alt link:
Bill Medley - He Ain't Heavy He's My Brother
The road is long
With many a winding turn
That leads us to who knows where
Who knows when
But I'm strong
Strong enough to carry him
He ain't heavy, he's my brother
So on we go
His welfare is of my concern
No burden is he to bear
We'll get there
For I know
He would not encumber me
He ain't heavy, he's my brother
If I'm laden at all
I'm laden with sadness
That everyone's heart
Isn't filled with the gladness
Of love for one another
It's a long, long road
From which there is no return
While we're on the way to there
Why not share
And the load
Doesn't weigh me down at all
He ain't heavy, he's my brother
He's my brother
He ain't heavy, he's my brother...
Alhamdulillah masih hidup
Lagu intro tu ada banyak mesej tersirat
Kalau kita baca lirik dia betul2
Kita akan faham apa mesej yang mat saleh tu cuba sampaikan
Soal persahabatan, soal kesetiaan, soal pengorbanan
Kerana waktu dia buat lagu tu pun
Sahabat dia dah nazak, hanya menunggu ajal
Ramai orang cari saya sejak akhir2 ni
Tapi saya tak mampu respon semua dek sibuk hal dunia
Saya minta maaf kerana tak mampu puaskan hati semua orang
Tapi anda semua tetap saudara saya hingga akhir hayat
==================== Grato, Grato ====================
Cerita ni berlaku di timur bandar Fraile, Honduras
Dialog seorang ayah dengan anak perempuannya berumur 4 tahun
Ayahnya seorang peniaga kedai kecil-kecilan, tapi hujung minggu dia akan ke laut mencari sumber pendapatan tambahan dan sebagai hobi sambilan
Pulang dari laut, si anak bernama Rozala sudah tidak sabar menunggu di pintu rumah, menegur ayahnya
"Ayah, hari ni kita makan apa?"
"Cuba teka?"
"Makanan macam biasa? Siput laut?"
"Salah. Salah. Teka lagi."
"Tapak sulaiman?"
"Salah."
Sambil menyeluk ke dalam plastik, si ayah menunjukkan sesuatu makhluk kepada anaknya
"Cuba teka apa ni?"
"Apa ni? Ada sesungut lagi. Lipas laut ke ayah?"
"Ha. Ini la namanya udang. Bukan senang tau dapat udang kat Honduras ni. Orang Jepun selalu makan udang."
"Orang Jepun? Hidetishi Nakata pun makan udang ke ayah?"
"Bukan takat Nakata, Shinja Ono pun makan udang cicah dengan soya."
'Wow. Nak rasa udang. Nak rasa udang."
"Hait. Tunggu masak dulu. Udang mentah mana boleh makan, nanti sakit perut."
![]() |
| "If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow." -Chinese proverb |
30 minit kemudian, makanan lauk udang sudah tersedia atas meja makan
"Sedapnya bau. Boleh terus makan ke ayah?"
"Tunggu ayah kupas dulu kulit udang ni."
"Kenapa pula ayah? Ada racun ke kulit udang ni? Tak bahaya?"
"Bukan. Kan Zala ada alergi makanan laut. Dulu Zala pernah sakit mulut gara-gara makan kulit tapak sulaiman. Seminggu sakit, susah nak makan. Takkan Zala dah lupa?"
"A'a la ayah. Seksa betul seminggu sakit. Seminggu kawan2 gelak kat Zala. Jahat betul takap selaiman tu."
"Bukan takap selaiman, tapak sulaiman. Zala tolong ayah kupas kulit udang ni."
"Ok ayah."
5 minit menunggu, akhirnya semua kulit udang berjaya dikupas.
"Boleh makan dah."
"Betul ayah?"
"Betul. Amek yang atas2 je. Sama je semua rasa udang ni."
"Ok ayah."
"Udang ni dia ada banyak jenis. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang boleh jalan macam ulat gonggok, ada yang berenang je. Kulit udang tu pulak terdiri daripada kitin, protin yang bertindak macam tulang untuk udang, jadi sumber pergerakan udang, juga jadi perlindungan untuk isi udang yang lembut tu. Kalau Zala takde alergi, elok juga makan sekali kulit udang tu, sebagai mineral tambahan untuk Zala. Tapi orang2 tua lagi digalakkan makan kulit udang, tambah2 yang ada tekanan darah tinggi."
"Wow. Sedapnya ayah. Patut la Nakata selalu makan udang."
"Aik. Zala tak dengar langsung apa ayah bebel panjang2 tadi?"
"Dengar ayah. Udang ni berasal dari lembah kitin. Tapi kitin tu kat mana ayah?"
"Adoi. Makan dulu bagi habis, nanti ayah sambung cerita."
"Tapi kan ayah, kalau Zala nak tinggal sikit boleh? Pasal esok Zala nak bawak udang ni tunjuk kat kawan2 Zala. Mesti ramai kawan2 Zala kat PASTI nanti terkejut tengok udang ni."
"Boleh je. Tapi simpan dulu dalam peti ais, takut basi nanti. Eh kejap.. sejak bila Honduras ada tadika PASTI?
*Semua dialog adalah dalam bahasa Honduras (Spanish)
==================== Shrimp, Prawn ====================
Sebut pasal udang
Sebut pasal kisah makan udang
Sebut pasal hal kulit udang
Sebut pasal makanan laut
Ada satu perkara utama kita dapat - syukur
Ada 2 elemen penting kita kena faham - sabar + redha
Syukur itu bukan sekadar mengucap Alhamdulillah
Tetapi tindakan kita dengan menunjukkan tanda syukur kita
Sabar pula adalah peringkat pertama dalam iman
Kerana orang ada iman, mesti dia akan sabar
Berbeza dengan redha, ianya adalah tahap tertinggi seorang yang bergelar hamba
Kerana ramai orang boleh sabar, tapi tak ramai orang boleh redha
Apabila salahtafsir konsep sabar, maka ada orang berubah kepada pasrah
Yakni langsung tiada usaha mengatasi halangan yang dihadapinya, namun hanya mengharap kuasa ajaib aladin untuk mendapat bantuan dari Allah
Pasrah adalah lawan kepada redha
Sabar adalah perkara di tengah antara dua perkara itu
Orang yang redha, apabila makin diuji, semangatnya akan makin kuat untuk atasi halangan itu
Malah usahanya akan makin bertambah berlipat ganda sebelum dia mendapat musibah
Berbeza orang yang pasrah, apabila makin diuji, semangatnya makin luntur untuk bangkit semula
Malah usahanya semakin malap, tidak seperti mana ketika dia belum mendapat musibah
Kita semua manusia, tidak terlepas rasa kecewa, hilang semangat, putus asa dan lain2
Tetapi jangan kita terus terkurung dalam zon pasrah begitu lama
Takut nanti kita jadi kufur hingga lupa bersyukur dengan hidup yang Allah bagi
Sedangkan nikmat Allah itu infiniti, namun kita kecilkan skop hanya memandang satu aspek yang sudah tertutup
Setidak-tidaknya kita masih ada internet untuk berblog, berfacebook dan lain2, tidak seperti sahabat kita yang sedang berperang hari2
Setidak-tidaknya kita masih ada masa untuk merasa nikmat udang di siang hari, tidak seperti saudara kita yang sedang bermandi darah hingga tiada masa untuk merasa secebis makanan
Allah sayangkan orang sabar
Kerana itu antara ciri2 orang yang beriman
Allah lagi sayangkan orang yang redha
Kerana itu antara ciri2 hamba yang kenal Allah
Tapi lumrah akhir zaman, kita akan jumpa ramai manusia tidak sabar
Kita akan jumpa ramai manusia tidak redha dengan apa yang Allah bagi
Kerana itu banyak tragedi di sana-sini
Kerana ramai manusia tidak sabar, mahukan segalanya dapat di depan mata
Mahukan semuanya dapat berlalu dengan mudah, tanpa apa-apa halangan
Mahukan setiap usaha yang dilakukan sentiasa berpihak kepada dirinya
Kerana tidak sabar, seorang pengusaha tanah yang beragama Islam sanggup menjual tanahnya kepada geng zionis yang akhirnya telah membuka pusat maksiat untuk muda-mudi
Kerana tidak sabar, seorang ibu sanggup memaki kandungan di perutnya yang mungkin menjadi beban kepada pengurusan hidupnya, malah ada yang membunuh anak sendiri
Kerana tidak sabar, seorang teman sanggup menawarkan kerja haram untuk temannya sedangkan dirinya memilih kerja halal, hanya kerana ingin menjaga karier peribadi
Kerana tidak sabar, seorang menteri sanggup mengkhianat orang tempatan dengan akta menindas hanya kerana seronok dengan kehidupan yang penuh mewah
Kerana tidak sabar, seorang majikan sanggup memecat pekerjanya yang jujur dan amanah hanya kerana percaya dengan kontrak 10 tahun yang menawarkan berbilion rupiah
Kerana tidak sabar, seorang guru sanggup mengetuk kepala anak muridnya yang genius hanya kerana anak muridnya tidak faham konsep trigonometri
Kerana tidak sabar juga, seorang daie sanggup melabel mad'unya sebagai penghuni Neraka hanya kerana dia terlupa untuk melihat kesilapan dirinya ketika berdakwah
Bahana tidak sabar, sana-sini tersebar
Hingga lupa mana saudara, mana teman, hanya kerana tidak sabar
Hingga tak nampak mana realiti dan mana fantasi, hanya kerana tidak sabar
Hingga yang haram jadi halal, hanya kerana tidak sabar
Sedangkan tak ramai sedar bahawa setiap sabar itu ada manisnya tersendiri
Seperti mana kisah Zala yang sabar mengupas kulit udang
Walaupun dia sendiri sudah tidak sabar mahu tahu rasa seekor udang Honduras
Jika dia tak sabar, sudah tentu dia akan terus memakan udang itu
Yang akhirnya menyebabkan dirinya sendiri yang sakit
Sentuh soal sabar, berkait pula dengan 2 tindakbalas
Sama ada redha, atau pasrah
Ramai orang sangka dengan tidak berusaha itu adalah redha
Namun mereka lupa bahawa itu adalah pasrah
Pasrah dengan takdir, dan terus biarkan diri berada pada tahap yang sama
Malah mungkin pada tahap lagi rendah
Orang yang redha itu adalah yang terus gigih untuk bangun
Walau jatuh, terus berusaha
Walau sakit, terus berjalan
Walau pedih, terus tersenyum
Walau sedih, terus megah
Walau hodoh, terus hensem
Jika sebelum ini dia kaki mengumpat, selepas diuji dia akan jadi seorang yang hebat
Jika sebelum ini dia kaki mengutuk, selepas diuji dia akan jadi seorang yang mudah dibentuk
Jika sebelum ini dia kaki mengata, selepas diuji dia akan jadi seorang yang berjasa
Jika sebelum ini dia kaki perempuan, selepas diuji dia akan jadi seorang yang banyak amalan
Jika sebelum ini dia kaki game, selepas diuji dia akan jadi seorang hero seperti dalam game
Jika sebelum ini dia kaki rasuah, selepas diuji dia akan jadi seorang yang penuh amanah
Jika sebelum ini dia kaki motor, selepas diuji dia akan jadi seorang mekanik motor
Jika sebelum ini dia kaki lepak, selepas diuji dia akan jadi pendakwah yang terus bergerak
Dan lain2..
Berbeza dengan orang yang pasrah, dia langsung tidak memikirkan hikmah dengan ujian itu
Namun dia hanya bertindak seperti biasa, usaha yang sama, cara yang sama
Dan tidak mustahil dia akan jatuh ke lubang yang sama berkali-kali
Jika dia tidak rasa sedar, keadaannya akan terus begitu hingga dia kembali bertemu tuhan
Tiada perkembangan, tiada pertambahan
Rugi..
Pasrah dengan ujian, tanda kita LEMAH iman
Sabar dengan ujian, tanda kita ADA iman
Redha dengan ujian, tanda kita BETUL2 beriman
Syukur dengan ujian, tanda kita HAMBA yang beriman
Mana satu kita, tanya hati kita
Syukur, kerana kita boleh makan udang
Redha , walau hari-hari makan udang
Sabarlah, walau hanya kerana seekor udang
My quote this entry;
"Always be a sweet prawn, even you live in salty water,
Always be a tough chitin, even you live in fragile environment,
Protect each other, just as prawn-rule,
Because you always be my brother (and sister) .."
Wassalam
Hotshow :
* Madrid : UCL & LA Liga Trophy in berserk
* Juve : Serie A in the post
* D gunner : 3rd spot in progress
* Selamat BERSIH
Credit idea :
* Pesanan untuk orang berdosa (Buku)
* Knowledge vol 4 issue 4 (panda cutey)
* RD Classic Collection 2011 (Quotes)
* Discovery Channel Magazine (Survival issue)
* Rambo II, IV (Lagu tema)
* FM2012 (Honduras)
* Makcik pasar malam
* Manusia dan alam sekitar
*Hint - tekan CTRL+A
Hotshow :
* Madrid : UCL & LA Liga Trophy in berserk
* Juve : Serie A in the post
* D gunner : 3rd spot in progress
* Selamat BERSIH
Credit idea :
* Pesanan untuk orang berdosa (Buku)
* Knowledge vol 4 issue 4 (panda cutey)
* RD Classic Collection 2011 (Quotes)
* Discovery Channel Magazine (Survival issue)
* Rambo II, IV (Lagu tema)
* FM2012 (Honduras)
* Makcik pasar malam
* Manusia dan alam sekitar
*Hint - tekan CTRL+A







Tiada ulasan:
Catat Ulasan