(11) Mencintai Sesuatu Sama Atau Lebih Daripada Allah“Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah): mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya).” Al-Baqarah : 165
Cinta sangat berkait rapat dengat agama, bukan sebaliknya seperti fahaman masyarakat kini bahawa cinta tiada kaitan dengan agama. Kebanyakan masyarakat kini menumpukan cinta kepada urusan-urusan berkaitan kehidupan khasnya kepada harta dan ahli keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Celakalah hamba dinar dan dirham.”
Cintakan keluarga juga boleh menyebabkan kita tunduk kepada keluarga seolah-olah keluarga itu adalah halatuju kita yang mutlak. Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” Al-Taghabun : 15
Kita bukanlah dilarang terus mencintai urusan dunia, tetapi hendaklah memberi turutan yang benar dalam kecintaan. Turutan yang sebenar ialah:
1-Kecintaan kepada Allah s.w.t.
2-Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
3-Kecintaan kepada perkara lain
Kecintaan kepada Allah s.w.t. bukanlah perasaan hati semata-mata tetapi dibuktikan melalui perbuatan. Perbuatan itu pula bukan hanya meliputi ibadah tetapi segala urusan kehidupan kita. Seorang yang mencintai Allah s.w.t. akan menjadikan segala urusan kehidupannya kerana Allah s.w.t.:
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Al-An’aam : 162
Keunggulan cinta menyebabkan seseorang itu mencari, menyimpan dan membelanjakan hartanya mengikut kehendak Allah s.w.t. Selain itu, dia tidak menzalimi orang lain dan menyebabkan seseorang itu mendidik ahli keluarganya menjadi hamba yang turut mencintai Allah s.w.t.
Berdasarkan nasihat Luqman kepada anaknya, diterangkan dalam surah Al-Luqman : 13-19, prioriti pendidikan Luqman terhadap anaknya adalah:
1-ilmu tauhid
2-Kedudukan ibubapa dan kewajipan berbuat baik kepada mereka
3-Ilmu fiqh (diisyaratkan dengan menyuruh berbuat solat)
4-Melakukan amal ma’ruf dan nahi mungkar
5-Ilmu akhlak
Prioriti ini juga hampir sama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berdakwah di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah akhirnya tamat juga penjelasan mengenai 11 perkara yang mencemari kemurnian tauhid. Diharap kita bersama-sama sentiasa memelihara kemurnian tauhid kita dalam usaha membentuk peribadi seorang Muslim yang sebenar. Wallahu’alam
Barakallahufikh... =)
MENDAMBAKAN CINTA ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan