Ceramah

Ahad, 11 Mac 2012

Big spider


Assalamualaikum

Alhamdulillah..masih diberi rezeki untuk menulis dan memberi secebis idea

Sebut soal rezeki, ada banyak tafsiran

Satu perkara yang ironik
Kerana ada orang mengatakan rezeki dia adalah halal, walaupun dengan duit rasuah

Mungkin juga retorik
Kerana ada orang mendapat rezeki hasil dari usaha orang lain, mungkin harta orang bawah dia, ataupun duit pelajar

Ada juga berbentuk hipokrit
Kerana ada orang tahu bahawa cara mendapat rezeki itu salah di sisi syarak, tapi tetap berkeras ingin mendapatkan sesuatu perkara yang dia mahu hingga melanggar hukum yang dia tahu

Tapi yang pasti, ramai kita tahu
Rezeki Allah itu misteri

Kita tak tahu bila ia datang
Kita juga tak tahu bila ia pergi


Sebut soal rezeki, ianya satu perkara yang subjektif

Adakalanya kita dah usaha 200%, tapi kita dapat -200% (tanda negatif bermakna kita dapat lain dari apa yang kita usahakan, malah mungkin bertentangan dengan apa yang kita usahakan)

Adakalanya kita tak usaha langsung, tapi kita dapat 400%

Adakalanya kita usaha 100% (cukup makan), kita pun dapat 100%

Maka, sebab itu kita dilarang untuk berangan-angan hingga melampaui batas
Seolah-olah kita yakin esok kita masih bernafas
Kerana kita tak tahu perancangan Allah yang tiada batas
Maka jangan lupa setiap bahawa usaha itu Allah sudah tentukan, jangan cakap lepas

Namun kita juga perlu merancang dengan rapi
Bukan buat usaha secara membuta-tuli
Langgar pantang serba-serbi, ibarat tak ingat mati
Agar keputusan kita nanti dapat redha Ilahi

(Kalau tak jelas, tekan ctrl+klik kat gambar untuk besarkan)

Tengok gambar-gambar lelabah ni
Tengok video bawah

Apa yang kita nampak?

Kalau kita belajar sains, labah-labah spesis arachnida adalah seekor makhluk yang buat 'web' untuk memerangkap mangsa

Dan seperti kita sudah sedia maklum, 'web' itu juga bertindak sebagai rumah dia

Tapi apa yang kita tengok kat gambar ni, labah-labah tu pula 'turun' bawah untuk makan seekor semut


*Kualiti video agak hambar, pasal tengah mengantuk masa tu (ada kaitan ke?)

Labah-labah yang tiada akal, tetap berusaha mencari rezeki dengan cara halal

Kita tak tahu kenapa labah-labah itu bertindak begitu
Mungkin sarang dia sukar dapat makanan, atau sarang dia sudah dimusnahkan seseorang

Tapi yang pasti, labah-labah itu berusaha mencari rezeki
Dan usaha dia tu sangat luar biasa, sangat bertentangan dengan fitrah labah-labah yang kita kenal

(Kalau tak jelas, tekan ctrl+klik kat gambar untuk besarkan)

Allah Maha Besar
Allah Maha Bijaksana
Allah Maha Berkuasa

Kalau bukan kerana Allah, labah-labah tu takkan dapat semut tu
Kalau bukan kerana Allah, labah-labah tu takkan tahu nak makan apa
Kalau bukan kerana Allah, labah-labah tu mesti mati kebulur tak dapat makan

Sedangkan rezeki seekor labah-labah yang kecil ini pun Allah boleh bagi
Dengan pelbagai cara, tanpa disangka

Maka takkan Allah tak mampu nak bagi rezeki kat manusia bumi ni?
Tambah2 kalau orang tu dah berusaha?
Lagi bonus pula kalau dia seorang yang sentiasa bergantung kepada Allah

Beruntunglah kita kerana berada di jalan Islam


Sebut soal rezeki, tiada siapa boleh ramal 100% tepat

Kadangkala Allah beri apa yang kita tak suka, namun kadangkala juga Allah tidak beri apa yang kita suka.
Kadangkala Allah beri apa yang kita tak mahu, namun kadangkala juga Allah tidak beri apa yang kita mahu.

Tapi percayalah
Semua yang Allah beri itu adalah apa yang kita perlu.

Kalau bukan untuk hari ini, mungkin untuk hari esok
Kalau bukan untuk minggu ini, mungkin untuk tahun hadapan
Kalau bukan untuk diri kita, mungkin untuk generasi akan datang

Allah Maha Maha Penyayang, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Takkan Allah tak tahu apa kita perlukan?
Takkan Allah tak tahu apa kita minta?

Sedangkan rezeki labah-labah yang tiada siapa kisah itu pun Allah sentiasa ambil kisah, takkan Allah tak pernah ambil kisah tentang keperluan hamba-hamba Dia?



Sebut soal rezeki, ramai orang nampak hanya dari sudut material - duit, kereta, meja, laptop, kerja etc

Tapi, tak ramai nampak rezeki itu adalah nikmat yang Allah bagi kat kita

Paling common, nikmat Islam ni

Nikmat kita jadi seorang manusia, ada organ ada tangan ada kaki ada mata
Nikmat kita dapat hidup sihat, sel-sel di badan setia membahagi dan berasimilasi tanpa cela
Nikmat kita dapat kekal waras, sel-sel neuron kita terus menghantar isyarat impuls dan menyimpan memori
Nikmat kita dapat hidup di bumi, makhluk2 alam setia meneruskan kitar hidup dan rantai makanan yang normal

Banyak sebenarnya nikmat yang Allah bagi kat kita ni
Tersangat banyak, tak terkira

Kalau nak list, rasanya external 1 TB pun tak cukup nak simpan semua list tu

Tapi cukuplah kita sedar bahawa rezeki Allah tu infiniti
Cuma terserah kepada kita nak bertindak sendiri
Sama ada nak usaha dengan pelbagai cara
Atau terus terlena dengan dunia yang fana

Free the spidey, let them free..


Wassalam

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..