(8) Jampi-jampian Yang Tidak DifahamiJampi-jampian amat berkaitan rapat dengan penggunaan tangkal. Terdapat 3 hadith yang perlu dikaji untuk memahami hukum jampian dalam Islam:
1- "Sesungguhnya jampi-jampian, tangkal dan permainan sihir adalah syirik."
Hukum asal jampi-jampian adalah tidak boleh. Ini kerana kebanyakan jampi-jampian mengandungi unsur syirik seperti meminta pertolongan benda-benda, jin dan sesama makhluk.
2- "Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik."
Hendaklah difahami jampi-jampian tersebut supaya terjamin secara pasti bahawa ia bersih dari sebarang unsur syirik. Kita hendaklah berhati-hati kerana sesetengah penjampi membaca jampi-jampian secara pantas dan sembunyi. Seterusnya, hendaklah berwaspada dengan bacaan yang berbahasa Arab kerana sesetengahnya memulakan jampian dengan ayat Al-Quran hanya untuk memberi keyakinan palsu. Jika penjampi enggan membaca jampi satu-persatu dan dapat difahami, kita tinggalkanlah penjampi tersebut kerana ia melibatkan urusan tauhid dan syirik, syurga dan neraka. Sabda Baginda s.a.w.:
"Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni meyakinkan)."
3- "Akan memasuki syurga tanpa hisab tujuh puluh ribu daripada kalangan umatku, mereka ialah orang-orang yang tidak meminta jampi-jampian, tidak mempercayai nasib baik atau buruk pada arah penerbangan burung dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal."
Sikap terbaik ialah tidak meminta atau mengamalkan apa-apa jampi-jampian kecuali daripada apa yang diajar Rasulullah s.a.w. Ini kerana sekalipun telah diusahakan agar jampi-jampian tersebut bebas syirik, kepastian 100% tetap tidak terjamin. Berbeza dengan jampi-jampian Rasulullah s.a.w., secara pasti bebas syirik. Malah jampi-jampian Baginda s.a.w. jauh lebih baik kerana bersifat menyeluruh, padat dan tepat. Seterusnya, jika ada buku memuatkan doa-doa serta zikir-zikir Rasulullah s.a.w., hendaklah dipastikan sumbernya dan darjatnya.
Wallahua'lam...
akan datang insyaallah:
(9) Harapkan pengaruh makhluk dalam berdoa
(10) Ubah syariat Allah
(11) Cintakan sesuatu lebih daripada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan