di siling dan lalat di atas meja makan
Dia menanti kepulangan ayahnya di kerusi empuk
Sambil memegang kertas peperiksaan yang menjadi bukti kejayaannya
1 jam berlalu, tiada bunyi hon kereta di luar
2 jam berlalu, masih tetap sunyi
Akhirnya, anak kecil itu terlelap di kerusi sofa itu
Kerana penat menunggu ayahnya yang tidak pulang2
Kemudian...
"Allahuakbar...Allahuakbar !!"
Azan Maghrib berkumandang
Si kecil terkejut
Dengan penuh mamai, dia menuju ke tandas, mengambil wudhuk
Menunaikan kewajipan seorang Muslim
Mempraktikkan teori solat yang dipelajari di PASTI
Dan, dia sambung menunggu di sofa
Duduk mengiring kepenatan seharian menunggu
Setia menanti kepulangan ayahnya
Jam menunjukkan 9 malam
Tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat
Ada orang sedang 'mengamuk'
Si kecil yang tak mengerti apa2, terus membuka pintu tanpa ada apa2 prasangka
Dengan gembira, tidak sabar2 dia ingin menyambut ayahnya pulang
Sambil menggenggam erat kertas peperiksaan yang mahu ditayangkan kepada ayahnya
Tetapi, belum sempat berkata-kata
Si kecil ditolak ke tepi
Satu lembaga meluru masuk, diikuti beberapa lembaga lain
Ada yang memegang pisau, ada yang memakai topeng, bersuara garau, bermisai kumis
Dia mengherdik, "Siapa lagi dalam rumah ni???"
P-nut, terdiam, kaget, hanya melihat lembaga2 itu menelusuri setiap pelusuk rumahnya seperti pegawai CSI
Tanpa mengapa-apakan anak kecil itu, lembaga2 itu berlalu pergi setelah mengambil beberapa perkakas rumah bernilai dalam RM50,003
Anak kecil itu, terkulat2 di pintu masuk rumah, sekadar melihat sebuah van merah berlalu pergi, sambil memandang satu nota kecil di pintu, tertulis;
"Dey macha. Minggu hadapan kami datang lagi. Lu ingat lu tinggalkan anak ini, lu boleh bagi kami kesian? Hutang tetap hutang, bro." -Roy
Si kecil, terkebil2 mata, tidak faham maksud ayat, kerana dia belum arif perkataan Melayu, kerana baru belajar jawi di PASTI. Lantas P-nut mengunci pintu, kemudian duduk di sofa merah. Tangannya menggigil, dirinya menggeletar, tetapi dia sendiri tidak mengerti mengapa dia diselubungi ketakutan.
Perutnya masih dalam kelaparan, hanya diisi biskut sarapan pagi tadi di PASTI
Di hadapannya, melayang satu helaian kertas. Dalam kesamaran, kertas itu tertulis, "84/100 A+"
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya."[H.R. Bukhari-Muslim]
Semua orang pernah berjaya
Semua orang mahu berjaya
Kerana berjaya itu satu kepuasan
Dan itu adalah tugas kita sebagai seorang manusia - menuju kejayaan
Seperti yang diseru dalam panggilan azan
Definisi kejayaan itu berbeza buat setiap manusia
Ada orang menyangka dengan menjatuhkan orang lain, itu adalah kejayaan buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menggagal-susahkan pelajar, itu adalah satu kepuasan buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menyakiti orang lemah, itu adalah satu kegemilangan peribadi buat dirinya
Ada orang menyangka dengan menzalimi rakyat bawahan dia, itu adalah satu keagungan buat kuasa perintahnya
Cabang berjaya juga ada banyak, mengikut individu itu sendiri
Ada berjaya peperiksaan, ada berjaya menjaringkan gol, ada berjaya khianat orang, ada berjaya main judi, ada berjaya saman ekor, dan lain2
Skop kejayaan ini meluas, bergantung kepada target masing2
Apabila seseorang itu berjaya 'melunaskan' target buat dirinya - itulah kejayaan
Sebagai contoh, jika konteks peperiksaan SPM
Ada orang rasa bahawa 5A itu adalah kejayaan buat dirinya, kerana sebelum ini dia hanya gagal sahaja. Jadi, dengan skor 5A untuk SPM, itu adalah kejayaan besar buat dirinya.
Tetapi, ada juga menganggap orang yang dapat keputusan SPM 5A itu adalah orang berpenyakit Sindrom Down, dan perlu dimasukkan ke dalam ISA. Mungkin pendapat sesetangah golongan bijakpandai, golongan yang skor SPM di bawah 7A itu hanya memberi ancaman kepada negara jika situasi berlarutan. Maka, golongan seperti itu perlu dilupuskan demi maslahat negara untuk perkembangan akan datang.
Sama juga jika bermain bola
Ada orang rasa berjaya jika menjaringkan gol untuk koleksi peribadinya. Mungkin dengan gol itu, dia berjaya raih populariti, atau menambah sponsor, atau dapat bonus dan gaji dinaikkan
Tetapi, ada juga orang rasa dia berjaya jika dapat membantu ahli pasukannya menjaringkan gol, untuk kesinambungan pasukan. Dengan kemenangan pasukan, dia berjaya menyemarakkan populariti pasukan, menambah dana untuk pasukan, menarik penaja mewah untuk memberi sponsor baru, supaya kekuatan pasukan itu semakin kukuh buat masa akan datang, walaupun di waktu dia sudah bersara dari bolasepak
Seperti juga konsep DNA
Sebuah DNA yang berjaya ialah mempunyai kod yang sempurna untuk menghasilkan seorang manusia yang sempurna. DNA yang berjaya adalah DNA yang mempunyai kod 100% sama dengan yang asal. Maksudnya, DNA yang cacat atau mutasi, memungkinkan kesinambungan zuriat manusia itu akan terjejas, akhirnya relativiti kesempurnaan biologi dalam manusia itu akan berkurang dan semakin menurun buat generasi berikutnya.
Tetapi, tidak semestinya hanya DNA yang sempurna itu diperlukan untuk menghasilkan seorang manusia yang sempurna. Manusia yang sempurna memerlukan 3 elemen mutlak - IQ, SQ, EQ - yang perlu ditingkatkan dari semasa dan semasa. Dan hingga kini, tiada lagi manusia sempurna yang berjaya dihasilkan, kerana kita tiada parameter tertentu untuk menjadi hujah bahawa orang itu telah sempurna elemen IQ, SQ dan EQnya. Maka, kejayaan seseorang manusia mungkin juga hasil dari peningkatan 3 elemen itu, bukan sekadar konstitusi DNA dan alam protin yang ada dalam sistem biologi dirinya.
Kesimpulannya di sini ialah, kejayaan itu subjektif
Hanya insan itu sendiri tahu apa erti kejayaan buat dirinya
Bermaksud, hanya dirinya sahaja menjadikan kejayaan itu satu nilai relatif
Kerana, hanya dia yang kenal apa erti kejayaan sebenar buat dirinya
Tetapi, amatlah rugi jika kita menjadikan kejayaan itu sebagai elemen yang mencelakakan hidup akhirat kita
Amatlah rugi jika definisi kejayaan kita itu hanya mensia-siakan umur di dunia untuk kerugian alam kubur
"Rasa benci menyebabkan 2 sahabat bermusuh, 2 pemimpin bertelingkah, 2 negara berperang, dan, paling bahaya, 2 pasangan bercerai. Buanglah rasa benci, baru hidup kita semua harmoni."Soal kejayaan, biasanya berbalik kepada cinta
Kerana dari cinta, kejayaan itu kekal hidup dan sentiasa mekar
Sama ada cinta Allah
Atau cinta ibubapa
Atau cinta anak-isteri
Atau cinta keluarga
Atau cinta makhluk2 lain
Tetapi awas
Cinta itu buta
Kecualilah mereka yang celik mata hati
Kerana cinta itu buta
Si ayah cintakan hidupnya sendiri, melupakan tanggungjawab besar seorang ketua keluarga, hingga matanya buta untuk memberi kasih sayang kepada si anak
Kerana cinta itu buta
Geng kutip hutang tidak kisah dengan kanak2 itu, hingga matanya buta tiada rasa prihatin terhadap perasaan yang dialami oleh anak kecil yang naif itu
Kerana cinta itu buta
Ramai manusia mengejar kemewahan hingga berhutang sana-sini, hingga hatinya tertutup untuk merenung dirinya yang tetap masuk kubur satu hari nanti
Kerana cinta itu buta
Ramai manusia sanggup melupakan akhirat hanya untuk dunia, hingga hidupnya menjadi sia-sia ibarat bangkai bernyawa, kerana hanya tensen memikirkan soal duit, kuasa, kemegahan, keagungan, dan pangkat
Hakikat cinta
Bencilah dan sayangilah seadanya
Atas kapasiti manusia biasa
Nescaya kita takkan terluka, dilukai, dan melukai
Jangan taksub melampau dalam bercinta, hingga suatu hari nanti bila kita melihat satu cela dalam diri seseorang, akhirnya kita terus membencinya sepanjang hayat
Jangan taksub melampau hingga hilang kewarasan akal, hingga kita membenarkan batil itu ditegakkan, hanya kerana insan yang dicintai itu, yang akhirnya sama2 menjunam ke lembah Neraka
Terima dia seadanya, kerana dia juga manusia
Manusia yang sentiasa fleksibel
Bila-bila masa sahaja akan berubah
Bila-bila masa juga akan bertukar
Jika hari ini dia seorang yang berjaya, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang yang gagal
Jika hari ini dia seorang yang hebat, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang gila yang hina
Jika hari ini dia seorang yang bijak, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang nyanyuk yang bodoh
Jika hari ini dia seorang yang hensem, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang tua yang hodoh
Jika hari ini dia seorang yang kaya, mana tahu esoknya dia sudah menjadi orang keji yang miskin
Itu adalah roda, dan masakan hidup tiada tunggang-tergoleknya
Persoalannya, adakah kita sedia menerima si dia walau apa keadaan dia?
Atau kita hanya cintakan dia kerana dia sekarang?
Tetapi tidak bersedia untuk mencintai dirinya jika dia jadi seorang alien di masa akan datang?
Cinta itu buta, jika kita membutakan cinta itu
"Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudahpun berbalas-balas doa."Maka, cintalah dia seadanya
Kerana dia juga seorang manusia
Yang tetap akan jadi mayat satu hari nanti
:::: Berjaya dengan cinta ::::
=========
] Responsibility [
=========
] Responsibility [
=========
Petang itu
Sebuah kereta warna biru menderu laju di hadapan rumah
Di tepi jalan, ada seorang lelaki berambut panjang, bertopi biru
Bajunya yang agak comot, menimbulkan tidak selesa orang yang lalu-lintas di situ
Lelaki itu sedang mengira sesuatu
Dari gayanya, dia seperti sedang mengira kereta yang melintas
Di tangan kirinya, ada sekeping buku catatan
Di situ, dia rekodkan pengiraan yang dia telah buat
Tiba-tiba, satu suara menegur dari belakang; "Assalamualaikum. Tumpang tanya boleh?"
Perlahan-lahan, lelaki itu menoleh. Sambil menundukkan muka, agak sukar untuk mengenalinya kerana topi biru menutup separuh dari wajahnya.
Di hadapan lelaki itu, seorang gadis lingkungan 20-an, bertudung ungu, sedang memegang sesuatu, seperti helaian kertas.
Sambil menghulurkan kertas di tangannya kepada lelaki itu, gadis itu bersuara; "Encik tahu di mana lokasi ini? Saya orang baru di sini, kurang mahir jalan di sini."
Lelaki itu membelek kertas itu, tertulis;
"Anda dijemput ke majlis walimah anak tunggal kami, ..........."
Dan di belakang kertas, terdapat peta ringkas menunjukkan lokasi majlis.
5 minit kemudian, tanpa bersuara apa-apa, lelaki itu berpaling dari gadis itu, dan melangkah pergi
Terpinga-pinga tidak mengerti, gadis itu mengekori lelaki itu, kerana kertas kepunyaannya masih di tangan lelaki itu
Tiba di hujung simpang, lelaki itu menunjukkan arah lokasi yang perlu dituju. Dengan gaya seperti pemandu pelancong tidak bertauliah, lelaki itu melakukan aksi seperti polis trafik melambai2 tangan untuk memberi penjelasan arah yang dimaksudkan dalam peta itu.
Gadis itu, terkulat2, sekadar mengangguk sebagai tanda faham
Setelah faham, lelaki itu memulangkan kertas itu.
Setelah mengucapkan perkataan; "Assalamualaikum. Jaga diri." , lelaki itu berlalu pergi ke sudut jalan, menyambung kerja yang tersangkut tadi
Gadis itu mengerut dahi, pelik, konfius, tidak puas hati dengan tindakan aneh lelaki itu. Sambil membelek2 kertas di tangannya, dia monolog di dalam hati;
"Apa salah saya dah buat? Kenapa dia hanya berdiam diri? Dia bukan bisu, kerana dia boleh bertutur. Dia juga orang Islam, kerana memberi salam. Tetapi kenapa dia tidak berbual dengan mesra?"
Seribu persoalan muncul di minda gadis itu. Ditatapi kertas di tangannya, mahu meneruskan pencarian lokasi sebenar. Sekali lagi, dia terkejut apabila mendapati kertas itu tercatat nota tambahan di simpang peta majlis. Di simpang jalan itu, tercatat "AJL 2011" di simpang kiri, dan "SS 9111" di simpang kanan.
Satu kod yang sukar difahami. Tetapi gadis itu tahu, kod itu ada mesej rahsia. Ibarat satu amaran, atau satu peringatan dari lelaki itu, istimewa buat si gadis.

"Life is about our path, making best choice. What we choose will determine the path. Hell or Heaven, we decide."
Hidup ni jalan
Jalan itu sama ada susah atau mudah
Sama ada celaka atau bahagia
Itu pilihan kita
Dari jalan itu, pelbagai sumber kita akan peroleh
Jalan itu ada banyak
Sama ada harta kekayaan, kekuatan ilmu, kuasa politik, anak-isteri, kerjaya, pelajaran, dan segala apa yang ada di dunia ini adalah satu jalan buat kita
Jalan itu adalah ujian
Ada jalan yang besar seperti highway
Ada jalan yang kecil seperti denai
Itu bergantung kepada kekuatan kereta dan kenderaan kita
Kenderaan itu adalah perjuangan kita
Soal iman kita
Lain kenderaan, lain jalan yang perlu ditempuh
Jika naik basikal, maka semua jalan boleh digunapakai, tetapi kapasiti hanya 2 orang, itupun jika ada pelantar di belakang sebagai tempat 'keri'.
Naik basikal tidak perlukan minyak, maka tidak perlu kecoh dengan isu minyak naik harga. Sama ada diesel, Ron-95 atau 97, basikal adalah percuma.
Naik basikal, kita tidak perlu fikir maintenance bulanan, hanya perlu isi minyak gris di pedal atau rantai, supaya tidak putus dan tersekat-sekat.
Jika naik basikal, biasanya isu rantai putus sahaja yang dibangkitkan di persidangan NGO basikal2 sedunia. Mungkin menyentuh tentang minyak gris terbaik, rantai terkukuh, cara kayuhan yang stabil, bagaimana ingin mengatasi masalah ketika rantai putus, dan sistem SOS yang sesuai bagi membantu pengayuh2 basikal.
Tetapi
Situasi berbeza jika kita naik bas. Jika naik bas, maka jalan denai sudah tidak boleh diredah, hanya highway yang sesuai dek saiz bas yang besar tidak mampu untuk meredah denai yang kecil.
Dengan kapasiti bas yang besar, kita akan bertemu pelbagai ragam manusia di dalam bas. Ada yang berdating, menghisap rokok, dan ada juga yang hanya mendengar MP3.
Jika pemandu bas itu orang bagus, dia akan pasang ceramah agama supaya penumpang insaf, bukan pasang lagu disko dangdut selama 8 jam perjalanan KK-Tawau.
Dengan naik bas juga, risiko kemalangan ngeri sentiasa berputar di minda. Maka, penelitian khusus perlu diambil serius buat pemandu bas, aspek keselamatan, sistem FOMCA dan perkara-perkara yang melibatkan orang ramai.
Jika pihak pengurusan sendiri terjebak dalam rasuah, maka mungkin akan berlaku masalah buat rakyat2 bas itu sendiri buat masa akan datang.
Perjuangan itu perlu perancangan
Perancangan yang sistematik, bukan hanya menggunakan ilmu mantik
Tiada guna kita ada banyak kenderaan, tetapi tidak pandai mengurus. Maka akhirnya sia-sia juga segala sumber yang banyak itu
Apa ertinya ada kereta banyak, bas pelbagai jenis, motor pun cantik2, tapi tiada orang yang boleh bawak, tiada orang yang ada lesen, maka semuanya hanya akan jadi tukun sahaja
Jika tiada orang yang arif tentang selok-belok jalan, maka halatuju perjuangan juga akan menjadi masalah, kerana hanya orang sesat sahaja yang menunjuk jalan
Sangat sistematik, perlahan-lahan, akhirnya menjadi barah kepada pembawa gen tersebut
Jika tidak dirawat, lama-kelamaan habis rosak keturunan individu terbabit
Bukan semua benda kena fikir panjang sebelum melakukannya. Ada sesetengah benda yang 'buat aje' itu lebih membantu untuk sesuatu yang baik terjadi. Dengan syarat, anda sudah ada kepakaran mempositifkan kehidupan, yang lazimnya diperolehi daripada keyakinan tinggi kepada Allah[Ust Hasrizal]
Belajar dari musuh, bukan hanya menghentam musuh
Berusaha mencari, bukan sekadar mengkritik-memaki orang lain
Jika musuh boleh berjaya dengan perjuangan mereka, maka apakah kita tidak boleh menang jika kita di pihak yang benar?
Kenapa kita tidak boleh menang sedangkan kita mahu menegakkan agama Islam?
Maka, cek balik diri kita
Ada kita ulang2 buat dosa kecil?
Ada kita bertaubat setelah buat dosa?
Ada kita sendiri membantutkan gerakan jemaah?
Ada kita sendiri yang melemahkan ahli2 jemaah?
Jika ada, mungkin itu salah satu punca kita tewas
Walaupun ada banyak lagi sebab lain, itu bergantung kepada hasil muhasabah diri masing2
Contohi senario AJL 2011 dan Solat Sunat Hajat baru2 ini
Di mana kita waktu itu?
Adakah di hadapan TV menonton live AJL?
Atau kita sudi mendoakan keselamatan pengunjung Solat Hajat?
Adakah kita folo-up ranking AJL di pentas?
Atau folo-up mehnah mereka yang dipancitkan tayar kereta kerana bersolat hajat?
Itu pilihan kita, teman
Jika bukan kita, siapa lagi?
Adakah perlu tupai tanah yang memilih kita?
Kita sudah kebanjiran orang yang berbicara, kita sudah terlalu ramai manusia yang berteori
Tapi kita ketandusan manusia yang bertindak, sudi sama2 merasai jerih payah hidup berjuang
Kita sudah tepu dengan manusia yang mengkritik, kita sudah muak dengan pandangan dan idea bernas
Tapi kita gersang dari sudut ilmu, ekonomi, pengalaman dan pengaruh
Kita sudah bosan dengan manusia yang penuh ilmu di dada, kita sudah rimas dengan teguran yang berapi
Tapi kita keciciran dari segi teladan, kefahaman, konsistensi, istiqamah dan semangat yang berterusan
Lihat dari teladan seorang khalifah
Walaupun dia bergelar pemimpin, dia tetap belajar dari seorang budak kecil
Kerana bagi dirinya, khalifah itu hanya amanah, bukan untuk bermegah
Cuba lihat ular
Kekuatan ular adalah dari bisanya yang berbahaya. Jika tiada bisa, ular itu ibarat tali. Akhirnya, tiada sudah kehebatan seekor ular. Orang hanya melayan ular itu ibarat seekor cacing tanah.
Maka, apa kekuatan kita?
Politik? Ilmu? Kuasa? Pengaruh? Pendidikan? Keturunan? Anak? Isteri? Lain2?
::: Jemaah itu amanah :::"When you realize you're in over your head, have the courage to take a step back and start over."
Ingatlah teman
Jujur itu ibadah
Cinta itu ibadah
Sabar itu ibadah
Ukhwah itu ibadah
Amanah itu ibadah
Segalanya adalah ibadah, jika kita tahu bagaimana untuk mencernakan segala apa yang ada di dunia ni
Secara tidak langsung, ibadah itu adalah amanah buat kita
Amanah yang mampu beri bonanza pahala buat diri kita
Gunalah kekuatan kita untuk amanah, bukan merosakkan lagi manusia lain
Manfaatkan diri untuk kekuatan jemaah, untuk kesinambungan rantai jemaah untuk masa hadapan
Jika semuanya hanya bercakap, siapa pula akan bertindak?
Jika semuanya hanya mengkritik, siapa pula yang akan memberi solusi?
Jika semuanya hanya beri alasan, siapa pula yang akan berkorban?

Jika semuanya hanya menghalang, bila kita akan menang?
Jalan itu jalan lurus, jalan itu perlu terurus
Perjuangan itu memang sakit, tapi ianya perlu sistematik
Hentikan sikap menuding-jari dan passing-mempassing hanya untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan atas kelalaian selama ini
Mengaku kesilapan diri lebih bagus daripada menuding jari kepada orang lain untuk mengelakkan diri dari dipersalahkan. Lagi bagus jika mengaku kesalahan diri di khalayak ramai, daripada menyalahkan orang lain di khalayak ramai
Jika semuanya saling menyalahkan, siapa sebenarnya yang benar?
Jika semuanya petah berbicara, siapa pula yang akan mendengar?
Jika semuanya asyik berteori, siapa pula yang mahu berpraktikal?
Jika semuanya petah berbicara, siapa pula yang akan mendengar?
Jika semuanya asyik berteori, siapa pula yang mahu berpraktikal?
Berkerjalah untuk islam, bukan atas parti
Moga kita berjaya, di atas nama cinta
Renung2kan
"Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya."
[An-Nahl : 10]
[An-Nahl : 10]
Sekarang musim hujan, maka jangan lupa sediakan payung
Jagalah Allah, Allah menjagamu

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]
Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa
Good things come to those who wait
MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...

我想念你
我爱你
PAS for All
我爱你
PAS for All
Wassalam
:: Published completely on 13th January at 10:12 pm ::
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]
[Al-Asr]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan