Ceramah

Jumaat, 29 Ogos 2008

Explore the Quran - Al-Nashr & Al-Kaafiruun

AL NASHR (PERTOLONGAN) Surah ini termasuk golongan surah-surah Madaniyah yang diturunkan di Mekah selepas surah AT-TAUBAH. Mengandungi 3 ayat 17 kalimat dan 77 huruf.

Ibnu Utbah berkata Ibnu Abbas ra. bertanya kepadaku: "Hai Ibnu Utbah! tahukah anda surat apakah yang terakhit turun dalam Al Quran?" Jawabnya "Idza jaa'a nash rullahi
walfathu" (surah AL-NASHR), "Benar", jawab Ibn Abbas ra. Demikian menunjukkan bahawa surah ini adalah yang terakhir diturunkan sebelum kewafatan Baginda s.a.w. Segolongan Mufassir berkata surah ini menutut kita solat dan mengucap puji dan syukur kepada Allah jika Allah membukakan kemenangan kepada kita dalam perjuangan.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.



AL KAAFIRUUN (ORANG ORANG KAFIR) Surah terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas surah Al Maa'uun. Dinamakan "Al Kaafiruun" (orang-orang kafir), diambil dari perkataan "Al
Kaafiruun" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Intipati surah ialah pernyataan Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang- orang kafir, dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,

2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Surah Al Kaafiruun mengisyaratkan tentang berakhirnya semua harapan orang-orang kafir dalam usaha mereka agar Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwahnya.

Barakallahufikh... =)

MENDAMBAKAN CINTA ALLAH

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..