
1- Doa dipanjatkan kepada Allah s.w.t. sahaja dan harapan agar ia dikabulkan diserah kepada Allah s.w.t. sahaja. Jika ingin menggunakan perantaraan (tasawul) hendaklah melalui cara ditunjuki dalil yang kuat lagi jelas.
2- Doa dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Bentuk pujian dan selawat paling ringkas - "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" & "Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad"
3- Hendaklah sentiasa berdoa tanpa mengira sama ada ketika susah atau senang, sedih atau bahagia. Hendaklah diperbanyakkan berdoa ketika senang dan bahagia jika inginkan doa ketika susah dan sedih dikabulkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa ingin Allah mengabulkan doanya ketika susah dan sedih, maka hendaklah diperbanyakkan doa pada saat lapang."
4- Orang berdoa hendaklah memelihara diri daripada terlibat dalam perkara dilarang agama. Terdapat jua kebiasaan kesalahan yang terlindung seperti :
a) Gosip dan mengumpat di pejabat
b) Keluar berjalan ketika waktu bekerja walhal gaji tetap berjalan
c) Menonton VCD dan DVD cetak rompak
d) Tidak melarang kemungkaran
5- Orang berdoa perlu memelihara diri daripada berdoa sesuatu dilarang agama.
"Pasti akan dimakbulkan doa seorang hamba selagi mana dia tidak meminta sesuatu yang berdosa atau (meminta untuk) memutuskan silaturahim."
6- Permintaan dilakukan dengan penuh rendah diri dan suara perlahan lagi lemah lembut. Diikuti pula dengan perasaan bimbang jika doa tidak diterima, namun dalam masa sama optimis agar doa diterima. Jangan berdoa dengan sikap berputus asa, sebaliknya yakin bahawa akan dikabulkan Allah s.w.t. Selain itu hendaklah dalam kekhusyukan ketika berdoa. Sabda Baginda s.a.w.:
"Pasti dikabulkan doa seseorang daripada kalian selagi mana dia tidak berputus asa lalu merungut: Sungguh aku sering berdoa namun belum dikabulkan untukku."
Berdoalah kepada Allah s.w.t. dalam keadaan kalian meyakini akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai.
Walaubagaimanapun, adakalanya Allah s.w.t. sengaja tidak memakbulkan sesuatu doa, kerana Allah Maha Mengetahui bahawa apa yang diminta itu bakal membawa mudarat kepada yang meminta, atau dengan kata yang lain Allah s.w.t. menjauhkan satu keburukan lain yang mungkin tidak disedari oleh yang meminta.
Barakallahufikh... =)
MENDAMBAKAN CINTA ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan