Ceramah

Khamis, 12 Jun 2008

Hadith 13/40

"Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w. dari Nabi s.a.w., sabdanya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

*Riwayat Bukhari dan Muslim


Pengenalan

Hadith diriwayatkan dari Abi Hamzah Anas bin Malik, sahabah yang terkenal menjadi khadam Rasulullah s.a.w. selama 10 tahun. Hadith diriwayatkan melaluinya sebanyak 2286 hadith. Hadith ini menerangkan orang yang sempurna imannya ialah mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri - baik baginya baik bagi saudaranya dan buruk baginya buruk bagi saudaranya. Tiada perbezaan perasaan baik dan buruk antara dirinya sendiri dan saudaranya - yakni tiada perasaan baik hanya untuknya, dan buruk hanya untuk saudaranya.


Cinta Seorang Kepada Saudaranya

Hadith menerangkan hubungan iman seorang dengan cinta - kasih sayang atau cinta terhadap saudaranya sama seperti cintanya kepada dirinya sendiri. Cinta dihubungi dengan iman - jika kurangnya rasa cinta, iman juga dirasakan berkurang. Cinta dimaksudkan ialah cinta berdasarkan agama, bukan peri kemanusiaan semata-mata.

Imam Nawawi menjelaskan lebih utama pengertian saudara digunakan seluasnya meliputi orang kafir dan Islam. Maka wajiblah seorang Islam mencintai saudaranya yang Islam supaya kekal terus dalam agama Islam. Dan kerana cinta ini juga doa untuk diberi hidayah kepada orang kafir adalah disukai.

Tiada sempurna iman seseorang jika tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana cintakan dirinya sendiri. Cinta yang dimaksudkan ialah untuk mendapat kebaikan dan manfaat. Cinta itu juga bukanlah kerana tabiat kemanusiaan tetapi atas roh keagamaan. Seorang manusia wajib menghindari tabiat kemanusiaan yang buruk, berdoa untuk saudaranya serta berharap kebaikan untuk saudaranya sebagaimana dilakukan untuk dirinya sendiri. Orang beriman ialah orang bertimbang rasa terhadap saudaranya. Gembira dan duka dirasai bersama. Semua itu berlaku jika perasaan muhibbah atau saling mengasihi meresap kelubuk jiwa sebagai orang mukmin sejati.


Akibat Tidak Cinta


Imam Nawawi berkata bahawa apabila seorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia cintakan dirinya sendiri, maka dia adalah seorang pendengki. Ada 3 macam tidak cinta:
1- Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.

2- Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya. Kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Yang ini lagi jahat bencananya dari pertama.

3- Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya. Apa yang disukai ialah biarlah sama saja tarafnya dan tidak lebih daripadanya. Yang ini terang-terangan tidak suka kepada pembahagian Allah s.w.t. seperti firmanNya:
"Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia (ini)." Al-Zukhruf : 32

Golongan ke-3 ini melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tiada perasaan insaf dan timbang rasanya atau kasih sayangnya, kerana tidak suka apa yang telah ditentukan Allah s.w.t. Dasar cintalah juga dapat menyatukan kita dan memupuk persaudaraan yang bersih, terhindar dari anasir-anasir perpecahan dan permusuhan. Inilah dikehendaki Al-Quran:
"Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah." Al-Imran : 103


Wallahu'alam...



Barakallahufikh... =)


MENDAMBAKAN CINTA ALLAH


Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..