“Dari Abu Ya’la Shaddad ibn Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya.”
*Riwayat Muslim
Pengenalan
Shaddad adalah dari suku Khazraj, yang dikurniakan Allah s.w.t. ilmu dan hikmat. Hadith diriwayatkannya sebanyak 50 hadith. Hadith mengajar erti kesopanan dan kehalusan budi seorang Islam.
Allah Mewajibkan Ihsan
Ihsan ialah membuat kebaikan. Menurut hadith, ihsan diwajibkan Allah s.w.t. pada setiap sesuatu. Perintah ihsan adakalanya wajib seperti kepada kedua ibubapa dan adakalanya digalakkan seperti bersedekah dsb. Ihsan juga menunaikan yang wajib dan meninggalkan yang haram. Bidang ihsan adalah luas.
Ihsan Pada Pembunuhan & Penyembelihan
Mengelokkan pembunuhan menghendaki supaya pembunuhan adalah menurut cara yang tidak menambahkan lagi seksanya. Ini bererti seseorang yang dihukum bunuh hendaklah menggunakan alat yang mempercepatkan pembunuhannya agar tidak menyeksa. Dilarang membunuh dengan kekejaman di luar batas atau diseksa supaya menderita sebelum mati.
Selain itu Rasulullah s.a.w. juga melarang kita membunuh dengan membakar. Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa hanya Allah s.w.t. boleh mengazab manusia dengan membakar. Sabda Baginda s.a.w.: “Tidak patut bagi manusia menyeksa dengan azab Allah azza wa jalla.”
Mengelokkan penyembelihan adalah melakukan dengan menajamkan mata pisau, agar tidak menyakitkan binatang yang hendak disembelih itu dan melapangkan atau menyenangkan waktu disembelih dengan mempercepatkan penyembelihannya sebaik-baiknya, serta memberi minuman kepadanya sebelum disembelih. Juga ketika menajamkan mata pisau janganlah dihadapannya, jangan disembelih di hadapan kawan-kawannya, jangan disembelih ketika bunting atau menyusukan anaknya. Sekiranya telah disembelih, janganlah dilapah dagingnya kecuali setelah dia betul-betul mati. Akhir sekali, hendaklah dibawa, dihalau dan ditarik binatang ke tempat penyembelihan dengan lemah lembut walaupun binatang itu akan mati jua akhirnya.
Kesimpulannya, ihsan mengajar seseorang supaya mencintakan kebaikan, benci keburukan, kasih penyantun, musuh kekerasan, mengutamakan kehalusan budi, menjauhi kekejaman gerak-geri. Ihsan dilakukan dengan amal, tenaga, fikiran dan harta benda.

Barakallahufikh... =)
MENDAMBAKAN CINTA ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan