
AL IKHLAS (MEMURNIKAN KEESAAN ALLAH) Surah ini terdiri daripada 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas surah An Falaq. Dinamakan "Al Ikhlas" kerana surat ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t. Intipati penegasan tentang kemurnian keesaan Allah s.w.t. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamaiNya.
1. Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
Surah Al Ikhlas ini menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.
AL MASAD (DURI-DURI) Surah ini terdiri daripada 5 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah,
diturunkan sesudah surat Al Fath. Surah ini juga dinamakan surat "Al Lahab", yakni api yang menjulang. Intipati surah ialah menceritakan Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akanbinasa [1].
[1] Yang dimaksud dengan "kedua tangan Abu Lahab" ialah Abu Lahab sendiri.
2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang marak menjulang.
4. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar [2].
[2] "Pembawa kayu bakar" dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslim.
5. Yang di lehernya ada tali yang dipintal.
Surah Al Masad menjelaskan kegagalan musuh-musuh Muhammad s.a.w.
MENDAMBAKAN CINTA ALLAH
diturunkan sesudah surat Al Fath. Surah ini juga dinamakan surat "Al Lahab", yakni api yang menjulang. Intipati surah ialah menceritakan Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya.Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akanbinasa [1].
[1] Yang dimaksud dengan "kedua tangan Abu Lahab" ialah Abu Lahab sendiri.
2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang marak menjulang.
4. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar [2].
[2] "Pembawa kayu bakar" dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslim.
5. Yang di lehernya ada tali yang dipintal.
Surah Al Masad menjelaskan kegagalan musuh-musuh Muhammad s.a.w.
Barakallahufikh... =)
MENDAMBAKAN CINTA ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan