Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
[Al-Falaq]
Assalamualaikum你好
Tepat jam 11 malam, kaki berpijak di bumi yang agak asing
Agak speechless untuk berbicara apa2 isu
Agak kekok untuk menyesuaikan diri setelah lama tak bertanah di sini
Agak blur tatkala jasad terpaku di terminal 2
Perasaan bercambur-baur
Gembira kerana dapat bertemu sahabat lama
Seronok berpeluang bertemu dengan kekasih yang setia
Teruja untuk bertemu adik2 yang memberi sokongan
Namun
Risau dengan musuh2 yang masih terselit dalam sejarah hidup
Bimbang dengan trauma angkara buatan manusia sebelum ini
Takut untuk hadapi segala kenangan2 pahit yang masih menghantui diri
Tapi itu bukan alasan untuk menarik diri dari 'turun padang'
Dan segalanya bukan halangan untuk kita terus kekal hidup ceria dengan insan2 yang istimewa
Kerana kita tetap ada Allah
Di mana kita mencari, di situ kita akan terus memberi
Dan selagi itu kita akan terus berdiri
Insyaallah
============
] Migrate precision [
============
] Migrate precision [
============
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya."
[Al-Ma'arij : 5]
Sempena hijrah tahun baru ni, akan cuba padatkan isi di blog
Akan cuba lebih serius menggoreng, tapi tidaklah sampai jadi garang
Akan cuba untuk santai jika terlalu berat, tapi tidaklah sampai bersantai
Dan tidak sentuh sangat hal2 berat sangat untuk pembaca
Kerana kasihan melihat pembaca yang penin-lalat dengan entri2 sebelum ini
Bukan kerana kedekut ilmu, tapi saya mahu tingkatkan lagi pencarian
Supaya saya boleh memberi sesuatu yang lebih indah buat semua orang
Khususnya buat tanah air saya yang sementara ini
Iaitu sabah bumi mutiara

Pernahkah kita tengok burung terbang secara berkumpulan? (dalam BInya flock)
Apa yang kita nampak?
A- Burung itu terbang
B- Burung itu hebat
C- Burung itu lapar
D- Burung itu migrasi
E- Kena ambil baju di ampaian, nanti ada pakaian kena najis burung
Kita sentuh sikit pasal migrasi burung, sempena konsep hijrah kali ini
Deria burung, kecantikan dan kehalusan seni yang ada dalam migrasi seekor burung
Ketepatan destinasi, kecantikan sistem, perancangan rapi
Ketepatan destinasi, kecantikan sistem, perancangan rapi
Bagaimana burung itu migrasi tanpa menggunakan kompas? Dan mereka tidak pernah sesat?
Sedangkan mereka tiada pembantu pelancong untuk menunjuk arah destinasi sebenar
Lagi ajaib, laluan mereka tetap sama dan biasanya secara linear
Mereka tidak belok2 atau melakukan laluan zig-zag ketika migrasi
Segala gunung sejuk, segala lautan luas, mereka redah sahaja
Asalkan mereka sampai ke destinasi, dengan laluan paling dekat dan cepat
Ibarat ada stesen ramalan cuaca, mereka tidak melalui kawasan yang dilanda ribut dan taufan
Dan perjalanan mereka tidak akan berhenti walaupun ada 'godaan' di bawah seperti bau ikan yang sedap dan makanan yang banyak di sekeliling perjalanan
Kerana fokus mereka hanya satu - migrasi
Segala umpan2 minor yang lain, yang mengganggu migrasi, tidak akan dilayan
Setelah mereka tekad untuk migrasi
Maka tiada apa boleh mengganggu mereka sepanjang perjalanan
Burung2 yang migrasi telah membuat persiapan rapi untuk perjalanan jauh
Sebelum bertolak, mereka sudah bersedia segala mental dan fizikal
Jika perlu meredah laut yang luas, mereka sudah sediakan 'makanan' secukupnya agar tidak kelaparan sepanjang meredah laut yang luas
Kerana di laut, tiada stesen minyak dan R & R untuk berhenti rehat
Jika perlu merentas gunung-ganang yang tinggi, mereka sudah sediakan 'baju sejuk' untuk melalui kawasan2 yang sejuk melampau dan udara yang lembap
Kerana jika lalui kawasan tinggi, mereka perlu hadapi risiko fros, risiko bulu yang penuh kelembapan, dan kehilangan haba yang banyak
Maka jika keadaan berterusan, mereka sukar untuk terbang, dan mungkin lagi teruk, mereka akan mati sejuk
Apalah ertinya migrasi jika mati kelaparan dan kesejukan?
Apalah ertinya migrasi jika sesat dan salah destinasi?
Apalah ertinya migrasi jika sesat dan salah destinasi?
Jadi, mereka sudah ada perancangan rapi sebelum bertolak
Lantas, siapa yang bertindak sebagai 'men behind door' untuk semua ni?
Itulah Allah, Tuhan kita semua
Kasih sayangNya melangkaui migrasi seekor burung
KebijaksanaanNya melepasi kuasa akal manusia
Cuba bayangkan kita yang manusia ini
Baru bertolak dari Ipoh-Johor pun masih perlukan papan tanda
Bolehkah kita sampai ke Johor tanpa bantuan jalanraya dan papantanda?
Sedangkan guna kompas dan peta pun kita masih boleh sesat?
Tapi, burung pun Allah dah tetapkan hidup mereka
Sampai satu ketika, tidak lewat, tidak awal, mereka akan migrasi
Satu deria yang normal buat mereka, daripada Allah Maha Mentadbir segalanya
Setiap waktu migrasi mereka telah ditetapkan dengan sempurna
Apakah kita masih tidak mahu bersyukur?
Lemahnya diri kita ni
Hinanya kita ni
Kerdilnya kita ni
Malu dengan kuasa Allah, burung pun ikut suruhan Allah
Jom migrate !!
===========
] Kunang-kunang [
===========
] Kunang-kunang [
===========

Tika malam, dalam jam 9 malam
Ada seorang kanak2
Dia bermain di luar
Dia menjerit, "bola api ! bola api !"
Ibunya di dalam rumah, sibuk mengemas dapur
Ayahnya pula, membaca suratkhabar
Kemudian dia masuk ke rumah, dia menarik2 tangan ayahnya
Seraya berkata, "Ayah, ada bola api kat luar. Adik takut."
Ayahnya hairan, lalu keluar melihat 'bola api' yang diperkatakan anaknya itu.
Dalam kesamaran gelap malam, kelihatan 'bola api-bola api' sedang berpusing2 di laman rumah
Kemudian, si ayah tangkap satu bola api buat si anak
Si anak yang takut, cuba menutup mata
Si ayah menunjukkan bola api yang dalam genggaman kepada anaknya
Seraya berkata, "Ini kunang-kunang."
Perlahan-lahan, si anak membuka matanya
Melihat 'bola api' itu, yang merayap2 di tangan ayahnya
Si anak berkata, "Tak bahaya ke bola api ini, ayah?"
Si ayah tersenyum...

Itulah sedikit cerita
Teori takut seorang anak, kerana dia belum tahu realiti bola api sebenar
Dia menyangka bahawa bola api itu satu makhluk berbahaya
Kerana dalam fikirannya, api itu membakar dan bahaya buat kulitnya yang halus
Tetapi, si ayah, hasil pengalaman dan ilmunya, dia tidak takut untuk melihat bola api itu, malahan mampu menangkap bola api itu
Simbolik kepada api adalah warna oren atau kuning
Apa sahaja warna oren atau kuning, kita akan nampak itu adalah api
Api, biasanya merujuk kepada syaitan
Ops..

Pergi lebih jauh
Api, atau matahari, adalah satu bola-api yang sangat besar
Hari2 kita perlukan matahari
Untuk mengeringkan pakaian, untuk sumber haba, untuk tumbuhan menjana tenaga ATP sebagai permulaan proses fotosintesis dan lain-lain
Adakalanya, orang merungut kerana panas
Kerana panas menyebabkan kita berpeluh
Ada orang berasa rimas berpeluh, bimbang badan menjadi busuk dan masin
Yang kelak menjejaskan imej dia sebagai seorang lelaki kacak atau wanita anggun
Ops..
Berbalik kepada matahari
Satu bola api teramat besar
Dan teramat jauh
Kesannya pun teramat jelas
Bahayanya juga sangat membunuh
Hinggakan jika penipisan ozon sedikit pun, sudah mampu memberi kanser kulit kepada manusia di bumi
Hinggakan jika bumi mendekati matahari walau seinci sekalipun, mati habis makhluk2 di bumi kecairan
Atau, jika bumi menjauhi matahari walau seinci, habis makhluk bumi ramai mati kesejukan
Satu fenomena 'doom'
Kerana itu, rangkaian orbital bumi dan planet2 lain, tetap setia mengekalkan pusingan tanpa mungkir
Kerana jika rangkaian orbit buat masalah, mati katak satu galaksi
Kerana kesan matahari amatlah besar buat semua planet
Termasuk juga bulan2 di planet seluruh galaksi bimasakti
Matahari, satu makhluk yang kekal misteri walaupun zaman sudah berubah
Hingga hari ini, masih tiada orang boleh mendekati matahari secara 'live'
Hanya gambaran dan bayangan imej hasil buatan teknikal semata
Hanya planet utarid adalah makhluk paling 'kebal' untuk menampung suhu matahari
Kerana takdir dia untuk menjadi planet yang pertama di hadapan planet2 lain
Itu baru matahari
Bola-api yang besar
Hari-hari kita nampak
Kesannya bukan kepalang
Ada positif, ada negatif
Bergantung sejauh mana kita intrepretasikan kesan bola api
Kita, seorang manusia yang berakal
Seorang manusia yang sudah 'besar2'
Pernahkah kita takut dengan Neraka?
Sedangkan matahari itu pun sudah bahaya?
Apa terjadi dengan hati kita?
Mana hilangnya kewarasan otak kita?
Mana perginya kefungsian akal kita yang matang?
Sedangkan kanak2 yang comel itu, baru lihat bola api kecil pun sudah takut?
Sedangkan kita, melihat matahari yang besar tidak pernah untuk takutkan Neraka yang luas
Malahan Neraka lebih dahsyat dari matahari
Tak dapat dibayangkan dengan otak
Para sahabat nabi s.a.w., ada yang pengsan menggambarkan bayangan seksa neraka
Tetapi kita, hanya bergelak ketawa...
Sedangkan kita yang berakal, bila pula kita mahu migrasi?
Sempena tahun baru ni, mari kita sama2 migrasi semasa hidup ini
Sebelum kita migrasi ke alam yang lebih seram - kubur
Satu alam di mana mata kita, mulut kita, hidung kita, segalanya dipenuhi tanah
Satu tempat di mana badan2 kita dimakan ulat secara perlahan2
Satu ruang yang entah sempit dan gelap atau teramat lapang dan cerah
Satu keadaan yang entah celaka atau bahagia
Jumpa lagi dalam sebulan kalau ada masa mengarang
Kalau dah masuk kubur, sama2 kita sedekahkah Fatihah
Selamat tahun baru
Sama2 kita sambut dengan hikmah, bukan dengan punah
Sama2 kita jadi manusia bersyariat, bukan penuh keparat
Khas buat saudara Nasir, nanti saya potong rambut, paling lewat bulan depan
Nanti sudah kahwin, tak boleh dah bela rambut pasal isteri tak bagi
Dan terima kasih buat encik arep kerana sudi meminjamkan laptop untuk mengarang
Hehe
Jangan nakal2
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al-'Alaq : 1-5]
[Al-'Alaq : 1-5]
Bacalah
Jika bukan untuk kita, berilah kepada orang yang memerlukan
Buat insan2 tersayang, buat kebahagiaan mereka yang istimewa
Maka...
Bacalah....

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
我想念你
我爱你
PAS for All
我爱你
PAS for All
Wassalam
:: Published completely on 31 December at 10:15 am ::
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-Asr]
[Al-Asr]


Tiada ulasan:
Catat Ulasan