Ceramah

Selasa, 20 Mac 2012

Gentleman


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih hidup..

Pening dengan bahasa Itali walaupun lahir di Kanada

Tiba-tiba minggu ni rasa nak update pasal lelaki
Since ramai orang emo2 di facebook
Lagipun real madrid seri dengan malaga

Syabas buat Santi Cazorla
Jika anda hebat, buktikan anda turut hebat di arena EURO 2012


Apa itu lelaki?


[1] Secara puratanya, lelaki adalah makhluk yang tak sekompleks macam perempuan
Ini perkara asas, yang wanita2 dan lelaki2 perlu tahu


[2] Lelaki spesis pendam perasaan sedih dia
Berbeza dengan perempuan yang kebanyakannya ekspress perasaan dia sama kawan, boyfren atau atuk, lelaki lebih steady di depan, tapi di dalam tetap sedih. Maka, tu pasal tak ramai orang dapat kesan sama ada lelaki itu tengah sedih atau tidak.


[3] Lelaki juga spesis pendam masalah dia
Berbeza dengan perempuan yang kebanyakannya ekspress tensen dia melalui makan banyak, lelaki pula tonjolkan tensen itu dengan bersukan atau beriadah. Mungkin sebab itu lelaki yang sedih atau tensen akan lagi cepat kurus, manakala perempuan pula makin berisi bila sedih atau tensen.


[4] Lelaki kalau benci seseorang, atau marah seseorang, dia tak cerita
Seperti kita semua sedia maklum, lelaki bukan spesis yang suka tarik perhatian atau cari sekutu yang sekufu. Kebanyakan lelaki memang malas mau bergaduh. Kalau nak bergaduh betul-betul sekalipun, one-on-one, bukan tarik geng yang tiada kaitan dengan permusuhan. Maka, kerana itu lelaki yang suka bergaduh dalam satu geng ini tak ramai. Kalau dia cerita siapa musuh dia sekalipun, mungkin pada orang tertentu sahaja. Berbeza dengan perempuan, habis satu kampung tahu mereka bermusuh.


[5] Lelaki makin menjaga rahsia apabila ingin menjalinkan sesuatu hubungan serius
Lelaki kalau suka seseorang, atau sayang seseorang, atau ingin menikahi seseorang, dia lebih suka simpan dalam hati, atau usaha ke arah itu, atau kongsi sama orang yang boleh percaya sahaja. Berbeza dengan perempuan, baru lelaki itu SMS 'Hello', sudah heboh satu kolej bahawa lelaki itu kaki perempuan, sedangkan mungkin lelaki itu salah SMS.


[6] Lelaki akan makin 'senyap' apabila mendekati alam pernikahan
Lelaki kalau nak kahwin, dia tak cerita siapa gadis pilihan dia, kecuali gadis yang akan dia kahwin itu, atau orang yang terlibat dengan proses itu. Berbeza dengan perempuan, baru mau masuk meminang sudah kalut satu taman. Maka, kerana itu adakalanya hubungan yang murni itu hanya bertahan sekerat jalan, kerana mungkin salah satu puncanya adalah sikap melampau dalam perhubungan yang belum pasti.


[7] Lelaki juga tak pandai ekspress perasaan dia
Ramai orang sangka, lelaki romantik ini adalah yang pandai luahkan perasaan melalui ayat2 jiwang atau SMS dengan kata indah. Tapi anda salah sebenarnya. Tak ramai lelaki macam tu. Kebanyakan lelaki, khususnya yang romantik, biasanya ekspress perasaan dia dengan tindakan. Mungkin ini juga salah satu sebab lelaki yang romantik lagi banyak kerut dan kedut, kerana ekspresi dia lebih kepada kerja yang dia buat, bukan sekadar bagi ayat2 romantik. Lagi romantik lelaki itu, lagi banyak kerja dia buat. Maka, kerana itu ramai perempuan mudah tertipu dengan lelaki yang tak bertanggungjawab, mungkin salah satunya tertipu dengan ayat2 dari jejaka yang sanggup meredah lautan api, namun baru ingin beli susu anak pun sudah memaki-hamun.


[8] Lelaki tak suka dendam tak tentu hala
Ramai orang sangka lelaki adalah spesis yang suka bergaduh dan simpan dendam. Kalau cerita perang pun, ramai lelaki terlibat hingga bunuh2. Bergaduh dengan dendam adalah dua perkara berbeza. Walaupun lelaki mungkin ada yang suka bergaduh dan kasar, namun tak ramai suka dendam. Jika semalam anda marah-marah dia pasal lupa tutup pintu bilik air, hinggakan anda mengungkit kisah dia extend belajar, jangan terkejut kalau hari ini dia tetap buat kesalahan yang sama, kerana dia langsung tak ingat apa yang anda marahkan semalaman. Jika lagi ajaib, dia sempat tersenyum manja kepada anda, seolah-olah dia tak ambil hati langsung dengan marah anda semalam. Berbeza dengan perempuan, adakalanya perkara kecil sekalipun habis disimpan selama sebulan.


[9] Lelaki tak suka ungkit
Lelaki adalah spesis tak suka cakap banyak. Kerana itu juga lelaki kurang mengungkit hal-hal yang lepas. Maka secara tak langsung, jangan risau, tak ramai lelaki suka mengumpat.


[10] Lelaki tak suka bergosip
Seperti kita semua sedia maklum, lelaki tak ambil kisah hal hidup orang lain. Kalau dia ambil kisah sekalipun, tidak sampai cerita di sebalik kelambu. Walaupun bekas isterinya sendiri pernah curang dengan dia, tipu dia, malah mungkin hingga hampir lingkupkan bisnes dia, kemudian berkahwin dengan kawan rapatnya sendiri. Namun percaya atau tidak, dia akan terus berkawan dengan kawannya itu, kerana dia tak tahu pun siapa isteri kawan rapatnya, kecuali jika diberitahu. Maka, kerana itu lelaki biasanya mengelakkan diri dari sebarang gosip dan cerita hangat yang langsung tiada motif untuk perjalanan hidupnya, yang adakalanya menyebabkan perempuan berkecil hati kerana gosipnya tidak dilayan. Anda juga tak perlu risau jika perkara buruk tentang anda diketahui oleh lelaki, kerana tak ramai lelaki yang suka bergosip, dan tidak ramai pula yang melayan gosip.


[11] Lelaki boleh merajuk
Ya, jangan sangka perempuan sahaja boleh merajuk. Lelaki pun boleh merajuk, cuma jarang dan tak ramai. Tapi lelaki kalau merajuk, dia tak macam budak2, namun lebih maco seperti mengabaikan insan yang menjadi sumber merajuk, atau lagi bahaya, hingga menjadi musuh. Lelaki bukan spesis pandai memujuk, namun lelaki juga cepat beralah jika merajuk, tu pasal lelaki merajuk ni susah nak kesan. Namun, rajuk lelaki tidak lama macam perempuan, yang kadangkala hingga berbulan-bulan, kerana berbalik kepada point [8] dan [9].


[12] Lelaki serius dalam komitmen
Yang ni, sebenarnya ada banyak jenis, ada yang bagus, ada yang tak. Kalau komitmen lelaki tu untuk famili, maka selamat la isteri dan anak2 dia. Kalau dia duk kerja ja, sampai anak bini terabai, yang ni leceh. Kalau komitmen dia kat disko dan duit2 haram, yang ni memang parah. Tapi kalau lelaki tu serius nak komitmen dengan anda, maksudnya dia memang betul2 serius, dan insyaallah dia akan jadi lelaki yang bertanggungjawab kat famili dia walaupun dia tak kacak, atau beristeri empat.


[13] Lelaki perlukan masa
Lelaki bila kecewa, atau sedih, atau marah, dia perlukan masa. Tak perlu nak paksa dia lebih2, takut nanti dia akan jadi lain dari biasa. Tak perlu nak pujuk dia lebih2, atau prihatin sangat kat dia, atau sibuk sangat nak tau keadaan dia sampai dia jadi leceh. Sama juga kalau dia nak berubah, tak perlu nak hina dia, atau perlekeh kekurangan dia, atau lain2, kerana sampai satu masa dia nak berubah, dia akan jadi insan yang anda tak pernah lihat sebelum ini. Tapi kalau anda asyik memaksa dia berubah dalam masa yang singkat, jangan terkejut kalau esok lusa dia sudah macam pacat.


[14] Lelaki cuba elakkan masalah
Lelaki juga adalah spesis yang tak suka ada masalah. Pasal tu sebelum pergi kerja, lelaki akan cek betul2 minyak cukup ke tak, tayar ok ke tak etc. Tu pasal juga lelaki akan pakai seringkas yang mungkin kalau nak keluar shopping, kerana bimbang hujan di tengah jalan menyebabkan dia sukar untuk meredah becak. Berbeza dengan perempuan, mereka biasanya bersolek hampir satu jam hanya mahu pergi beli Ridsect.


[15] Lelaki juga simple
Seperti kita semua sedia maklum, lelaki tak fikir sangat rambut dia sikat tepi ke tengah ke, rambut botak ke, atau warna baju hari ni biru ke ungu. Mana dia dapat, yang tu dia sapu. Kalau takda sikat, dia guna jari. Berbeza dengan perempuan, habis semua perkara jadi teliti, hatta warna stokin pun akan dipadankan dengan kasut. Tu pasal sesetengah lelaki ni akan lebih jaga penampilan dia lepas dia kawin, pasal dia ada 'hairdresser' sendiri kat rumah.


[16] Lelaki kalau sayang seseorang, He gives it all
Bak drama hindustan, biasanya perempuan yang korban habis jiwa dan raga demi insan tersayang. Kalau drama melayu, perempuan sanggup korban dara dan maruah demi insan tersayang. Tapi jangan tak percaya, lelaki kalau sayangkan seseorang, dia juga sanggup habiskan semua harta dia demi seseorang itu. Kerana itu lelaki juga turut terkorban apabila dikhianati. Kalau lelaki tu sayangkan keluarganya, dia akan terus menjaga keluarga itu walaupun dia terpaksa bertarung dengan kematian. Kalau dia sayangkan adik-adik dia, sanggup korbankan separuh hidupnya demi masa depan adik-adik dia. Dan kalau dia sayangkan seseorang wanita, dia sanggup mati demi menjamin keselamatan wanita itu. Tu pasal keluarga dan wanita menentukan kejayaan seseorang lelaki, sama ada isterinya atau ibunya. Bak kata pepatah, "Behind great man, there's great woman."

Jadi, sebelum nak khianat mana2 lelaki, fikir juga masa depan lelaki itu, pastikan dia belum korbankan habis separuh hidupnya untuk seseorang.


[17] Lelaki tak pandai mengadu
Merujuk kepada point [7] hingga [11], semua itu menjadikan lelaki juga adalah spesis yang tak pandai mengadu. Kalau dia mengadu, dia tak tahu nak sentuh apa, kerana banyak perkara dia sudah lupa. Kalau dia mengadu sekalipun, mungkin sukar untuk difahami, kerana mungkin tidak dengan penuh perasaan, mungkin hanya dalam bentuk gurauan atau sindiran. Berbeza dengan perempuan, jika sekali mereka mengadu, sampai saiz kasut insan yang berkaitan pun turut menjadi mangsa, malah lagi bahaya, sampai ke hutang MARA pun disentuh, sedangkan perkara yang diadukan itu langsung tiada kaitan dengan punca mengadu.


[18] Lelaki mementingkan persahabatan

Walaupun lelaki tidak seperti perempuan, yang lebih berfeeling ketika bersahabat, namun kalau nak tahu, lelaki juga adalah spesis yang menghargai persahabatan. Walaupun ramai orang sangka lelaki adalah spesis yang kasar dan suka bergaduh, namun kalau nak tahu, mereka tidak akan bergaduh, atau berkasar tak tentu punca dengan teman mereka sendiri. Tapi kebanyakan lelaki tidak tunjukkan nilai persahabatan itu dengan terang, kerana itu ramai orang sangka lelaki adalah spesis yang tak jujur dalam persahabatan, malah mereka antara punca pergaduhan dan perbalahan yang melanda zaman sekarang. Kalau tak percaya, anda akan dapati biasanya lelaki lebih cepat beralah apabila temannya turut menyukai wanita yang disukainya. Berbeza dengan wanita, biasanya akan terus berebut mahukan lelaki yang sama, malah hingga berdendam dan bermusuh hingga ke tua. Namun lelaki biasanya akan beralah dahulu untuk temannya, kerana dia yakin akan ada gadis lagi ayu dan comel sedang menanti pada masa akan datang.

Dan percaya atau tidak, lelaki akan lebih sukar untuk menerima realiti sekiranya persahabatan itu dikhianati, walaupun lelaki juga adalah spesis yang tidak berminat untuk menyimpan dendam sesama makhluk lain. Jika mahu tahu sama ada lelaki itu hargai persahabatan atau tidak, tengok reaksi dia ketika dia bagi hadiah, atau memberi sesuatu. Kalau dia tak cakap banyak tu, atau langsung tak borak pasal hal itu, bermakna apa yang dia bagi itu adalah sangat istimewa hingga dia tak tahu nak cakap apa. Kalau dia cakap banyak sangat tentang apa dia bagi tu, mungkin hadiah itu dia baru beli di kedai 5 ringgit, atau apa yang dia bagi tu tiada nilai sentimental sangat pada penerima hadiah.


[19] Lelaki boleh jatuh, malah mungkin lagi teruk dari perempuan

Yang ini masih ramai stereotaip terhadap lelaki. Mereka lupa bahawa lelaki juga adalah manusia biasa, tidak terlepas dari ujian Allah. Namun, rata-rata orang fikir lelaki tiada masalah, tidak jatuh tergolek dan lain2. Ramai orang menyangka lelaki perlu kuat untuk meneruskan survival hidup, kerana mereka bakal pemimpin untuk masa depan. Tapi persoalannya, apa yang kita beri semasa mereka jatuh? Adakah kita hanya menyalahkan lelaki itu, ataupun kita cuba juga memberi sokongan dari belakang? Kita semua manusia, memerlukan sokongan sama ada dari keluarga, sahabat, ataupun masyarakat. Tiada manusia boleh survive seorang diri. Hatta baginda s.a.w. teragung turut memerlukan sokongan isterinya, saidatina Khadijah di saat baginda jatuh.

Ramai orang sangka lelaki tak boleh tunjukkan dia lemah, kerana dia pemimpin. Namun dalam masa yang sama, tak ramai orang memberi bantuan dan tunjuk ajar untuk perbaiki dirinya di saat kejatuhan. Ironinya, ramai orang fikir lelaki yang hebat itu adalah yang tak pernah alami saat kejatuhan, tetap tegar walaupun badai tsunami menimpa. Namun tak ramai orang sedar bahawa detik kejatuhan itu la yang akan mengajar kita banyak perkara, untuk bangkit lagi hebat di masa hadapan, agar lagi stabil terhadap virus2 dunia yang makin mencabar.


[20] Lelaki apabila dia percaya, jangan khianati
Last point, merujuk kepada point [2], [3], [4], [5] dan berkaitan, menyebabkan lelaki juga adalah spesis yang sukar untuk berkongsi rasa dan rahsia. Namun, jika dia sudi berkongsi apa yang dia simpan, maka cara terbaik adalah jangan sebarkan pada sesiapa, kecuali pada kes tertentu, pada insan yang boleh dipercayai juga.

Jika sekali kantoi, mungkin dia perlukan masa setahun untuk dapatkan balik kepercayaan itu. Walaupun rahsia berkaitan siapa gadis pilihan dia sekalipun, yang mungkin kita nampak remeh, namun jika dia mahu jadikan rahsia, maka lebih bijak jika disimpan menjadi rahsia semata, bukan disebarkan menjadi gosip hingga menjadi bualan ramai. Walaupun jika dia mahu rahsia jenama telefon sekalipun, lebih selamat jika kita berdiam diri.

Nak dapat kepercayaan seseorang bukan mudah, tapi nak runtuhkan itu mudah dan sekejap sahaja. Jangan sia-siakan kepercayaan yang susah nak dapat, hanya kerana ingin bergurau atau ingin jadikan topik bualan. Jika sekali terbocor, malah tersebar, maka mungkin lelaki itu tidak sesekali lagi akan berkongsi rahsia dengan insan yang dipercayai itu, malah untuk kes tertentu, mungkin akan terus menjadi musuh.

Tapi, apa saya kongsi kat sini bukan semuanya tepat. Cuma dari apa yang kebanyakan lelaki saya kenal, biasanya macam ni. Ada juga yang sebaliknya. Takda manusia yang rigid 100% dalam dunia ni, pasal kandungan DNA kita pun tak sama, walaupun ada gen yang sama dan bilangan kromosom yang sama.

Begitulah uniknya ciptaan manusia, bukti betapa infiniti Allah Maha Genius


Wassalam

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..