Ceramah

Isnin, 10 November 2008

Explore Quranul Karim - Al-Maa'uun & Al-Kautsar



AL MAA'UUN (BARANG-BARANG YANG BERGUNA) Surah ini terdiri daripada 7 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas surah At-Taakatsur. Nama "Al Maa'uun" diambil dari kata "Al Maa'uun" yang terdapat pada ayat 7, ertinya barang-barang yang berguna.

Beberapa sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama. Ancaman terhadap orang-orang yang melakukan solat dengan lalai dan riya.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menghardik anak yatim,
3. dan tidak memberi makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya [1],
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna [2].
[1] Riya ialah sesuatu amalan yang dilakukan bukan untuk mencari keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian atau kemegahan pada masyarakat.
[2] Sesetengah mufassirin mentafsirkan 'barang berguna' ini ialah 'zakat', bermaksud orang yang enggan membayar zakat termasuk golongan yang akan mendapat kecelakaan dariNya.


Surah Al Maa'uun menjelaskan sifat-sifat manusia yang buruk yang membawa mereka ke dalam kesengsaraan.



AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK) Surah Al-Kautsar terdiri daripada 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah diturunkan selepas surah Al-'Aadiyaat. Dinamakan "Al Kautsar" (nikmat yang banyak) sempena perkataan "Al Kautsar" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini sebagai penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t. telah melimpahkan nikmat yang banyak. Oleh itu itu bersembahyang dan berkorbanlah; Nabi Muhammad s.a.w. akan mempunyai pengikut yang yang banyak sehingga hari kiamat dan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, bukan seperti apa yang diperkatakan oleh golongan yang membenci Baginda s.a.w.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
2. Maka dirikanlah solatt kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah [1].
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, dialah yang terputus [2].
[1] Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
[2] Maksud "terputus" di sini ialah terputus dari rahmat Allah s.w.t..


Surah ini menggalakkan orang agar selalu beribadah kepada Allah s.w.t. dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkan-Nya.

'Kembara minda menambah ilmu'..Barakallahufikh... =)


MENDAMBAKAN CINTA ALLAH

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..