Ceramah

Sabtu, 17 Mei 2008

Pengenalan kepada akidah

Akidah merupakan hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Makin bagus akidah, maknanya makin kuat ikatan kita denganNya
Jadik, makin kuat ikatan kita denganNya, makin tinggi rasa kehambaan hidup dalam dunia ni

Akidah ada 4 unsur
1-Fitrah
2-Akal
3-Ghaib
4-Syarak

Fitrah ni merupakan naluri asas manusia. Setiap manusia mesti ada sifat inkuiri, nak tahu macam mana bumi ni tercipta, bagaimana perjalanan planet-planet dan seumpamanya. Biasanya manusia akan mencari siapakah yang bertanggungjawab atas segala yang diluar kuasa manusia ni.Selain itu, manusia juga sentiasa mencari tujuan hidup di dunia.Dengan adanya akidah yang mantap, baru mereka memahami segala persoalan itu.

Akal ini lebih kepada memikirkan perkara rasional dan apa yang termampu difikirkan oleh akal suatu makhluk. Akal ada banyak maksud, seperti;
-> penentu cara hidup seseorang
-> hati nurani seseorang
-> membezakan antara manusia dan binatang

Dengan akal, manusia dapat memikirkan suatu perkara secara lojik dan dapat diterima oleh orang ramai.Kepentingan akal amat penting dalam Islam, seperti sabda Rasulullah S.A.W;

"Tidak ada yang lebih mampu menunjuki kawannya daripada keburukan sebagaimana kemampuan akal. Dan tidak sempurna iman seseorang dan tidak lurus agamanya sebelum sempurna akalnya"

Akal dapat membezakan manusia dan haiwan.di mana manusia biasanya bertindak berlandaskan akal, bukan hanya mengikut naluri semata-mata.Akal manusia ada 3 tahap iaitu;

a) Akal burhaniyyah - Mampu mengikuti petunjuk, dapat menyimpulkan sesuatu dengan terang. Biasanya akal tahap ini ada pada ahli falsafah dan jarang ditemui.
b) Akal yang mampu mencerna secara rasional - Golongan ini dapat diajak berbincang dengan hujah lojik
c) Akal yang memerlukan arahan dan bimbingan terperinci - Golongan ini tidak mampu berfikir secara deduktif

Seseorang yang mantap akidahnya, sudah tentu mempunyai akal yang bagus dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif mengikut lojik akal masing-masing.

Perkara ghaib pula lebih kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat dan tidak mampu difikir melalui kekuatan akal. Contoh perkara ghaib seperti syurga, neraka, mizan etc. Walaupun kita tak pernah nampak, tapi kita wajib percaya kewujudan perkara-perkara ghaib tersebut.
Selain itu, kita hendaklah menerima sesuatu kejadian luar biasa yang berlaku atas ketetapanNya.

Walaupun sesetengah perkara itu tidak dapat diterima lojik akal manusia, namun kita harus pegang ayat "Kun Fayakun" (Jadilah, maka jadilah ia). Contoh mudah ialah apabila seseorang itu kerja rajin, tapi gaji sikit, manakala sahabatnya seorang lagi hanya kerja nak taknak ja, tapi gaji besar. Dalam kes ini kita hendaklah berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Allah telah menetapkan rezeki masing-masing (qada' & qadar).

Bukanlah kerana Allah tu zalim, tetapi Dia sentiasa memberi ujian kepada hambaNya tatkala hidup di dunia ini.Kita sebagai hambaNya hanya turut perintah, usaha mana termampu, sambil patuh arahanNya, hindari laranganNya.Hamba yang sentiasa bersabar dan sentiasa 'lulus' ujian, insyaallah ada ganjaran di sana kelak.

Akidah seseorang yang mantap ialah dapat menerima perkara ghaib, redha akan ketentuanNya tanpa banyak songeh.Dalam masa sama sentiasa percaya dan yakin kewujudan perkara ghaib itu walaupun tidak pernah nampak.

Akhir sekali, syarak ialah sejumlah prinsip, nilai, aturan yang dibawa oleh seorang rasul, di mana telah diwahyukan olehNya. Sebagai seorang hambaNya, kita hendaklah mematuhi hukum syarak ini, di samping patuh pada undang-undang lain. Allah menggunakan wahyu sebagai perantaraan bagi rasul dalam menyampaikan ajaran kepada manusia, supaya tidak ada dalih atau alasan untuk melanggarnya.

Perlu diingatkan bahawa seseorang tidak akan terpalit dengan dosa orang lain, begitu juga umat kini tidak menanggung dosa umat terdahulu seperti dalil;
"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain (masing-masing orang memikul dosanya sendiri)" -Fatih:18


Demikian serba sedikit perkongsian ilmu..

barakallahufikh =)


MENDAMBAKAN CINTA ALLAH


Tiada ulasan:


Sapa2 nak dengar ceramah MP3, sila beri emel anda kepada saya dengan menge'send' emel kepada saya via:

1- facebook
2- ruang komen
3- ruang shoutbox
4- emel (sixiangjia1786@gmail.com)
5- henset (01x-xxxxxxxx)
6- pos express
7- burung merpati

Antara tajuk yang ada dalam koleksi :
1- Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
*Kitab Muhimmah
*Kitab Bahrulmazi
*Kitab Nurul Ihsan

2- Ustaz Azhar Idrus
*Kitab Asas Fardhu Ain

3- Ustaz Ismail Kamus
4- Ustaz Harun Din
5- Ustaz Zahazan Mohamad (Tafsir)

Jum sama2 menuntut ilmu..