Ceramah

Selasa, 4 Januari 2011

Human current

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah (s.w.t.), Pencipta alam semesta
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) itu pesuruh Allah, bagi seluruh manusia di dunia



Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]

Assalamualaikum
你好

Alhamdulillah


Masuk seminggu merantau jauh
Masih hidup walaupun hidup ala koboi

Penuh persoalan yang muncul dari otak

Banyak soalan yang tak mampu dijawab buat masa ini


Soal masa depan, soal perancangan, soalan pelik2
Tak mampu dijawab dengan spontan


Soalan itu lebih sukar daripada soalan vertikal seperti matematik

Kerana saya sendiri pun tak pasti, entah2 lepas publish blog ni terus mati

Segalanya rahsia Allah, saya sendiri pun tak tahu secara mutlak
Dan moga segalanya adalah yang terbaik buat diri


Tugu penyu di Kuala penyu, jambatan gantung Papar, jeti speedboat di Labuan, banyak kenangan kembali segar


Kenangan2 manis, dan ada yang takkan dilupakan


Khususnya pengalaman di surau Al-Irfaan, KML

Walaupun itu adalah kali ke-2 menjejak kaki di KML

Tapi penjejakan itu tetap dikira kali pertama

Kerana lebih ada ruang masa untuk menjenguk surau besar di situ


Timbul satu perasaan yang amat berbeza tatkala berdiri di surau itu


Surau Al-Irfaan... (sambil memandang ke langit)

Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Agar kita akan tetap berdiri, supaya dapat terus berlari

Insyaallah


=====
] Aurora [

=====


Petang itu, jam 8 malam

Ada seorang remaja, namanya Ramlan, sedang menenun kain
Sambil membelek2 kasutnya yang koyak, dia terpandang satu poster
Poster yang koyak kebasahan dek hujan ribut malam semalam, diteliti oleh remaja hitam manis itu

Poster itu tertulis, "Bicara soal cinta menurut Islam."

Tanpa semena-mena, bajunya ditarik seseorang, bersuara lembut;
"Ayah....ayah...Apa maksud poster itu? Ayah, apa itu cinta?"

Remaja itu merenung muka kanak2 comel itu dalam2. Dan, dia bersuara perlahan
"Cinta ini, ibarat aurora."

Anak comel itu mengerut dahi, dan bertanya lagi,
"Aurora? Sedapnya bunyi. Apa aurora itu, ayah? Bes ke aurora tu, ayah? Bes macam AUKU ke, ayah? Sedap macam rasuah ke, ayah?"

Remaja itu menelan air liur, terkejut kerana kanak2 kecil itu sudah fasih menyebut AUKU dan rasuah, sedangkan anak itu akan mengenal semua itu 20 tahun akan datang

Ramlan bersuara lembut,
"Bukan sayang. Walaupun AUKU itu bes, rasuah itu sedap, tetapi aurora ini, keindahannya mengatasi segala kesedapan dan kebesan itu."

Ramlan terdiam seketika. Sambil memandang langit mencari penjelasan lebih mudah difahami untuk waqi' anak kecil itu.

"Adik pernah tengok pelangi?" Ramlan bertanya

"Pernah ayah. Pelangi cantik." Balas si kecil

Ramlan mula berhujah;
"Aurora itu ibarat pelangi.
Jika pelangi itu cantik, maka aurora itu jauh lebih cantik dari pelangi.
Jika pelangi itu mendamaikan, aurora itu 10 kali lebih damai dari pelangi.
Maksudnya, aurora itu jauh lebih istimewa dari pelangi."


Terkulat2 seketika, kemudian si kecil bersuara lagi, kelihatan berminat,

"Jadi, di mana aurora itu, ayah?

Bolehkah kita lihat aurora itu macam melihat pelangi?
Adakah ianya muncul seperti pelangi di waktu siang yang cerah?
Adakah kemunculan aurora itu boleh diramal seperti pelangi?
Bolehkah kita ambil gambar aurora seperti mengambil foto pelangi?
Bolehkah aurora itu dimakan?
Bolehkah disentuh?
Bolehkah kita beli aurora itu di kedai Giant?"

Ramlan tersenyum, dan menjawab ringkas,
"Tidak, dan takkan, sayang."


Si kecil terus bermuka masam, kecewa dengan jawapan Ramlan yang ringkas, tidak puashati dengan persoalan yang masih tergantung.

Otaknya ligat berpusing, dengan penuh sejuta persoalan mengenai aurora.

Tiba2, suara dari jauh menegur,
"La, kat sini rupanya kamu. Puas ayah cari kamu tau tak. Emak kamu risau dah ingatkan kamu kena culik. Mai sini ikut ayah."

Sambil menghulurkan tangan, Ramlan bersalaman dengan pemuda misteri yang muncul, seraya berkata kepada pemuda itu;
"Oh. Betullah itu. Sekarang ni mukim kita agak kurang selamat. Banyak sudah kes2 culik sana-sini. Polis pun sudah tidak mampu membanteras culik2 ini kerana kini sibuk dengan agenda PRU-19 akan datang. Kini mereka mudah dijumpai di lorong2 speedtrap dan kedai2 kopi membincangkan masalah jenayah yang kian merebak tanpa kawalan."

Pemuda itu membalas,
"Syukurlah anak pakcik ini tidak tersesat ke tempat lain. Terima kasih tuan kerana sudi melayan kerenah anak saya ini. Dia ni selalu sangat tersilap ayah, saya sendiri pun pelik dengan peel kanak2 sekarang."

Dari jauh, Ramlan merenung 2 susuk tubuh berlalu pergi. Dari kejauhan ufuk senja, kelihatan tangan si kecil melambai kepada Ramlan, simbolik kepada ucapan : 'Good bye. Nice to meet u. Xiexie ni !'

Cinta tak perlu dilafazkan selalu, tetapi ia perlu dipraktikkan selalu

Cinta...Berbicara soal cinta

Ramai manusia, berminat apabila berbicara soal cinta

Itu boleh dibuktikan dengan membandingkan jumlah hadirin program yang bertemakan cinta dan hadirin program yang bertemakan akidah ataupun fakta sains

Cinta itu aurora

Memang indah, cantik
Hadirnya tidak diketahui
Muncul dalam pelbagai warna
Hasil daripada ion +ve dan -ve yang menarik antara satu sama lain
Kemudian loncatan elektron dari orbital menghasilkan photon
Photon itu menyebabkan gelora cinta semakin indah

Tetapi awas

Jangan kerana cinta, anak-bini sengsara
Jangan kerana cinta, sahabat merana

Jangan kerana cinta, umat berpecah-belah


Bahayanya cinta, seperti aurora

Jika tidak dikawal, ramai orang mati hasil kejutan elektrik cinta
Jika tidak berhati-hati, kita lupa untuk memandang kuasa yang mentadbir kejadian aurora

Jika tidak mahu bersyukur, ada yang terlupa untuk menghargai keindahan hikmah takdir Allah Maha Mengetahui



Kerana cinta jugalah, seorang insan bernama Kassim menelan airliur berulangkali, hinggakan peluh jantan asyik membasahi dahinya

Bukan kerana dia lapar atau haus, tetapi takut dan seram

Ditambah dengan lagu latar - Muadz : Hijrah, menambahkan lagi perasaan aneh yang mencengkam diri

Perasaan yang ibarat seorang manusia lemah yang tiada apa2 senjata, hanya berkain pelikat, sedang berhadapan dengan 5 orang zombie yang lapar, dengan 2 ekor zombie anjing yang garang.


Kerana takut kepada sesuatu, yang sangat menakutkan

Sesuatu yang sering 'mendekati' Kassim

Ibarat satu bayangan seperti pelangi

Pelangi itu cantik dan indah, tetapi kita tak dapat gapai, dek kerendahan kita untuk menggapainya, dan kerana kita tidak boleh terbang tinggi

Ibarat satu ilusi seperti aurora

Kecantikan aurora yang hanya mampu dilihat dari jauh, kita sendiri tidak tahu bilakah ianya muncul walaupun kita tahu proses di sebalik fenomena

Kejadian pelangi dan aurora, jelas menunjukkan betapa lemahnya kita di sisi Tuhan

Kerana itu juga, Kassim cepat2 menekan butang log-out, shutdown laptop, dan menonton tv tanpa sebab, masih dalam seribu ketakutan.


Jangan takut...

Kerana cinta, ada yang lemas dalam falsafah cinta
Kerana cinta, ada yang hanyut dalam gelora retorik cinta
Kerana cinta, ada yang terdampar kepenatan di lautan cinta yang luas

Dan, kerana cinta

Umat Islam semakin mundur, hanya sibuk berfantasi di awangan hingga lupa kepada anak2 yang kebuluran, orang2 tua yang terkapar2, anak2 muda yang mencari erti hidup, dan umat2 yang masih dipenjara jeriji kejahilan

Bukan kerana cinta itu menjadi punca kita mundur
Tetapi kerana kita memundurkan cinta itu

Kerana kita terperangkap dalam nukilan C.I.N.T.A.
Tidak keluar dari penjara 5 huruf itu
Hanya berpusing-pusing di medan awan cas cinta

Kesannya

Kita lupa menambah ilmu, hanya sibuk berilusi
Kita lupa memperkasa amal, hanya sibuk berteori

Kita lupa mencari Tuhan, hanya sibuk berfantasi

Diri tidak berani berbicara soal 'cinta menurut Islam'
Andai diri masih belum menjadi orang Islam yang sebenar
Andai diri masih belum mampu 'mengislamkan' orang lain ke arah yang betul

Biarlah diri berdiam diri soal 'cinta menurut Islam'
Andai umat Islam masih ramai diselubungi kejahilan dan permainan dunia yang bahaya
Andai diri sendiri masih belum menjadi mukmin sebenar..

Bukan tiada perasaan manusiawi tentang cinta
Tapi takut amanah lain terganggu hanya kerana cas ion yang overload dek gelora cinta

Lagipun biarlah cinta itu selamat dan suci buat pemilik segala cinta
Supaya keindahan aurora itu kekal cantik dan indah


"We recognize that marriage is the best solution for two people who are in love."
[Ibn Abbas r.a]

Berbicara soal cinta
Yang biasanya lebih kepada wanita

Kerana wanita itu hiasan dunia

Kerana hiasan itulah, menyebabkan ada wanita berlumba-lumba untuk kekal cantik

Agar diberi perhatian, agar dapat perhatian ramai

Hinggakan ada yang berlakon ayu di hadapan orang ramai


Agar orang mula berkata-kata,

"Wah, untungnya siapa dapat peristerikan wanita itu."

"Wah, ayunya gadis ini, adakah dia sudah berpunya?"

"Milik siapakah gadis ini?"


Sedangkan di belakang tabir, perangai...
Tidak seayu dan seindah seperti yang disangka

Gusar, apabila ramai gadis mudah rasa bangga apabila namanya disebut2 dengan si lelaki pujaan

Lagi kecewa, hanya insan yang sama sahaja sudi turun padang membantu petugas2 yang kepenatan di medan perang


Yang lain, entah ke mana menghilang


Ini realiti, dan saya sendiri rasa sedih pun ada, marah pun ada, konfius pun ada

Gejala berlakon, retorikrasi dan hippokratik yang adakalanya menjadi virus jika sukarelawan WHO bertindak lembap menghasilkan vaksin

Lebih membimbangkan,
untuk kekal cantik juga, ada sanggup ....

Pil?
Botox?
Rawatan spa?
Susuk?

Yang akan menjejaskan kesihatan diri buat 20 tahun akan datang

Untuk apa memaksa diri itu cantik, duhai wanita?


Usah menyeksa dirimu dengan pil2 yang sinting

Usah korbankan keaslian dirimu untuk 'kekal' indah

Usah menzalimi hak badanmu agar kekal cantik


Cantik itu amanah, duhai wanita

Amanah yang teramat berat, dan semakin berat buat wanita yang cantik atau merasakan dirinya cantik


Jika dirimu tidak menjaga amanah cantik itu bagus2

Nanti segalanya menjadi bakaran api Neraka


Peliharalah dirimu agar kekal cantik di sisiNya

Kelak engkau akan sentiasa cantik di sisi manusia

Dan selamat dari menjadi mangsa nafsu manusia yang gila


Ingatlah wanita

Dirimu begitu berharga

Lagi2 berharga jika dirimu menjaga malu itu demi keredhaan Allah

Bukan menjadi wanita yang menjadi kegilaan dan sebutan ramai jejaka


Bertambah indah dirimu itu

Jika sudi menjadi tunjang belakang seorang pemuda

Dalam menggerakkan sebuah jemaah


Kami
sukakan wanita yang asli

Tidak dipenuhi kepura-puraan dan hipokrasi

Tidak hanya cantik dek hasil sulaman topeng botox

Bebas dari suntikan pil terlarang yang tidak diketahui halal-haramnya


Tidak hanya menjadi dambaan duniawi, sebaliknya menjadi dambaan para malaikat

Bukan sekadar disayangi makhluk dunia, tetapi sentiasa di bawah kasih sayang Allah

Keaslian itulah sumber kekuatan sebenar
Keaslian itulah kecantikan kekal
Keaslian itulah keindahan sejati

Bak cantiknya keaslian pelangi dan ketulenan aurora
Yang sentiasa kekal cantik dan indah untuk santapan mata

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

..dan iman mengatakan perempuan itu cantik atas dasar pengabdian mutlaknya pada Pencipta keindahan."

Allah itu indah dan cintakan KEINDAHAN


Usah rosakkan pandangan kami, usah cemari alam ini

Usah membantu kami untuk khianat anugerah mata yang Allah beri kepada kami


Kerana kami mahu memandang segala yang indah sahaja

Bukan apa2 yang berunsur kerosakan dan provokasi


Kerana dirimu begitu berharga
Dan kami mahu menghargai dirimu mengikut syariat sebenar


Indahnya Aurora Borealis


==========
] Patience Power [
==========

"Sabar dalam kesendirian adalah tanda kekuatan akal. Barang siapa yang merenungkan tentang Allah, ia akan menjauhi orang-orang yang mencintai dunia dan menginginkan apa yang ada di sisi Tuhannya, Allah adalah penenangnya dalam ketakutan, temannya dalam kesendirian, kekayaannya dalam kefakiran dan kemuliaannya di hadapan selain kerabatnya."

Malam itu, selepas subuh

Ramlan (watak selain dari yang sebelum ini), sedang melukis kartun

Sedang asyik melukis, henset Nokia 3310 warna oren berbunyi
Ramlan ambil henset itu, dan menekan kekunci lusuh warna oren, membuka 'inbox' henset cikai itu

SMS daripada Rohana, tertulis,


"Saya rasa saya mahu sakit."


Ramlan balas, "Ok."

Kemudian Ramlan menutup henset, sambung melukis

Esoknya, rumah Ramlan riuh rendah
Rakan rumahnya membebel, sambil berkata,

"Bila masa pula aku reply 'ok'? Tak pepasal bini aku mengamuk. Makan Parvis la hari ni."


Di satu sudut rumah, Ramlan meneruskan melukis, kartun baru, watak Son Goku dan Pikor...

Dialog atas itu hanya selingan, fokus kita di sini ialah ayat ni :

"Saya rasa saya mahu sakit."

Ayat ini, jika dibaca seimbas lalu, kita tahu bahawa orang itu merasakan dirinya akan sakit
Mungkin dia rasa sengal2 badan, pening2 kepala, ataupun sendawa beberapa kali

Tetapi, adakalanya, buat sesetengah manusia, dia menafsirkan lain - orang itu sedang berusaha untuk sakit, bermaksud, dia sukakan sakit. Dan, insan itu mungkin sedang dalam bahaya kerana itu mungkin ancaman buat penerima mesej, sebelum dia melakukan satu tindakan nekad yang bahaya buat dirinya sendiri. Lagi tragis, mungkin itu mesej terakhir buat penghantar SMS, sebelum dia kembali ke alam barzakh.

Mungkin juga, ada orang menyangka bahawa 'sakit' itu adalah sejenis buah, atau jenama shampoo, atau sejenis kalkulator dsb. Maka, maksud ayat itu lebih kepada satu permintaan dan harapan - saya mahu 'objek', di mana objek itu dikenali sebagai sakit

Atau, ada juga orang yang mungkin, sejak lahir, namanya tertera di I.C. sebagai Ahmad Sakit, Abdul Sakit dsb. Maka, ayat itu mungkin berbentuk provokasi - ibarat mengancam si suami agar memberi talak untuknya, supaya bebas bertemu cinta terbaru.

Dan, jika kita buat eksperimen, dengan 10,009 sampel manusia, kita akan dapati tafsiran pelbagai muncul dari ayat ringkas itu

Kerana neuron manusia tak sama, walaupun kandungan lemak dan protinnya hampir sama

Dan, tindakan Ramlan juga, untuk satu aspek, kita lihat dia ibarat seorang yang zalim kerana, faham2 sendiri.

Tetapi, mungkin juga tindakan Ramlan ibarat satu tindakan yang genius

Sekiranya ayat di atas itu lebih kepada provokasi. Maka, Ramlan telah berjaya menyelamatkan rumahtangga seorang Muslim. Masakan tidak, apa perasaan si isteri, apabila ingin menguji sang suami, respon yang dia dapat - Hanyalah 2 huruf ringkas dan berbentuk sinikal, seolah-olah tidak kisah si isteri berlaku curang kepadanya.

Sekiranya ayat itu lebih kepada ancaman, maka Ramlan telah berjaya menyelamatkan seseorang yang bernama Rohana. Mungkin agendanya terbantut apabila menerima SMS 'ok', kerana dia mula rasa diri itu terlalu bodoh untuk mengorbankan diri buat seorang jejaka yang berhati-kering.

Dan, begitulah adat bersosial
Ada banyak ragam manusia kita jumpa

Permainan hati, secara teorinya mudah
Tapi praktikalnya, pening dan rumit
Tambah2 jika kita kenal ramai manusia

Hati itu milik Allah, bila2 masa juga manusia boleh berubah hasil aturan Allah

Adakalanya musuh menjadi teman, adakalanya teman menjadi musuh
Adakalanya teman berubah menjadi musuh sejati, adakalanya musuh tegar menjadi sahabat rapat

Itulah kitar hidup sesama manusia

Begitulah juga adat berjemaah, tidak akan bebas dari masalah manusia
Kerana dalam jemaah itu sendiri, dipenuhi dengan manusia

Jemaah dipimpin oleh manusia, dan jika tiada manusia, maka tiadalah jemaah

Cuba lihat di Marikh, adakah jemaah Islam di sana?
Saya tiada kenalan alien, maka saya tidak tahu

Jemaah Islam terdiri daripada ribuan manusia
Ada juga puluhan
Ada juga jutaan

Ada juga misteri

Yang hakikatnya manusia itu yang menjemaahkan jemaah
Jika tiada manusia, tiada ertinya jemaah

Takkan mahu suruh tupai tanah menjadi ahli jemaah?
Pernahkah kita lihat burung kelicap menerajui tampuk pimpinan sesuatu jemaah?
Adakah lipas aktif ketika perang muktamar menembak M-16 yang dipenuhi peluru Desert Eagle-18?

Dalam kerenah manusia pelbagai, maka di situlah akan berlakunya perselisihan faham

Dan ayat paling ketara biasanya keluar, "Itulah orang jemaah", "Itulah adat jemaah"

Dan saya, lebih suka amalkan kata-kata ini,

"Ahli jemaah juga manusia, bukan nabi atau malaikat."

Sekurang-kurangnya, manusia itu sudi menggerakkan jemaah
Tanpa mereka, jemaah akan terkubur begitu sahaja
Dan mereka juga, bukan manusia yang menjahanamkan jemaah

Seperti puak2 SB yang sarkastik - satu kerjaya mudah tapi mencabar

Hanya kerana mungkin mereka tiada kerja yang lebih berfaedah

Mungkin anak2 mereka sudah cukup amalan fardhu

Mungkin isteri2 mereka sudah jadi calon bidadari syurga

Atau mungkin juga mereka sendiri sudah hebat bak para sahabat2 nabi tercinta

Dan kita sebagai seorang orang Islam yang bersyariat

Selagi mereka orang jemaah, dan orang Islam, dan orang2 yang tidak memusuhi Islam seperti kafir zimmi, selagi itu sepatutnya kita cuba untuk sama2 berdamai

Bukan kita sendiri menjadi orang Islam yang penuh keparat


"Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
[Al-Hujurat : 10]


Belajar dari lipas


Mereka tidak busukkan lipas lain, kerana mereka sudah sama2 busuk
Mereka tidak kotorkan lipas lain, kerana mereka sendiri main kotor sama2

Mereka tidak sebarkan penyakit ke lipas lain, kerana mereka sendiri bawa penyakit

Mereka tidak makan lipas lain yang dah mati, kerana mereka tahu lipas itu tidak berkhasiat sama seperti mereka


Dan


Mereka sama2 mencari dan memberi untuk kebaikan dan kesinambungan koloni2 lipas

Jangan menyesal setelah kita bertindak, kerana tiada gunanya diselubungi rasa bersalah setelah menyeksa ahli jemaah sendiri

Khususnya menyerang tanpa bukti, memfitnah secara melampaui batasan fitrah seorang manusia

Cuma yang penting, jadikan itu pengajaran agar kita sama2 lebih matang dalam berjemaah untuk pedoman masa hadapan

Supaya kesinambungan dan kekuatan jemaah semakin bertambah dan kekal tip-top

Back to basic, ahli jemaah juga manusia yang sama2 makan nasi


Tidak terlepas buat kesilapan

Tiada yang sempurna semua aspek

Tambah2 lagi insan2 hina macam kami ni

Jika boleh, usah buat kesilapan yang sangat extreme hingga merosakkan orang lain

Kerana bayaran Tuhan juga Maha Adil

Jika dah terbuat, mohon jutaan taubat agar Allah maafkan

Agar manusia itu juga terbuka hati untuk memaafkan

Apa juga gunanya jemaah, jika hanya orang tak guna memimpin jemaah?
Apa ertinya jemaah, jika hanya dipenuhi manusia yang saling menjatuh-celakakan orang lain?

Apa relevannya jemaah, jika manusia yang tamak dan diselubungi penyakit wahn sahaja berfungsi?
Apa gunanya jemaah terbina, jika manusia yang memusuhi Islam pula ramai menyelit di dalamnya?
Apalah ertinya hidup berjemaah, jika diri masih diselubungi dendam, dengki, benci dan prasangka yang berpanjangan?


Tiada istimewanya kita semua, masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri

Yang akhirnya kita semua sama2 disumbat dalam kubur menjadi daging yang tiada erti

Yang membezakan kita hanyalah amanah dan tanggungjawab yang telah dicantikkan semasa kita hidup




Jika pelangi itu indah
Jika aurora itu cantik

Ingatlah janjiNya bahawa
Syurga itu jauh lebih cantik dari semua itu
Syurga itu lebih hebat indah dari apa yang ada di Bumi

Malahan selamanya kita kekal di situ
Jika kita berusaha


Jadi, tunggu apa lagi?
Jom kita sama2 menuju ke Syurga
Jadikan amanah itu bonus untuk laluan ke sana

Akhir kalam

Selamat memimpin jemaah, jawatan itu amanah

Tiada gunanya ada jawatan tetapi menjahanamkan lagi jemaah

Tiada ertinya ada kuasa tetapi menambahcelakakan umat Islam

Apalah gunanya jemaah, jika tidak dipimpin manusia?

Pesan Hassan Al-Banna: "Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia, untuk itu bantulah saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan, dan saat tak seorang pun faham perasaanmu, berlarilah kepada-Nya."

Selamat memilih !!


The leader always set trail for others to follow

Saya hanya lelaki biasa,
yang berpegang kepada ayat,
"Jawatan itu tak penting, tanggungjawab itu yang penting."


Keep moving, keep climbing



"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]


Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kebahagiaan buat mereka yang istimewa

Good things come to those who wait


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

MENCARI dan MEMBERI, agar dapat terus BERDIRI...
MEMBERI atau DIGARI, itu urusan TUHAN Maha Memberi...
Hidup terus BERDIRI dan BERLARI, supaya hayat lebih BERERTI...



想念你
爱你

PAS for All

Wassalam


:: Published completely on 7th January at 10:15 pm ::


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..