Ceramah

Selasa, 22 Julai 2008

Explore the Quran - Al-Naas & Al-Falaq



AN NAAS (MANUSIA) Surah ini terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Falaq. Nama "An Naas" diambil dari "An Naas"yang berulang kali disebut dalam surat ini yang ertinya manusia. Intipati surah ialah perintah kepada manusia agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)
manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. dari (golongan) jin dan manusia.

Al Qur'an dimulai dengan surat Al Faatihah yang diantara isinya ialah agar manusia memohon hidayat ke jalan yang lurus dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t. dan diakhiri dengan surat An Naas yang menganjurkan agar manusia memohon perlindungan kepada Allah dari segala kejahatan.



AL-FALAQ (WAKTU SUBUH) Surah ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan selepas surat Al Fiil. Nama "Al Falaq" diambil dari
kata Al Falaq yang terdapat pada ayat pertama surat ini yang ertinya waktu subuh. Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasa-i dari 'Uqbah bin 'Aamir bahwa Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan membaca surat Al Falaq dan surat An Naas dalam perjalanan. Intipati surah ialah perintah agar kita berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala macam kejahatan.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,

2. dari kejahatan makhluk-Nya,

3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,

4. dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada *buhul-buhul, [1]
[1]Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin *buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.

5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".

Surat Al Falaq memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari segala kejahatan.

*masih dalam kajian dalam mencari maksudnya (maaf kerana terjemahan ini berasal dari bahasa Indonesia.)

Barakallahufikh... =)

MENDAMBAKAN CINTA ALLAH

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..