Ceramah

Ahad, 8 Jun 2008

Hadith 11/40

"Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannya r.a. katanya: Aku telah menghafaz dari Rasulullah s.a.w. (sabdanya iaitu): Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragu-ragukan engkau."

*Riwayat Tirmizi dan Nasa'i


Pengenalan


Hadith diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa'i dari Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abi Talib. Hasan adalah cucu Rasulullah s.a.w. yang dalam hadith dikatakan sebagai wangi kebauannya, ertinya tempat tumpah kesayangan buah hatinya.

Menurut riwayat pada suatu masa Hasan pernah menaiki mimbar di mana Rasulullah s.a.w. ketika berkhutbah lalu dipegangi cucunya itu serta berpaling kepada manusia dan berkata: ("Bahawa cucuku ini adalah Sayyid, iaitu seorang ketua). Mudah-mudahan Allah menjadikan dia seorang pendamai di antara 2 puak yang sedang bersengketa dari golongan kaum Muslimin." Akhirnya apa yang dikatakan itu betul-betul berlaku kerana sebaik-baik saja wafat ayahandanya Sayyidina Ali r.a. maka bersegeralah orang ramai mengangkatkannya menjadi Khalifah. Tetapi setelah 6 bulan, jawatan tersebut diserahkan kepada Mu'awiyyah, kepala negara pertama kerajaan Bani Umayyah.



Perkara Yang Meragukan


Perkara meragukan ialah perkara yang tidak menyenangkan perasaan kerana dalam pandangan kita perkara itu tidak terang keadaan, tidak menyenangkan hati dan fikiran, dan yang demikian nyatalah kesamarannya. Kemudian ambillah perkara yang tidak meragukan iaitu yang terang keadaannya, yang nyata hukumannya, mententeramkan hati iaitu yakin kerana itu lebih sejahtera dan terpelihara.

Rasulullah s.a.w. menerangkan bagaimana menentukan perkara meragukan kita melalui sabda Baginda:
"Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara maka letakkanlah tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal."

Walaubagaimanapun, kegelisahan dan ketetapan itu adalah tertentu bagi orang yang kuat memelihara hukum tersebut, menjauhi dari segala syubhat dan berusaha meningkatkan dirinya ke darjat taqwa. Maka orang seperti inilah mempunyai perasaan ragu memandang suatu perkara yang syubhat ataupun tidak. Malahan orang seperti inilah selalu meninggalkan yang halal kerana takut jatuh kepada yang haram.

Sebaliknya, orang yang tidak merasa ragu terhadap suatu perkara adalah kerana dipandang dan dihukumnya suatu perkara itu menurut yang lahir dan nyata serta tiada larangan yang tegas, maka orang sedemikian dapat melakukan suatu perkara itu tanpa keraguan, menurut apa yang telah diyakininya.

Kesimpulannya, hadith menerangkan kewajipan melakukan suatu perkara yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang menimbulkan keraguan, sama ada dalam ibadat atau hukum-hukum lain. Contohnya, seorang yang berwudhuk dan yakin sucinya kemudian ragu sama ada dia telah berhadath atau tidak, dikehendaki supaya ia tetap dalam kesuciannya kerana ini menjadi keyakinannya sedang keraguan itu adalah suatu yang belum dapat dipastikan. Begitu juga ketika bersembahyang, tiba-tiba timbul keraguan sama ada berhadath atau tidak. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau."

Lainlah halnya kalau diyakini hadath dan meragukan kesuciannya maka hendaklah dilakukan menurut keyakinannya.

Wallahu'alam


Barakallahufikh... =)


MENDAMBAKAN CINTA ALLAH

Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..