Ceramah

Rabu, 11 Jun 2008

Hadith 12/40

"Dari Abu Hurayrah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya."

*Riwayat Tirmizi


Pengenalan


Hadith mengandungi himpunan adab yang baik bagi seorang Islam. Seorang Islam dikehendaki memelihara adab kesopanannya atau budi pekertinya sesuai dengan adatnya yang baik dan sebanding dengan tuntutan agama.


Meninggalkan Perkara Yang Tidak Berguna

Kebagusan Islam seseorang adalah dengan meninggalkan apa tidak berguna kepadanya bagi kehidupan dunia dan agamanya, sama ada berupa perkataan sia-sia mahupun perbuatan kosong yang menghabiskan waktu dan umur dengan percuma.

Sesuatu perkara itu ada 4 macam : Melakukan sesuatu berguna, meninggalkan tidak berguna, meninggalkan suatu tidak berguna adalah baik dan disuruh, melakukan suatu tidak berguna adalah keji dan tidak disuruh.

Orang berakal janganlah berusaha melainkan 3 perkara :
1- Bekalan akhirat
2- Bekerja untuk hidup
3- Berlazat-lazat dengan yang tidak haram

Orang berakal selama tidak dikalahkan akalnya wajib melihat zamannya, menghadapi tugasnya, memelihara lidahnya. Barangsiapa menghitung perkataan-perkataan dari amalnya, sedikitlah perkataannya kecuali pada perkara berguna.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya); kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah 'Azza wajalla."


Percakapan Yang Tiada Berguna

Hadith ini menurut kebanyakan huraian lebih banyak memperkatakan hal-hal berkaitan percakapan sekalipun pengertiannya lebih umum. Ini kerana akibat buruk yang ditimbulkan lidah atau perkataan amatlah besar bencananya. Sebab itu meninggalkan yang tiada berguna adalah diutamakan - yakni meninggalkan percakapan sia-sia atau tiada faedah. Selain itu meninggalkan perkataan menyebabkan terjadinya fitnah atau permusuhan.

Firman Allah s.w.t.:
"Tiada kebaikan pada kebaikan dari bisikan-bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh dengan sadaqah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia." Al-Nisa : 114


Barakallahufikh... =)



MENDAMBAKAN CINTA ALLAH


Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..